Part 8

39 4 0
                                    

Kafe Spring

"Haii Hana, lambat kau harini." Rachel menegur Hana yang baru sampai ke kafe walaupun shiftnya sudah bermula sejam yang lepas.

"Aku bawa adik aku gi klinik tadi. Check up kaki dia yang patah haritu." Jelas Hana dan Rachel hanya mengangguk faham.

"Ahh nasib baik tak lupa. Ada orang nak jumpa kau Rachel."

"Nugu?"

"Molla. Namja tu ada kat luar." Hana menunding jari ke arah luar kafe.

Berkerut-kerut dahi Rachel, "namja?"

"Haah weh. Hensem gila dowh. Namchin kau ke?" Hana excited.

"Mengarutlah kau. Aku mana ada namchin. Sapalah nak aku ni kan." Rachel berpura-pura sedih.

"Blahlah kau. Dah ahh weh baik kau gi jumpa dia. Dah lama mamat tu tunggu." Kata Hana seraya menolak tubuh Rachel ke muka pintu kafe.

Dengan hati yang tertanya-tanya Rachel keluar dari kafe dan matanya meliar mencari gerangan namja yang hendak bertemu dengannya.

Kelihatan dari jauh Yoongi sedang bersandang tenang di keretanya. Apabila pandangan mereka bertembung Yoongi spontan melambai-lambaikan tangannya serta memberi isyarat kepada Rachel agar mendekatinya.

"Aduhh apa mamat ni nak?" Dengan hati yang separuh rela Rachel mendekati Yoongi.

"Haii yeoja biskut. How are you?" Yoongi tersenyum senget.

"Kenapa awak nak jumpa saya? Saya tengah kerja ni." Tanya Rachel cepat2 kerana khuatir supervisornya yang garang itu ternampak dia mencuri tulang.

"Buat-buat tak tau pulak. Aku datang sini sebab nak kutip ganti rugi laptop aku." Yoongi terus menyatakan tujuannya tanpa berselindung.

"Ahh saya hampir lupa pasal tu." Rachel menepuk dahinya.

"So?" Yoongi menadahkan tangannya.

"Err se..sebenarnya sa..saya takda duit lagi sekarang." Rachel tersenyum kelat.

"Huh? Takda lagi? Bukan harini kau gaji ke?" Yoongi menjeling tajam.

"Ya memang saya gaji tapi.."

"Banyak alasan betul kau ni." Sampuk Yoongi.

"Mianhae encik. Saya janji bulan depan saya bayar." Takut-takut Rachel memandang Yoongi.

"Lepas bulan depan, lepastu bulan depan lagi kan? Aku dah faham sangat yeoja macam kau ni." Yoongi bersuara sinis.

"Tak encik. Saya janji saya akan bayar." Kata Rachel bersungguh-sungguh.

"Ahh takda-takda aku nak..." Tetapi Yoongi tiba-tiba mematikan kata-katanya apabila teringat akan sesuatu. Idea jahatnya muncul di fikiran.

"Err encik waeyo?"

"Aku ada cara lain untuk langsaikan hutang kau." Yoongi tersenyum penuh makna.

"Apa?" Rachel cuak melihat senyuman Yoongi yang lain macam. Seperti ada maksud tersirat.

"Marry me."

💞💞💞

Marry me.

Marry me.

Marry me.

"Arghhh kau memang gila Rachel." Rachel berguling-guling di atas katil sambil menjerit-jerit. Nasib baiklah housematenya tidak ada di rumah. Kalau tak mesti mereka akan fikir dia sudah gila.

Flashback

Rachel POV

"Marry me."

"Mwo?"  Aku terkejut beruk mendengar dua patah perkataan yang keluar dari mulut Yoongi.

"Awak bergurau kan?" Aku bertanya untuk mendapatkan kepastian. Manalah tahu namja swag ni sengaja nak kenakan aku.

"Ada kau nampak muka aku ni macam tengah bergurau ke?" Tanya Yoongi dengan wajah yang serius.

"Tapi kenapa saya? Kita baru je kenal. Nama awak pun saya tak tau." Aku berusaha mencari logik di situ malangnya tak jumpa.

"Aku tolong kau selesaikan masalah kau and kau tolong aku selesaikan masalah aku. Simple right?" Yoongi berkata selamba.

Sumpah aku tak faham apa mamat ni merepek.

"Dah kau tak payah nak buat muka blur yang tak berapa nak cun tu. Bak sini phone kau." Yoongi menghulurkan tangannya.

"Nak buat apa?" Soal aku pelik.

"Bagi jelah." Desak Yoongi.

Dengan teragak-agak aku menghulurkan phone aku kepada dia. Selepas menaip sesuatu Yoongi memulangkan phone tersebut kepada aku semula.

"Aku dah ambil no kau & aku dah save kan pun nombor aku kat situ."

Aku melihat semula contact aku.

Min Yoongi.

Ohh nama mamat ni Yoongi rupanya.

"Okaylah aku caww dulu." Yoongi masuk ke dalam keretanya.

"Yah! Saya tak kata saya setuju pasal hal ni." Jerit aku sambil mengetuk cermin kereta berkali-kali.

Yoongi menurunkan cermin tingkap yang gelap itu.

"Kalau kau rasa nak menganggur cuba-cubalah bantah cakap aku." Suara Yoongi penuh dengan nada ugutan.

Aku terdiam selepas mendengar kata-katanya.

"So kau tau mana pilihan yang tepat kan. Aku blah dulu. Bubyee wife to be." Yoongi mengenyit mata sebelum memecut laju keretanya meninggalkan aku termangu di situ.

End of flashback

"Arghhhh apa aku nak buat ni?! Dasar namja tak guna." Rachel menumbuk-numbuk teddy bear bagi melepaskan geram.

[C] Cinta S2 •myg + BTS•Where stories live. Discover now