mind-set-go

5 0 0
                                    

Sesetengah manusia
Membuat keputusan tanpa berfikir
Kesannya

-boom-

Kalau pada diri sendiri saja
Tak apa
Ini tidak

Tahap pemikiran
Kena ikut isu semasa
Trend katanya

Tapi bila isu semasa
Bercanggah dengan apa yang dipegang
Perlu ditangani
Perlu dihapus
Perlu ditegakkan kebenarannya
Perlu diselamatkan yang sudah terjebak
Perlu ditarik ke pangkal jalan

Tapi
Tapi
Tapi

Caranya
Seninya
Tutur katanya
Perlakuannya

Perlu betul
Perlu sahih

Berlandaskan Al Quran
Berlandaskan hadis
Berlandaskan fatwa
Berlandaskan kitab

Bukan melulu,

Akhirnya tertonggeng dan tersembam
Dek kerana kekalutan dan
Keghairahan yang kononnya dapat menyelamatkan agama

Malu sendiri

Golongan sebegini
berhati - hatilah dengan kehendak sendiri

Always By My SideWhere stories live. Discover now