bab 8

9.4K 570 11
                                    

Aku bangun dari tidurku. Badanku yang sakit ini cuba ku gerakkan walaupun terasa amat sakit. Tangannya yang memelukku erat segera ku tanggalkan dan dijauhkan dari tubuh badanku. Tiba - tiba aku teringatkan sesuatu. Aku masih ingat Jungkook pernah kata telefonku hanya ada di dalam laci meja sebelah katilku ini.

Dengan segala kekuatan yang aku ada, aku mengesot menghampiri meja itu. Laci meja itu aku tarik perlahan. Setelah selesai mendapatkan telefon, aku segera membuka lockscreen telefonku itu lalu menekan aplikasi call. Aku harap sangat aunty park dapat tolong aku. Aku nak lari dari sini. Sungguh aku tak sanggup lagi macam ni.

Nama Aunty Park segera disentuhku. Aku mendekatkan telingaku di telefon itu. Tidak berjawab.

Belum sempat aku meletakkan panggilan tersebut, tanganku tiba - tiba dipegang. Hampir terkeluar jantung aku dibuatnya. Terkejut gila weh... Akibat aku terlalu terkejut, telefon yang ku pegang tadi terlempar ke atas meja.

"Kau tak payah susah - susah nak call orang... Aku dah buang sim card kau dah," katanya selamba. Aku memandangnya geram. Geram, sedih, pedih, hancur punah, marah semua ada. Pandai - pandai dia je buang sim card aku. Dia fikir sim card aku tak penting ke?! Sim card tu lah sim yang pertama dan terakhir ommaku beli. Banyak kenangan aku dengan ommaku dekat situ. Tapi sekarang, macam tu je dia buang sim card tu.

*Apa masalah dia ni?!*

*Kenapa dia sengaja sakitkan hati aku hah?!*

*Kenapa sakit sangat hati dia tu?!*

*Apa yang dia benci sakit hati sangat dekat aku?!*

"Alalalala... Janganlah menangis... Saya cuma tak nak awak call orang lain je..." Ejeknya lalu bangun dari katil itu menuju ke almari bajuku sebelum kembali semula kepadaku dengan sepasang baju.

"Ni... Kau pakai baju ni..." Katanya lalu mencampakkan sepasang dress pendek dan agak seksi kepadaku. Aku memandangnya geram. Tanganku kini menggenggam geram selimut itu. Dia segera turun dari katilku lalu menuju ke pintu.

"Haa... Lagi satu, nanti turun makan tengah hari. Kang mati susahkan aku pulak," katanya sebelum keluar dari bilikku. Aku memandangnya geram sebelum aku terus mencampakkan bantal ke arah pintu sebaik sahaja dia keluar.

"Aku benci kau Jungkook!" Jeritku. Serious aku benci dia. Aku akan benci dia sampai bila - bila.

