Makhluk yang ditemui disekitar lewat tahun 2009 ini amat mengejutkan pakar2 dunia sains.Menurut sumber media cetak,makhluk ini sebenarnya masih hidup ketika ditemui.
Namun,petani Mexico yang menemuinya.Moreno Lopez bertindak membunuh makhluk ini.Dia yang panik dan takut melihat rupa binatang kecil itu lantas melemaskannya dalam air.
Saintis kemudian menjalankan autopsi ke atas bangkai berkenaan dengan ujian DNA yang membawa keputusan menghairankan.
Kajian dan siasatan mereka mendapati ia sememangnya tidak diketahui daripada spesis haiwan apa.
Kepalanya tidak lonjong.Hanya saiz sebesar tiga jari manusia dewasa dan hal ini menjelaskan mengapa ia digelar 'Baby Alien' oleh sesetengah orang.
Rangkanya mirip cicak namun bukan dari mana2 spesies cicak yang sedia diketahui manusia.Gigi makhluk ini juga tidak mempunyai akar dalam gusi seperti mana2 haiwan yang berbentuk seakannya.
Sememangnya ada beberapa laporan kemunculan UFO dan Crop Circles dilaporkan terjadi di kawasan di mana 'Baby Alien' ditemui.
Ini berdasarkan apa yang disiarkan di media,Mexico TV pada 2007.Ada pihak percaya bahawa ini tipu helah semata2.
Mereka tampil membangkang dakwaan bangkai yang ditemui itu adalah 'Baby Alien' dan mengemukakan satu teori yang agak berasas dengan mendakwa makhluk itu hanyalah seekor 'Bayi Beruk'.
Hal ini membuka mata para saintis untuk mengkaji semula dan apa yang mereka temui kemudiannya sememangnya ada satu spesies monyet yang mempunyai rangka yang sama dengan bangkai tersebut.
Mereka mengandaikan bangkai tersebut itu berasal dari fetus monyet yang telah disiat kulit dan bulunya sehingga menjadi rupa seakan itu.

YOU ARE READING
Urban Psiko [COMPLETE]
HorrorKisah Urban dan seram yang hanya dipetik dari Google ataupun Instagram silalah baca kalau kebosanan