BAB 2

30.4K 74 0
                                    

Nurin , penyambut tetamu berbangsa cina mualaf merangkap kawan karib Nadia tersenyum apabila melihat kelibat Nadia di pintu utama MD Holdings.

"Hola cik adik manis" tegur Nurin dengan lenggok bahasa orang Bangladesh.

"Hoi kau apa kena cakap ngan aku macam tu ?" balas Nadia semula.

"Kau tu cina tapi nasib baik Islam , putih , banyak-banyak lenggok Bangladesh jugak kau nak dah elok putih nanti hitam pulak" ejek Nadia.

"Hek eleh kau ni gurau pun tak boleh ke" jawab Nurin berjauh hati.

Nadia yang malas hendak melayan perangai Nurin terus berlalu ke arah lif yang utama

"Malas aku nak layan kau.Nak merajuk pergilah" kata Nadia lalu mengeluarkan lidahnya yang merah kepada Nurin dan menghilang ke dalam lif.

Ting ! Nadia tiba di tingkat 12 bangunan tersebut yang merupakan bangunan milik ayah kesayangannya.

"Assalammualaikum Dato Malique Dzafhran yang disanjungi.Saya Nadia Suraya selaku pewaris syarikat ini datang mengadap" gurau Nadia.

"Beta ingin menukar pewaris syarikat dengan Cik Nabila Sumaiyya.Itu sebab beta memanggil tuan hamba datang mengadap" gurau Dato Malique pula.

"Hah ! Ayahanda janganlah macam ini.Nad gurau saje.Aduhai patik meminta ampun !" resah Nadia.

"Ayahanda gurau sajalah" kata Dato Malique sambil ketawa terkekek-kekek.

"Ish ! Ayahanda ni dahlah tadi kena sakat dengan Fariz sekarang dengan Ayahanda pula" ujar Nadia berjauhan hati.

"Ayahanda tak nak pujuk" hanya itu sahaja balasan yang terkeluar dari mulut Dato Malique

"Okey ! Nad pergi dulu" kata Nadia dan menyambung rajuknya dengan Dato Malique.

Nadia membuka pintu bilik Dato Malique tetapi ditahan oleh Dato Malique

"Alahai anak ayahanda sorang ni bergurau pun tak boleh.Mana mungkin Nabila pegang syarikat ni jurusan pun Perubatan tiba-tiba business apa cerita" terang Dato Malique panjang lebar.

"Apa-apa jelah ayahanda , yang penting Nad nak masuk bilik Nadia nak buat kerja.Bertimbun tak habis lagi tu.Assalammualaikum" kata Nadia sambil menyalam tangan Dato Malique.

"Hey Pauline.Ada apa-apa yang penting ke hari ni ?" tanya Nadia sebaik melintasi meja setiusaha yang sangat setia dan menghormatinya itu.

Pauline membelek tablet yang diberikan oleh pihak office untuk melihat sama ada terdapat perkara mustahak yang Nadia perlu lakukan hari ini.

"Setakat ni Puan Nadia hanya ada lunch meeting bersama Dato Farish untuk bincangkan tentang tanah di Jerteh , Terengganu yang digunakan untuk membina sebuah hotel" terang Pauline dengan lancar.

"Okey before 1 tolong remindkan saya semula ya" jawab Nadia tenang.

"Yes bos !" ujar Pauline sambil membuat aksi menabik.

Nadia menguak pintu pejabatnya dan tercengang melihat fail yang bertimbun-timbun dia atas meja kerjanya.

"Ya Allah banyak nya ! Baru cuti seminggu tu pun demam banyak ni ke yang kena buat ! Bapak ah !" rungut Nadia tidak puas hati.

Langkah kaki Nadia seperti berat hendak ke meja kerjanya.Tanpa Nadia sedar dia sudahpun duduk di atas kerusi empuk miliknya.

Nadia memegang fail yang berada di atas sekali lalu dia melafazkan basmallah dan memulakan kerjanya.

Tok ! Tok ! Tok ! ketukan di pintu menghentikan jari Nadia dari mengetuk papan kekunci di atas meja.

Apabila Nadia mendongak untuk melihat gerangan tersebut muncul muka Nurin yang putih mulus itu.

"Maaf menggangu cik adik manis bolehkah saya melangkah masuk ke dalam cik adik manis punya bilik ? Saya tertarik sama cik adik" gurau Nurin

Melihat anggukan Nadia terus sahaja kaki Nurin melangkah.Tetapi sebaik sahaja Nurin melangkah perut Nadia sudah mula rasa ingin mengeluarkan kesemua isi perutnya akibat bau yang dihidu Nadia.

"Woi ! kau pakai apa sia ! Asal busuk sangat ni !" sergah Nadia sehingga terangkat bahu Nurin kerana terkejut.

Nurin mengusap perlahan dada dia untuk menenangkan jantungnya yang terlebih bekerja pasal sergahan Nadia tadi.

"Kau ni janganlah sergah aku macam tu.Nasib baik aku tak ada sakit jantung atau darah tinggi , kalau tak innallilah aku kat sini jugak.Anyways perfume yang aku pakai ni , aku selalu pakai okey !" sambung Nurin sambil memetikkan jarinya di hadapan Nadia.

Nadia yang tidak dapat menahan loya terus meluru ke dalam tandas di dalam biliknya.

Nurin yang takut akan keadaan Nadia terus mengusap belakang Nadia seperti Fariz lakukan sebelum Nadia ke pejabatnya.

"Nad kau okey tak ni ? Jomlah aku bawak pergi klinik.Seriau aku tengok kau" cadang Nurin selepas melihat Nadia lega.

"Okeylah Jom" setuju Nadia.

CURANGWhere stories live. Discover now