AKU BENCI SANGAT SANGAT SANGAT KAU, JEON JUNGKOOK!

~~~

Aku menuruni anak tangga untuk ke dapur. Serious aku tak pandai guna lif dekat rumah ni. So terpaksalah mendakit sedikit. Ok lah jugak dari duduk terperap dalam bilik tu. Baru aku sedar dah lama aku tak keluar dari bilikku itu. Rindu jugak pemandangan dekat luar tu. Tapi aku tahu, mesti Jungkook tak bagi keluar punya. Sebab tu aku benci sangat dia. BENCI SANGAT...

Sampai sahaja di dapur, aku terus mengambil mug untuk minum. Aku perhatikan sekeliling. Kosong. Mana manusia tak guna tu? Ahh...  Biarlah dia...

"Puan nak makan apa? Biar saya sediakan," kata seorang maid yang baru memasuki ruang dapur ini. Aku memandangnya lalu menghadiahkan senyuman kepadanya.

"Tak layahlah per'puan' dengan saya. Panggil Hana je," kataku lalu tersenyum. Kekok jugak aku bila orang panggil aku macam tu. Aku ni bukan bos besar sangat.

"Hihihi... By the way, puan eh silap Hana boleh panggil saya Lily. Nak makan apa? Biar saya sediakan. Lagipun saya belum siap lagi makanan tengah hari. Kalau Hana nak makan, saya boleh buatkan makanan yang simple dulu untuk Hana," katanya lalu tersenyum manis kepadaku.

"Eh tak apa lah. Biar saya saja yang masak harini. Awak pergilah berehat. Lagipun saya tahu awak penat... Tak payahlah susah - susah," kataku lalu bangun menuju periuk yang ada di situ untuk memasak namun dihalang oleh Lily.

"Hana tak payah susah - susahlah. Lagipun memang ni kerja saya pon," katanya lalu merampas periuk yang ada pada tanganku itu.

"Alah... Takkan saya nak tengok je. Bosanlah. Dah lah saya tak boleh keluar dari sini," aduku lalu mengeluh perlahan. Ya memang tak dapat dinafikan, memang teramat bosan apabila ditambahkan lagi dengan Jungkook.

"Yelah... Hana boleh tolong. Tapi sikit je," katanya. Dengan itu, aku segera menapak menuju ke arahnya lalu menolongnya memasak.

Flashback

"Omma! Mana senduk? Hana nak kacau masakkan ni," tanyaku. Kepalaku terteleng - teleng mencari ommaku yang berada di ruang tamu itu.

"Haa... Lagipun Hana pun dah besar sekarang ni. Baguslah..." Kata ommaku kepada pemanggil di dalam talian itu. Aku memandang ommaku pelik. Apa omma tengah bincangkan tu?!

"Eh Hana ni. Kata nak masak. Ni kenapa intai omma pulak," kata ommaku yang kini sudah berjalan menghampiriku.

"Omma sembang pasal apa tu?" Tanyaku lalu memandangnya pelik. Ommaku memandangku lalu tersenyum.

"Tak ada apalah... Ha, yang Hana ni masak apa?" Kata ommaku lalu menuju ke arah masakkan ku. Pantas sahaja dia mengambil sudu lalu merasa masakkanku itu.

"Omma... Janganlah rasa. Masakkan Hana tak sedap lah," kataku lalu membuat gaya merajuk.

"Eh sedap tah. Kalah masakkan omma tau," puji ommaku. Kini mukaku sudah memerah. Malu.

"Mana ada... Omma nih. Dah lah, omma pergilah tengok Love In Moonlight. Hana nak masak ni," kataku sambil menolak ommaku pergi.

"Eleh... Malulah tu omma puji dia," kata ommaku lalu menyucuk pinggangku.

"Mana ada! Omma..."

"Alah... Tak bestlah macam ni. Omma nak masak jugak. Bosanlah. Love in Moonlight dah habis..." Adu ommaku. Eleh sengaja je tu.

"Omma kan penat, baru balik kerja. Biarlah Hana pulak yang masak," kataku sambil leka memotong bahan - bahan yang mahu aku masak.

"Alah... Tak nak kawan dengan Hana," kata ommaku sambil membuat gaya merajuknya kepadaku. Melihat kelakunya itu, aku hanya tergelak.

"Elelelele... Omma ni... Yelah. Tapi omma tolong sikit je," kataku membuat muka menyampah.

"Yeay... Sayang Hana..." Kata ommaku lalu memelukku erat. Hampir mati lemas aku dibuatnya.

*Hana pun sayang omma... Forever and ever*

End Flashback

"Auch..." Tanganku segera di alihkan dari pisau itu ke singki. Jariku yang berdarah ini segera dicuci. Pedih akibat dihiris pisau masih lagi terasa.

"Lah... Tulah saya kata awak tak apayah buat semua ni. Biar saya saje yang buat. Sekarang tengok. Kan tangan dah luka," katanya lalu mencapai ubat yang terdapat di dalam salah satu laci meja disitu.

"Tak apa. Sikit saje ni..." Kataku lalu tersenyum manakala Lily sudah pun membalut lukaku itu. Tiba - tiba air mataku mengalir. Aku teringatkan ommaku. Aku rindu dia.

"Hana ada masalah ke? Sharelah," katanya yang sudah pun selesai membalut jariku.


Vote and Comment ✌

Isteri Simpanan JJKWhere stories live. Discover now