BAB 1

41.9K 115 4
                                    

Suasana pada pagi itu sangat dingin kerana hujan yang turun pada malam hari.Nadia yang tertidur di meja kerjanya terjaga akibat bunyi yang bising dari luar biliknya.

"Apa yang laki aku buat kat bawah tu !?" bebel Nadia sambil cuba membuka mata dia.

"Ayang !! Nadia Suraya !!!!" Fariz yang sedang mengemas rumah memekik memanggil nama penuh Nadia.

"Apa Encik Fariz Syafi ?" Nadia menjawab sambil menjerit.

Nadia terdengar orang sedang berlari di luar biliknya.Apabila pintu dikuak , muka Fariz yang menyegih muncul.

Fariz seorang lelaki yang tampan.Dia mempunyai bulu mata yang panjang yang membuatkan mata dia nampak seperti memakai celak.Apa yang membuatkan Nadia jatuh cinta ialah senyuman yang berbentuk segi empat tepat persis artis Korea bernama Kim Taehyung.Padan dengan Nadia yang anggun dengan matanya yang bulat.

"Puan Nadia Suraya yang comel lagi cantik , awak tu dah lambat ke office.Sekarang dah pukul 9:30 dah cik puan" kata Fariz dengan lenggok bahasa orang Indonesia.

"Hah ! Awak kenapa tak kejut saya !?" jerit Nadia.Dia terus mengambil tuala yang disangkut dan berlalu ke dalam bilik mandi.

Fariz yang melihat telatah Nadia tergelak kecil.Nadia tidak sedar bahawa Fariz menipu dia.
'Hah itulah siapa suruh tak bangun bila saya kejut padan muka' getus hati Fariz

Nadia keluar dari bilik mandi dengan kelam kabut dan terus berlalu ke bilik pakaian yang tersedia di sebelah meja kerjanya.

Dia mengambil baju kemeja berwarna putih dan dipadankan dengan jeans hitam serta tudung shawl berwarna merah jambu.

"Abang ! Awak masak sarapan ke ?" tanya Nadia dari atas.

"Ya ! Cepat turun tak payah nak bersiap sakan ! Awak tu dah lambat !" kata Fariz sambil ketawa terkekek-kekek

Nadia mengambil telefon bimbitnya dan melihat sekiranya ada pesanan yang diterima oleh pihak syarikat atau clientnya.Tiba-tiba dia terperasankan sesuatu pada telefon bimbitnya dan Nadia berlari terkocoh-kocoh ke ruang makan dimana Fariz telah menunggu kedatangannya disitu.Nadia terus mencubit telinga Fariz kerana disakat oleh Fariz hingga membuatkan dia rasa akan dipecat kerja.

"Awak ni kan ! Nasib baik saya tengok telefon bimbit saya kalau tak orang semua mesti ingat saya ni buang tabiat datang pukul 8 pagi sedangkan kerja saya start pukul 10" bebel Nadia manja kepada Fariz.

"Alololo sorrylah saya saja nak bergurau dengan isteri saya sorang ni tak boleh ke ?" pujuk Fariz dengan aegyo yang mampu mencairkan hati mana-mana wanita.

"Yalah cik abang Fariz oii saya maafkan" jawab Nadia lalu menjelingkan matanya kepada Fariz dengan manja.

Roti bakar bersama jem strawberi berserta omelette yang tersedia di atas meje dipandang oleh Nadia.

"Abang ke yang buat semua ni ?" tanya Nadia dengan terharu.

Melihat anggukan Fariz , perut Nadia mula meragam membuatkan tekak Nadia loya dan ingin muntah.

Terkocoh-kocoh Nadia berlari ke tandas di dalam bilik tetamu.Fariz yang berada di meja makan terus meluru ke dalam tandas itu dan menenangkan Nadia yang kelihatan terseksa memuntahkan isi perutnya.

"Sayang are you okay ? Ada makan apa-apa yang tercemar ke ?" tanya Fariz dengan prihatin sambil berjalan ke arah pintu utama.

"Tak ada apa-apalah.Okeylah saya nak pergi office dah ni.Assalammualaikum" kata Nadia sambil mengucup tangan Fariz tanda bersalam.

Fariz yang berada di depan pintu hanya memandang kelibat Nadia yang menaiki kereta sehingga hilang dari pandangan Fariz.

Telefon bimbit yang berada di tangan Fariz berdering.

"Hai sayang" kata pemanggil dari corong suara telefon bimbit.Yang pastinya , suara itu bukan milik Nadia Suraya.

"Ya Sayang.Saya on the way ni.Tunggu I tau" jawab Fariz dengan mengoda.

CURANGWhere stories live. Discover now