SUMBER INSPIRASI

32 1 0
                                    

♡1♡
*****

Di kala tidur Aku seakan terjaga
Dari sebuah lamunan
Mimpi indah
Bertukar menjadi ngeri
Tatkala waktu itu
Hujan
Sedang kemaruk membasahi Bumi.

Aku
Di waktu itu
Lewat usia masih siang
Menunggu detik berlalu untuk
Aku bergelar seorang pejuang.

Aku
Terasa ngeri di hati
Mengenang hari hari
Yang bakal mendatang.

Aku tidak mungkin lemah
Dalam menjejak mimpi mimpi
Serta wawasan digerakkan
Kerana
Aku tahu ada insan
Sentiasa membawa
Serta membimbing diri Ku
Untuk menuju ke kedewasaan.

Demi hidup ini
Aku bagai ditakluk
Oleh sesuatu
Yang Aku belum tentu pasti tahu
Sedang diri Ku
Sudah lama bersedia
Bagi suatu perjuangan bakti
Serta pada akal dan budi insani.

Lewat hari ini
Aku bagai terus menanti
Detik detik sepertimana
Yang telah dijanjikan itu
Dan
Aku temui
Sebuah ceritera dongeng
Di abad nan lalu
Yang telah lama Aku tinggalkan.

Apakah
Sandiwara hidup ini
Bakal berlarutan
Untuk tahun tahun seterusnya
Atau
Aku hanya di kesendirian
Bakal merasakan
Atau juga
Aku tidak betah untuk
Berkata kata
Demi untuk
Sekadar sebuah mimpi

Aku bermunajat pada Tuhan
Pada siang dan malam
Dan
Pada sebuah kenangan silam
Yang telah Aku tinggalkan
Aku berpesan
Aku pasti telah kembali
Demi Mu
Yang Aku impikan.

Yang pasti
Aku tahu
Aku tidak keseorangan
Selagi hayat dikandung badan.

MUKHTARIFOnde histórias criam vida. Descubra agora