- 26

1.8K 188 15
                                    

"Tahniah kepada kamu berdua, Wujin ssi mengandung."

Wujin termenung jauh. Kata-kata doktor tadi masih terngiang-ngiang di telinganya. Dia mengetap bibirnya. Nak je dia gugurkan budak dalam perut nya ini, tapi dia ada lagi rasa belas kasihan.

Dia juga masih waras.

Bukan macam lelaki yang penyebab budak ini wujud dalam perutnya.

Wujin mengeluh perlahan. Matanya meliar ke segenap bilik itu. Jungkook tiada di rumah memandang kan dia ke sekolah hari ni.

Katanya , rajin.

Wujin mengetap bibirnya. Cadar katil digenggam kuat. Dia juga hendak ke sekolah.

Untuk, lari dari Jungkook. Itu sahaja cara untuk lari dari psycho itu. Tiba-tiba, lagu berkumandang. Dia mula bangun dan mencari dari mana lagu itu dimainkan.

Tapi ni,

macam ringtone fon dia je.

Pantas dia menyelongkar seluruh bilik itu dan akhirnya dia terjumpa fonnya yang tersorok di atas almari baju itu. Dia lama tenung skrin fonnya sebelum menjawab panggilan tersebut.

"Wujin?"

"Jennie..." air mata Wujin akhirnya mengalir. Lama dia tidak berhubung dengan Jennie, rindu nya dia dengan Jennie hanya tuhan yang tahu.

"Finally aku call kau, kau sambut! Selama ni aku call, kenapa tak sambut?" soal Jennie, suaranya kedengaran amat risau.

Wujin tersenyum nipis lalu mengeluh perlahan. "Takde lah, fon aku rosak. Tu yang aku hantar kedai, repair."

"Repair huh? Dah berapa bulan ni? Hmm?" suara Jennie berubah serius. Wujin mengetap bibirnya. "Erm, nak dekat tujuh bulan dah."

"Atau Jungkook yang sorok fon kau? Tell me, am I right?" kata Jennie membuatkan Wujin terkejut. Matanya membulat , mulutnya terlopong. "Ho-how..."

"Kawan baik mana tak ambil peduli kawan baik dia sendiri kan?" Jennie mengeluh perlahan. "Minta maaf Wujin, aku dah telefon hospital tu, tapi lambat sangat dorang nak bertindak."

Wujin menggeleng. Senyuman nipis terukir di bibirnya. "Tak apa lah. Terima kasih sebab sudi jadi kawan yang terbaik buat aku. Aku rasa baik aku pergi je--"

"--yah Heo Wujin! Jangan cakap yang bukan-bukan boleh tak!" suara Jennie meninggi menyentakkan Wujin. Air mata Wujin semakin deras mengalir. "Ya-yah! Kalau ya pun, jangan lah marah-marah!"

Jennie terdiam seketika. Keluhan keluar lagi dari mulutnya. "Yalah. Mianhae. Kau, jaga diri baik-baik. Tunggu aku tau, dalam beberapa hari lagi."

Wujin mengangguk perlahan, dia tahu Jennie tidak dapat melihatnya, tapi dia tetap mengangguk sambil tersenyum hambar. "Harap-harap..."

~|||~

"Tell me!" rambut Wujin direntap kasar. "Siapa yang call kau tadi!? Aku nak bunuh orang tu!" suara Jungkook semakin meninggi. Rambut Wujin ditarik semakin kuat.

"Jungkook lepas!" tangan Jungkook ditampar-tampar. Kepalanya terasa berdenyut-denyut tatkala rambutnya ditarik amat kuat. "Sumpah! Tiada sesiapa pun call aku!"

"Sumpah huh?" Jungkook ketawa sinis. Fon Wujin ditunjuk di depan wajah Wujin. "Nampak ni? Kau jawab panggilan dia!"

"Jennie kan?" soalnya, suara direndahkan. Wujin tidak menjawab membuatkan dia semakin hilang sabar. "Aku dah cukup sabar dengan kau ni. Jawablah sial!" suara nya kembali meninggi.

"A-ani..." jawab Wujin perlahan. Dia tidak mahu Jennie diapa-apakan. Cukuplah diri nya yang didera oleh syaitan ini.

"Habis! Nama siapa ni? J-E-N-N-I-E! Siapa lagi kalau bukan kawan tak guna kau tu!" Jungkook menampar pipi Wujin. Matanya memandang Wujin yang tertunduk lemah itu. "Aku akan bunuh dia."

Wujin mengangkat muka untuk memandang Jungkook yang sudah ketawa sinis itu. Dia menggeleng perlahan sebelum menjerit kemarahan. "Don't you dare!"

Jungkook tersenyum mereng sambil memandang mata Wujin yang turut memandangnya. "Do you just shout at me?"

"Suka hati aku lah nak jerit! Kau siapa nak halang aku? Kau jangan berani nak sentuh dia!" mata dipejam sambil menjerit kuat. Seperti hendak terkeluar saja tekaknya.

Dagu Wujin dicubit kuat dan diangkatnya supaya dapat dipandang mata merah Wujin akibat terlalu banyak menangis itu. "I do what I want, honey..."

Wujin mengetap bibirnya. "No you don't."

"Yes I will." senyuman sinis itu membuat kan air mata Wujin mengalir lagi.

~|tbc |~

+Vomment.
+Silent readers, gtth.
+Abaikan typo, jangan ditegur especially when aku takde mood.

Ⓒ the nerd is a pycho ↬ jungkook btsDonde viven las historias. Descúbrelo ahora