1

85 3 2
                                    

Kringggggggg !!!

Telefon bimbit berdering sehingga menggegarkan meja di sebelah katil Aurora.  Aurora terjaga dari tidurnya.

Ish,  sapa pulak ni call pagi-pagi buta. Tengah sedap tidur ni.

Aurora bangun dari katilnya untuk melihat nama si pemanggil yang tertera di telefon bimbitnya . Aurora menjawab panggilan.

"ye?"
"Hai Aurora. Dah bangun ke? Kau dah siap belum?"
"Siap? Siap ke mana?"
"Ek Eleh minah ni. Dia buat lupa pula.  Kita kan nak gi short getaway dekat Perak."

Terbeliak mata Aurora. Aurora terlupa bahawa hari ini hari terpenting untuk bercuti bersama rakan-rakan Universiti.

"Errr okay okay.  Aku bersiap kejap ye.  Nanti dah sampai call aku balik."

"okay, bye."

Aurora menyelongkar almari baju.  Panik dibuatnya.  Dia memilih pakaian yang sesuai untuk bercuti selama 4 hari 3 malam di sana.  Kemudian,  dia meletakkan pakaian serta perkakas penting ke dalam beg galas besarnya itu.

Nak duduk hutan je pun.  Bukan nak kemana.  Alah,  bawa biasa biasa je lah.  Peduli apa aku.

Selepas mengemas barangnya,  Aurora terus ke bilik air untuk membersihkan diri.  Setelah siap mandi,  Aurora bersiap dengan memakai baju t berlengan panjang warna hitam beserta seluar jeans biru. Simple. Aurora mengikat rambutnya yang ikal mayang itu dengan kemas dan cantik di hadapan cermin.

Okay siap!  Katanya dalam hati.

Aurora terbayang suasana meriah dan gembira bersama rakannya sepanjang percutian. Tak sabar dibuatnya.  Aurora tersenyum seorang diri .

Telefon bimbitnya berbunyi sekali lagi. Kali ini bukan panggilan dari orang yang sama . Satu sistem pesanan ringkas (sms) diterima dari seseorang yang dikenalinya. Nadia.

Hai Aurora. 

Aku on the way pergi rumah kau ni.

 Aku malulah.

Tak rapat sangat dengan geng baru kau tu.  Boleh aku datang ?

Aurora pantas membalas.

Hai. Datanglah sekarang :)

Aurora ketawa kecil membaca sms dari rakannya Nadia.  Nadia merupakan rakan karibnya ataupun lebih dikenali sebagai BFF- Best Friend Forever-sejak dari sekolah menengah lagi.  Dia menganggap Nadia seperti adiknya sendiri kerana tarikh lahir mereka hanya berbeza sehari sahaja.  Mereka berdua terlalu rapat di sekolah sehingga ada sesetengah senior lelaki di sekolahnya gelarkan Aurora dan Nadia sebagai lesbian sejati . Tetapi segalanya berubah setelah mereka berdua sambung belajar di universiti yang sama . Aurora lebih rapat bersama rakan rakan barunya. Nadia agak terpinggir lebih-lebih lagi kerana dia dari fakulti yang lain.

2 minggu yang lalu, rakan-rakan baru Aurora yang terdiri daripada Black, Erul, Nim, Din dan Tasya telah bercadang untuk bercuti bersama sewaktu cuti semester mereka.

"Eh korang.  Cuti sem ni nak buat ape je? Dah ade perancangan ke?"

soalan dari Tasya telah memecah kesunyian dalam bilik perbincangan di perpustakaan universiti. Mereka sekumpulan bersama untuk study group subjek Calculus sebelum peperiksaan esok pagi.

"Oi, paper Calculus pun tak jawab lagi kau dah fikir cuti sem ? Sabar la beb," Erul menegas. 

Sedikit tidak puas hati dengan soalan Tasya kerana terlampau stress menjawab soalan Calculus yang membunuh itu. Aurora hanya tersengih.  Yang lain tidak hiraukan soalan Tasya. 

