Bab 4

298 26 0
                                    

"Oh sebab tu lah bila kau nampak dia macam nak marah je aku tengok!" Kata Momo. Baru dia mengerti mengapa Mina sangat marah kepada Jinyoung.

"Sekarang kau dah faham kan?" Tanya Mina.

"Nae.. " Kata Momo.

"Tapi kau belum cerita lagi dekat aku macam mana si namja poyo tu boleh masuk kelas kita?" Soal Mina kepada Momo.

"Dia pindah sekolah..lepastu Mr Dong Hoon masukkan dia ke dalam kelas kita!" Momo memberitahu Mina.

"Hishh.. Wae? Wae? Banyak-banyak sekolah.. Sekolah ni jugak yang dia pindah" Ujar Mina dengan rasa yang tidak puas hati.

"Aku dengar dia pindah dekat bandar Sejeong ni jugak.. Tapi aku tak tahu la rumah dia dekat mana.. Yang tu kau jangan tanya aku!" Tambah Momo lagi.

"Na.. Bila masa pulak aku tanya rumah Mamat poyo tu kat mana!" Jerkah Mina dengan tidak sengaja memarahi Momo. Dia sedikit bengang dengan kata-kata Momo.

"Aigoo.. Mina! Mianhae..Kau jangan lah marah aku! Aku lawak je lah.. "Kata Momo. Dia berasa bersalah.

"Kwaenchana..Dah jom masuk kelas, rehat dah nak habis ni.." Kata Mina dengan lembut. Dia tidak boleh marah lama-lama dengan kawan baiknya itu.

Momo masih terdiam.

"Alamak..sentap ke dia ni!" Kata Mina di dalam hati. Dia cuba memujuk Momo.

"Mianhae.. Aku geram sangat dengan mamat tu sampai terlepas dekat kau. Momo.. Kau, janganlah merajuk macam ni.. Kau tahu kan kau je kawan baik aku.. We are MiMo. . " Kata Mina kepada Momo. Berharap Momo tidak terasa lagi dengan dirinya.

Momo tersenyum.

"Dae.. Aku tak marah kau la, saja je tu.. Testing!" Kata Momo sambil tersengih-sengih.

"Banyak la kau punya testing!" Sikit punya gelabah aku ni! Momo.. Momo..

"Alolo.. Janganlah marah,nanti tak cantik la muka kau yang cantik tu.." Seloroh Momo.

"Kau tak perasan ke?" Tiba-tiba Mina tanya begitu.

"Perasan apa?" Tanya Momo.

"Kita berdua memang paling cantik pun kat sekolah ni.." Ujar Mina lalu ketawa terbahak-bahak.

Momo turut tertawa dengan keletah Mina.

Mereka berdua bersama-sama masuk ke dalam kelas.

*Kelas 5 A*

Sebaik saja Mina dan Momo melangkah masuk ke dalam kelas terus terus ternampak Jinyoung. Hati Mina terus panas.

"Kau tengoklah tu.. Menyampah aku!" Bisik Mina kepada Momo.

"Ishh.. Dah lah jom pergi duduk dekat tempat kita.

Mereka mengambil tempat duduk masing-masing.

"Nasib baik tempat duduk aku dengan tempat duduk dia jauh..kalau tak!" Kata Mina di dalam hati sambil menahan geram. Rasa bencinya kepada Jinyoung semakin membuak-membuak.

Jinyoung yang terpandang Mina mulai perasan yang gadis itu tidak senang dengannya.

Jinyoung tersenyum sinis. Dia tahu Mina membencinya setelah perbuatannya.

Mina yang melihat Jinyoung tersenyum sinis ke arahnya. Mulai hilang sabar.

"Kau dah kenapa ha? Asal kau pandang-pandang aku" Tanya Mina dengan yang marah kepada Jinyoung.

"Biarlah aku nak tengok ke tak, mata aku!" Balas Jinyoung.

Pelajar-pelajar lain menyaksikan pertengkaran mereka.

"Kau tu lah tersengih-sengih tu apahal.. Kau ingat aku dah lupa apa yang kau buat dekat aku tadi!" Kata Mina sambil menahan rasa marah.

"Kau memang layak pun dibuat macam tu, yeoja sombong!!"Kata Jinyoung dengan sinis.

"Yahh.. Kau panggil aku sombong? Namja poyo!!!" Jerit Mina. Ingin saja dia membaling beg sekolahnya biar terkena pada muka Si Jinyoung..Padan Muka.

"Harap muka je nampak lembut.. Tapi garang macam singa!!" Kata Jinyoung kepada Mina.

Mina mulai hilang sabar.Mina ingin melangkah ke arah Jinyoung. Tapi dihalang oleh Momo.

"Mina.. Kau janganlah buat hal, malu la student lain, tengok.." Kata Momo.

"Jangan halang aku Momo.. " Kata Mina yang ingin menuju ke arah Jinyoung. Momo menarik lengan Mina.

Jinyoung yang melihat mina rasa tercabar.

"Tak padan dengan yeoja..Ada hati nak cari gaduh! Sikit pun aku tak takut laa." Kata Jinyoung kepada Mina.

Jaebum sahabat baik kepada Jinyoung juga cuba untuk menenangkan mereka.

"Kau ni dengan yeoja pun.. Tak boleh mengalah ke?" Kata Jaebum sambil menenangkan Jinyoung.

"Nak mengalah dengan yeoja macam ni.. Memang tak lah!!" Balas Jinyoung.

"Kau memang tak reti hormat perempuan kan?" Kata Mina dengan suara yang tinggi.

"Ehh kau ni.. " Belum sempat Jinyoung menghabiskan kata-katanya tiba-tiba..

"Park Jinyoung! Myoui Mina! Apa yang kamu berdua bertengkar ni!!" Kata Mr Yoon Do Joon Guru disiplin di sekolah mereka.

Mina dan Jinyoung hanya menunduk. Pelajar-pelajar semua terdiam.

"Kamu berdua,sila ikut saya sekarang!!" Ujar Mr Yoon Do Joon dengan tegas.

"Nae." Ujar Mina dan Jinyoung serentak dengan perlahan.

Setelah itu mereka melangkah keluar megikut Mr Yoon Do Joon ke bilik kaunseling.




Benci Tapi SukaOnde histórias criam vida. Descubra agora