06

353 15 0
                                    

   Pakaian dan tudung sudah aku sarung. Tudung aku melipatkan sedikit untuk tampak lebih kemas dan aku akan rasa lebih selesa. Baju aku betulkan takut ada renyuk.

Selepas selesai semuanya, aku berdiri dan melangkah ke arah beg-beg kertas yang di dalamnya masih lagi ada barangan yang diberi oleh abang dan Aiman. Tak sempat nak simpan. Hehehe.

Kotak jam aku keluarkan, tinggal satu je jam lagi satu Aiman amik untuk dia pakai. Dengan senyuman gembira aku sesuaikan di pergelangan tangan aku. Ya cantik dan sesuai dengan tangan aku warnanya!

"Cantiknye.." aku tersenyum sendiri.

'harap dia pakai jugak'

Aku menuruni anak tanggan dengan girangnya. Hahaha.

"Assalammualaikum semuanya.." aku memberi salam. Mimpi apa entah.

"Waalaikumsalam, ha duduklah cepat"

Aku menghadiahkan senyuman kepada ibu. Tetapi aku pelik mana abang aku? Kenapa dia tiada di meja makan?

"Ibu abang mana?" Soal aku.

"Dia baru keluar" jawab ayah.

"Eh awalnya" pelik.

"Dia ada lawan hari ni" kali ni kakak aku pula yang jawab.

"Ha??" Aku mengerutkan dahi sehingga keningku yang tebal dan terbentuk cantik ni bertemu. Eceyh!

"Syafiq kan rugby" kakak aku jawab.

'ha? Rugby? Kenapa diorang tak cakap pon semalam.. tak boleh jadi aku mesti kena tengok muka Aiman walaupun kejap'

aku memang dah mabuk cinta rasanya.

"Pak Hasan jom" aku terus menyusun langkah ke kereta.

"Makan dulu" ibu aku bersuara.

"Takpe Nabilah ada air kotak milo ni, Pak Hasan cepat sikit" entah tiba-tiba mood tak okey pulak.

**********

Di sekolah..

   Aku keluar dari perut kereta, walaupun nak cepat tapi tingkap kereta masih lagi jadi cermin aku untuk aku membetulkan tudung aku. Aku membetulkan pakaianku. Jam di tangan aku betulkan.

  ' Eh jap! Aku macam kenal bau perfume ni '

Semalam aku ada hadiahkan Aiman perfume selain daripada kasut.

Aku memusingkan badanku ke arah belakang, ternyata tepat tekaanku.

"Eh Liyana.. hai" dia datang ke arahku. Huhu dup dap dup dap.

"Eh Aiman hai.." aku melambai, tanpa sedar lenganku tersenseng menampakkan jam di tanganku. Lantas aku menutup.

" Sesuai.. " Aiman bersuara.

"Huh?" Aku mengangkat kening.

"Tu jam tu, sesuai dengan tangan awak" dia menghadiahkan senyuman.

"Ouh haah. Cantik sangat, pandai awak pilih." Aku memuji.

"Apa kurangnya Liyana, thanks tau, perfume yang awak kasi tu wangi sangat"

"Hahaha.."

'memanglah wangi, mahal tu'

"Ok la awak hari ni saya ada game, doakan saya tau"

Aku mengangguk dan menghadiahkan senyuman. Dia melambai dan melayangkan flying kiss.

Aku hanya menggelengkan kepala. Aku memasuki kawasan sekolah dengan riak muka yang entah tak boleh cakap. Gembira !!

********

  Aku tersenyum sendiri bila teringatkan Aiman. Halah comelnya laa awak ni.

"Haa!!" Asrul memeranjatkan aku. Fuh nasib baik aku takde penyakit jantung kalau tak habis aku.

"Engkau ni Rul, nasib aku takde sakit jantung tau" aku mengusap-usap jantungku.

"Dah kau termenung aku kacaulah... Sorry" Asrul tersengih.

"Termenung apa? Cerita laa" dia menjongkitkan keningnya.

"Nothing" aku tersenyum lagi.

"Aiman ler tu" Asrul bersuara perlahan tapi aku dengar semua patah perkataannya.

"Aip.. shh"

"Yelaa Yana"

  Datang seorang perempuan ke meja kami, classmate kami jugaklah. Nama dia Nurin, dia baik. Tapi dengar dia minat Aiman. Entahlah gosip je kot.

" Hai Liyana " 

" Hai " aku senyum.

" Aku dengar kau dengan Aiman " suara dia sedikit gelisah tapi sedih pon macam ada. Entah dua-dua kot.

" Eh mana dengar? Tak adalah mana ada " aku menahan muka aku yang mahu senyum. Aku hanya mengerutkan dahiku.

" Yeke? " Soal dia lagi.

" Iyee... " Aku senyum.

Nurin berlalu pergi. Lah tuje ke nak tanya? Lol.

" Weh " Asrul memanggil aku.

" Apa dia " dia ni banyak betul cakap, mentang-mentang cikgu takde dalam kelas.

" Kau nak tahu tak? "

"Apa?" Aku mengangkat kening.

"Nurin tu ann, dia sebenarnya suka Aiman tapi Aiman tak pandang dia lamgsong. Dulu aku dengar ann Aiman tu selalu mesej perempuan tapi sekarang dah tak. Susah nak mesej dia sekarang. Budak perempuan cakaplah, aku dengar je" panjang lebar Asrul cakap.

"Ouh.. erm tapi an..."

'setiap malam aku mesej dia' aku menyambung ayatku hanya di dalam hati.

"Tapi?"

"Nothing.." aku menyambung baca buku.

"Haih.." Asrul mengeluh.

********

  
   

    Aku membaringkan tubuhku di atas katil. Hari ni hari khamis maksudnye esok cuti. Tapi kalau cuti pun apa aku nak buat?

Jam di dinding aku lihat. Sudah tepat menunjukkan empat petang tapi kenapa abang masih belum balik lagi ni?

Aku dah tido dan bangun nak tido lagi ni. Kenapa lambat sangat abang aku balik ni?

Aku bangun dan pergi ke arah pintu, aku memulas tombol pintu..

  Kring!!

Iphone6 aku di atas katil menjerit minta di angkat. Aku pergi ke arahnya. Ya tersenyum! Kerana nama abang tertera di skrin telefon.

"Hello abang nama balik lam.." lekuk mataku seperti panas. Dalam tak sedar air mataku mengalir.

"Dia okey tak?"

Syafiq pov

   " Aiman jom balik rumah aku dulu mak aku takde. Bosan do" aku mengajak Aiman untuk mengikut aku balik rumah.

"Aku okey je"





Hai Abang Rugby!Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin