Berbuka

1.6K 8 0
                                    

Jalan jem. Dah pukul 6:50 masih tersekat dekat jalan dengan dipenuhi manusia ini perut mulas mulas nak diisi 'sabar perut sabar'. Petang itu memang jalan kuala lumpur dipenuhi dengan manusia yang macam semut kereta bagaikan sebuah angkatan tentera semut yalah penuh kot satu KL tu sumpah sesak weh aku tak tipu!. Aku gerak lambat pun sebab ayah dia busy dengan interview dekat bazaar Ramadhan dia katanya masuk TV itu yang bersungguh nasib ayah aku ni bijak selit selit jalan orang hah tu yang hilang sikit dari sesak hehe.7:10 lepas dari jem Alhamdulillah perkataan yang first keluar dari hati senyum lebar sikit aku hari itu hanya aku dengan 4 beradik aku dan ayah ibu hah abang aku berkerja so takdapat ikut, dia tu kerja keras tapi kuat tido kalau kau letak bom pun belum tentu dia sedar oppsss! Ok stop cerita pasal Mamat skema tu bosan ok. 7:15 masuk je jalan keramat area setiawangsa kiranya perjalanan kami tepat bila ayah aku anggarkan sampai pukul 7:15 dan masuk je perkarangan flat firstly kene fikir cari parking pherghhh kawasan tu lah kawasan yang paling susah nak cari parking kau akan mengamuk bagaikan ibu beruang dulu baru dapat perking sumpah aku tak tipu!. Berjalan menuju kerumah maklong taklah jauh hanya perlu mendaki bukit kau sampai lah senyum sahaja aku lihat rumah itu, apa benda pertama aku buat halau kucing depan rumah dia banyak kucing dan aku juga jenis takut kucing so lepas halau apalagi bagi lah salam tekan lah loceng tu pun nak kene ajar?.

Sampai je bersalam cium pipi hm itu perkara biasa bagi wanita aku? Aku memang tak lah nak cium pipi cukup sekadar salam geli ok!. Hah dapat lah panaskan punggung sekejap henyak kan dekat sofa yang lama dibeli maklong itu terasa hilang segala penat hehe aku tipu je. Maklong preaper semua ok siap makan di lantai perkara bes thing yang pernah aku fikir aku gaya seperti lelaki tak lah perempuan sangat tapi terkadang bila diherdik, dimarah kelopak mata pun mula bocor hm ish malu aku nak bercerita.7:30 tuppp Azan berkumandang mulakan dengan ayat suci kalimah Allah doa makan diketuai oleh adik aku, lepas je doa aku first thing minum air ahhh lega weh! Basah tekak aku ni harghhh Allah je tahu perasaan waktu tu hahaha. Berbuka dengan meriah makanan menjadi penyeri wajah ditambah dengan kuih sedap gila!. Saat itu aku terlihat wajah ibu hm senyum dia bagaikan puteri ibu melepaskan kehausan dengan menghirup air teh panas yang dibuat maklong ,aku senyum melihat gelagatnya akibat air itu terlalu panas dia bagaikan terkejut hahaha ibu ibu. Ibu cantik haritu bila aku tanya dia "cantik lipstick ibu" dia memuncung kan bibirnya aku tertawa kecil ,bila dia kata ingin menaikkan pipi aku jadi lebih ketawa yalah ibu dah lawa kot nak tambah pipi apa kan?.

ibu Where stories live. Discover now