•5• Result °_°

11 4 0
                                    

Memang hari yang indah pun pagi ni.
Exam pt3 dah lama berlalu. Itu membuatkan kelegaan pada pelajar pt3 dan airis.
Tapi yang tak bestnya amik result nanti. Warghhh! Mama help me!

Airis chat syasya untuk memaklumkan bahawa esok dia akan pergi sekolah bersama abangnya untuk ambil result pt3 yang telah didudukinya pada beberapa bulan yang lalu.

***

Airis tersedar dari tidur yang lena. Huh seronoknya mimpi tadi kan best kalau jadi kenyataan. Prftttt! Jangan berangan airis oi!

"Airis! Bangun sayang! Solat subuh. Kejap lagi turun breakfast . Lepas tukan airis nak amik result! " laung mama dari luar bilik.

"Ye mama! Airis dah bangun dah! " jawab airis. Kau tipu airis! Ish apa nak jadilah kau ni.

Cepat² dia turun dari katil dan mengemas katilnya yang bersaiz queen. Airis terus menghilang disebalik takbir. Eh disebalik pintu bilik air. Hehe!

Selepas 1jam berlalu....

"Huh sejuknyalah pagi ni" airis membuka sliding door biliknya yang menghadap taman bunga.

Airis turun dan membiarkan sahaja angin sejuk memasuki biliknya.

"Assalamualaikum mama! How are you today? " tanya airis sambil memeluk mamanya yang tersayang.

"Waalaikumusalam sayang. Im good and you look so cute today. Date or result? " tanya Puan Sri Aini melihat anaknya yang comel dengan shawl berwarna putih menampakkan keayuan gadis ini.

"Mama ni. Airis ambil result lah! Takkan airis nak date? Dengan siapa pula? Ish taknak airis. Airis baru form3 mama" jawab airis sambil menyisip air milo yang dibuat oleh mamanya.

"Mana tahu kan? " tanya Puan Sri aini dengan senyuman sengetnya.

"Ish ada² je mama ni. Ermm.... Papa dengan abang alif mana ma? " tanya airis selepas melihat meja makan hanya dia dan mama.

"Dua² dah pergi office. Tahu jelah papa dengan abang kamu tu. Busy sangat dengan project dia orang. Nanti kamu dah bekerja tahulah macam mana rasanya langit ni tinggi ke rendah" jawab Puan Sri aini sambil menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya.

"Ala siapa yang nak hantar airis pergi sekolah? " tanya airis dengan riak wajah gelisah. Takkan nak kena jalan kaki. Waa memang mandi peluhlah jawabnya. Ish pakcik sorang ni! Semalam dah janji nak hantarkan!

"Takpalah mama. Airis minta tolong pak mail hantarkan airis" airis terus menyalam mamanya sebelum berlalu pergi.

"Hati²!" Laung Puan Sri Aini dari dalam.

"Okey ma!"

"Pak Mail boleh hantarkan saya pergi sekolah tak hari ni? " tanya airis apabila melihat pak mail sedang sibuk membersihkan kereta.

"Eh boleh² airis jangan risau. Untuk airis apa² pun boleh. Hehe" jawab pak mail dengan sengihan.

Lagi pun pak mail ni dah lama kerja di rumah airis. Dah macam keluarga dah pun.

"Ceyh pak mail. Nak buat pickup line ke? Hahaha" gelak aku sambil masuk ke dalam kereta.

Dengan lafaz bismillah. Kereta terus bergerak keluar dari rumah untuk ke sekolah.

***

Setibanya sampai ke sekolah terus airis mengucapkan terima kasih pada pak mail. Dan memintanya untuk ambil airis dari sekolah lepas pukul 12.

Airis terus ke barisan yang menempatkan kelas 3 Da Vincci.

"Uit airis sini²" panggil syasya.

Airis nampak syasya dan terus ke tempat tersebut.

"Dah lama sampai ke sya? " tanya airis.

"Baru je. Tak sampai 5minit...erm mana abang kau? Bukan kau pergi dengan abang alif ke?" Tanya syasya

"Tak.... Abang Alif dah pergi office dulu dengan papa. Itulah janji melayu! Dah janji taknak tunaikan" ujar airis sambil memandang ke depan.

Dia perasan yang haikal tengah memandangnya. Terus airis mengalihkan padangan menghadap syasya.

Ish mamat ni! Menyampah betulah!

"Bila nak umum. Aku dah tak sabar" airis menunggu dengan debaran

"Cikgu kata kejap lagi. Entahlah" jawab syasya dengan keluhan. Dia pun tengah takut.

"Okey bila saya panggil nama sila datang ke depan mengikut kelas" pengumuman dari cikgu athyrah a.k.a cikgu disiplin.

"Ayuni Khairissa binti Kairul"

Terus airis kehadapan dan mengambil result dari cikgu Lina.

"Tahniah airis. Semoga berjaya didunia dan diakhirat" ujar cikgu lina dengan senyuman yang manis.

"Terima kasih cikgu" airis terus pergi ke tempat duduknya semula. Sambil menunggu syasya mengambil resultnya.

"Beb kau dapat apa? " tanya airis selepas syasya sampai.

"Entahlah. Aku taknak tengok... Takut..kau?" ujar syasya dengan muka gelisahnya.

"Aku pun taknak tengok. Ermm..apa kata kita tukar.. Kau tengok aku punya, aku tengok kau punya okey? " tanya airis.

"Okey! Nah"

Mereka pun bertukar kertas.

"Airis kau dapat..." Syasya memandang airis dengan riak muka yang sedih dan tiba²..

"Airis kau dapat... Straight A's!! Congratulations! " ujar syasya dengan senyuman yang menampakkan giginya yang putih.

"Sya kau.. Pun.. Dapat straight A's!! Congratulations for you too! "

Senyuman mereka yang sangat bahagia dan mereka menangis dalam kegembiraan. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah.

***

"Why airis? " tanya Puan Sri aini. Dia pelik melihat anaknya monyok lepas balik dari sekolah tadi. Anaknya gagal ke? Ish takkan..

"Ermm ma.. Result airis.. " airis menunduk. Padahal dalam hati nak tergelak.

"Takpalah airis. Mungkin bukan rezeki airis dan... " belum sempat Puan Sri Aini mengabiskan ucapanya.

"Dan airis dapat straight A's mama!! " tersenyum airis sambil memeluk mamanya.

"Ya Allah alhamdulillah. Airis congratulations!
Mama bangga ada anak macam kamu. " air mata dah bertakung di tubir mata terus disekanya. Terima kasih Ya Allah kerana kau kurniakan anak seperti airis.

"Hehe mama thanks for everything. Sebab dah didik airis dengan baik. " airis cium pipi mamanya sebelum meminta izin untuk naik ke atas untuk menunaikan solat asar.

Selesai sahaja solat. Dia berdoa meminta ampun kepada sang pencipta justeru berterima kasih kerana diberi keputusan yang cemerlang.

****

"Ayuni Khairissa binti Tan Sri Kairul.. " fikir seorang lelaki sambil menongkat dagu.

Ish takkan kau suka dia? Kenapa kau rasa debaran eh bila first kau tengok dia?
Takkanlah.. Ermm..

Aduh! Aku ni kenapa.. Dia baru form 3!
Ermm takpalah.. Andai ada jodoh dengan dia.
Airis akan jadi milik aku!

Hye guys. Siapa lelaki tu? Ermm 😏
Tertanya²? Takpa kite tnggu nnti.
Thank fr reading.
Vote and comments 'si pembaca mystery'

LUCKY?Where stories live. Discover now