"Aku sabar la ni tapi aku ada idea bagus nak share dengan korang ni. Aku bukannya apa, aku ingat nak bercuti dengan korang. Apa salahnya kan? Dah semester akhir ni. Tapi kita tak pernah bercuti bersama. Bosan la setiap kali cuti sem tidur makan tidur makan bina lemak tak berapa bagus," ujar Tasya.

Black memandang ke arah Tasya. "Kau nak ajak kiteorang bercuti kemana ni?"

"Jom bercuti di Perak! Ade satu tempat ni tepi hutan. Chalet dia cantik.  Nak hiking pun best ada sungai, ade bukit.  Nak tak?" Nim mencelah.

Tasya mengangguk tanda setuju. "So korang yang lain macam mana?  Aku pun teringin nak masuk hutan tak pernah lagi try. Macam best je."

"Apa yang bestnya? Ada banyak makhluk yang kau tak nak jumpa," Balas Din sambil ketawa . 

Aurora, Tasya dan Nim bersetuju termasuklah Black tetapi, Erul dan Din kurang setuju. 

"Biar betul korang ni ? Tempat tu kau biasa pergi tak Nim? Kalau belum pernah, kau jangan nak merepek," Erul berkata dengan nada yang sedikit serius. Mungkin takut.

"Ala rilek la Rul. Bukan pergi sorang. Ramai-ramai kan? Tempat tu aku pernah pergi waktu aku sekolah rendah dengan family aku.  Memang cantik. Chalet dia tu menarik macam klasik tetapi aku tak berapa ingat lah nama tempat tu. Alah, jangan risau.  Rul, Din jom lah jom lah," pujuk Nim.

Setelah memerah otak berfikir panjang sama ada mahu ikut ataupun tidak, akhirnya Din dan Erul bersetuju. Gembira Nim dan Tasya. 

"Aku rasa nak bawa seseorang la, Boleh ke?" Soal Aurora sambil melihat ke arah Tasya.

"Ape pulak tak boleh! Mestilah boleh. The more the merrier gitu.  Kau nak ajak boyfriend pun boleh. Eh kau ada boyfriend ke ? Hahahaha!" Tasya berseloroh.

Tak guna betul minah ni

Aurora menjeling. "Takde lah, aku nak ajak member aku yang kos fizik tu, Nadia.  Aku pernah cerita kan."

"Oh dia tu. Haa, boleh je. Ingatkan boyfriend. Kesian Erul nanti hahaha."

Tasya ketawa dengan kuat kali ini. Erul membaling pen ke arah Tasya kerana terlalu geram. Tasya akhirnya berhenti ketawa kerana takut si Erul ni lagi marah.

Satu panggilan telah masuk.  Lamunannya terhenti.

"Aku dah sampai ni. Mana kau?"
"Okay kejap aku turun."

Aurora mematikan panggilan tersebut. Aurora turun tangga dengan pantas sambil melihat sekeliling ruang tamu. Ibu bapanya sedang menonton televisyen manakala dik bongsunya, Arina sedang membaca novel. Kemudian, dia terus ke arah mereka dan tidak membuka pintu terlebih dahulu untuk Nadia.

"Kawan kakak datang tu.  Pergi la buka pintu."

Aurora mengendahkan kata kata ibunya dan terus menyalam tangan kedua ibu bapanya . Sejuk dan lembut tangan mereka. Sebak Aurora untuk tinggalkan keluarga buat beberapa hari.  Ini kerana Aurora jarang berpisah dari keluarganya . Aurora lebih meluangkan masa bersama keluarganya walaupun pergi bercuti di luar negara mahupun dalam negara.

"Jaga diri baik baik. Kakak pergi tempat orang.  Jaga mulut jaga batas jaga solat tahu? Aurora  anak yang baik," pesan ayahnya.

Lagi sebak lah hati Aurora mendengar. bergenang air matanya. Arina sekadar melambai tangan. Tidak cukup dengan bersalaman,  Aurora memeluk erat ibu bapanya seperti tidak akan berjumpa lagi. Aurora melepaskan pelukan perlahan-lahan. Ibu bapanya sekadar senyum. Aurora bingkas bangun ke arah pintu. Dia toleh ke belakang untuk melambai ke arah keluarganya buat kali terakhir sebelum keluar dari rumah.

DENGKIWhere stories live. Discover now