BAB 5

1.1K 75 36
                                    

"Ary, turun makan. Papa dah panggil tu." kata Naim yang berdiri di hadapan pintu bilik Ayra

"Haa ye.. Kejap lagi Ary turun." jawabku

"Kejap.. Kejap apa? Sekaranglah mak cik. Ke... Ary nak hadap fon tu sampai kenyang sendiri. Yela.. Mana la tau kan telefon tu ada kuasa magic boleh kenyangkan perut Ary tu."

"Ishh Abang Naim ni .. Yelah-yelah Ary turun sekarang." segera aku bangun dari pembaringanku dan turun dari katilku.

'Aku cuma kata kejap lagi aku turun makan je, bukannya Aku kata tak nak makan. Tu pun nak membebel macam mak nenek ke? Lagi satu ...Aku baru je berapa minit pegang fon ni tu pun sebab whatsapp dengan Qai tanya homework Mrs Lion tu. Tapi gaya Abang Naim cakap tu macam dah berjam-jam aku pegang fon ni.Haih!' aku membebel sendirian sambil kakiku melangkah menuruni anak tangga.

Akhirnya aku tiba di meja makan ..

"Naim baca doa" Tan Sri Osman mengarahkan anak lelakinya untuk membacakan doa makan .

Kami semua menadah tangan

Naim pun membaca doa seperti yang diarahkan oleh papanya

"Amiin" aku mengaminkan doa yang dibaca abang Naim

"Wah, banyaknya mummy masak ! Nasi beriyani,nasi putih, ayam masak merah, ikan 3 rasa, tomyam ,senang kata semua adalah! Dah macam buat kenduri pulak." aku berseloroh

"Makanlah Ary sampai kenyang nanti Ary dah tak merasa masakan mummy 2 minggu tau!"

"Hah?? Kenapa pulak 2 minggu Ary tak merasa masakan mummy? Mummy nak pergi mana?"

"Mummy kena pergi Festival Fashion Show dekat France 5 hari" terang Puan Sri Aisya

"Lepastu kami pergi honeymoon dekat Switzerland 4 hari." selamba Tan Sri Osman menambah

" Ish abang ni...." Puan Sri Aisya menepuk paha suaminya.

"Omaigadd, papa! Mana boleh pa." aku membantah

"Takkan mummy dengan papa nak tinggalkan Ary dengan abang Naim yang kejam ni ?" aku membuat muka sedih untuk meraih simpati mummy

" Hahaha.. Habis la kau Ary.. Abang Naim kerjakan kau cukup-cukup nanti masa mummy dengan papa takda." balas Naim beserta dengan senyuman yang penuh makna.

" Pasal abang Naim kamu tu.. Jangan risau sebab 2 hari lepas kami pergi abang Shafiq balik dari Sydney." beritahu Tan Sri Osman yang sudah sedia maklum dengan kerenah dua orang anaknya itu.

" Heh ! Punahlah harapan abang Naim nak buli Ary sebab abang Shafiq dah nak balik." aku memberikan senyum sinis kepada abang Naim

" Eh kejap.. Abang Shafiq balik ?Seriously , papa?! Yehuuu abang Shafiq balik.. Nanti nak ngadu dekat abang Shafiq la yang abang Naim selalu buli Ary. bluekkk.. "

" Eleh.. Tak payah nak suka sangat la. Terlebih gedik la pulak budak sorang ni. Gerrr"

" Mummy , abang Naim kata Ary gedik!"

" Ya Allah , sudah ! Jangan nak bergaduh depan rezeki ni Naim, Ary."

" Baik , mummy " jawab mereka serentak


Selepas makan malam bersama, mereka berkumpul di ruang tamu kerana ianya sudah menjadi kebiasan mereka untuk menonton televisyen bersama sama.

" Ouh ya.. Bila papa bertolak pergi France  tu?" tanya Naim yang baru teringat akan hal itu.

" In sya Allah , Sabtu ni. "

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 02, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dia Sebenarnya Pereka Fesyen?!(HOLD)Where stories live. Discover now