Cemas

32 4 4
                                    

"Ni weyh pegang tangan aq." Syafiq menghulurkan tangannya.

"Haa? Buat apa? " Nadira yang kebingungan cuba memahami.

"Pegang je lahh, kau tak nampak kan. " tangannya masih dihulurkan kepada Nadira tanpa disambut.

"Mana boleh. " Nadira mengubah pandangan ke bawah.

"Kau degil pahal? Longkang tuh besar. Kau tak boleh lintas. Lagipun kau tak nampak kan. Aq bagi pertolongan nih ambil jelah. " Syafiq tak berputus asa.

"Mana boleh lahh. Haram. " otaknya ligat berfikir cara untuk melintas longkang di hadapan nya tanpa menerima bantuan Syafiq.

Syafiq tersenyum lalu mengambil salah satu ranting dahan pokok yang kelihatan tidak begitu mudah untuk dipatahkan. In short, agak kukuh apabila dipegang.

Dipegang hujung batang kayu tersebut dan dihulurkan bahagian hujung lagi satu di hadapan Nadira. "Nih pegang."

"Saya kata tak boleh kan. " Nadira masih membatu.

"Bukan tangan aq lah. Ni haa depan kau ni. Hulur tangan kau dan rasa. Lepas tuh pegang. " Syafiq masih menghulur.

Nadira kelihatan ragu-ragu tapi setelah beberapa saat, tangan kanannya perlahan di angkat menghala ke arah hadapan, ke arah yang disebutkan Syafiq tadi.

Objek tersebut dicapai dan dia terundur kebelakang sedikit akibat terkejut. Mungkin permukaan batang kayu yang tidak rata itu membuat Nadira terkejut. Iyelah batang kayu daripada pokok mana yang di rembat Syafiq agaknya. Kalau berduri tak ke terluka budak tuh? Haih.

Syafiq hampir tergelak namun dapat ditahan. Seronok melihat Nadira diperlakukan begitu. Comel, desis hatinya.

"Cepatlah kau dah tertinggal jauh nih. Lain semua dah gerak ke tempat seterusnya. Pegang lah cepat. Pegang kuat-kuat. Aq cakap sekali je nih. " Syafiq tahu Nadira masih takut-takut dan tangan Nadira dah menggenggam hujung kayu tuh dah pun.

"Aq kira sampai tiga kau lintas longkang tuh. Ready? Satu.. dua.. tiga! " Nadira menurut seperti yang diarahkan.

Beberapa minit berlalu. Mereka berjalan bersama berpegangkan batang kayu yang permukaannya tak begitu rata tuh. Kekadang Syafiq sengaja menarik-narik kayu sambil berjalan laju, supaya pegangan tangan Nadira pada kayu terlepas. Genggaman Nadira semakin erat. Dia tahu Syafiq sengaja. 'Kalaulah aq boleh nampak, siap lah dia ni ish' , hanya mampu berkata dalam hati sahaja si Nadira nih.

Perjalanan diteruskan. Beberapa minit berlalu dan Syafiq tetiba berhenti. Batang kayu direntap oleh Syafiq. Nadira terkejut. Tangannya sakit dan berpeluh akibat pegangan pada batang kayu yang terlalu lama tanpa dilepaskan. Lagi-lagi setelah direntap secara tiba-tiba.

Tanpa sebarang pesanan, Nadira ditinggalkan Syafiq ditengah-tengah perkarangan sekolah, di belakang tapak perhimpunan.

Nadira berdiam diri. 'Huh? Apa jadi? Kenapa dia lepaskan? Aq.. kena tinggal ke? Kenapa dia tak cakap apa-apa? '

Beberapa minit berlalu. Nadira masih berdiri seorang. Tak tahu nak buat apa. Dah lah tak boleh nampak apa. Nadira masih menunggu sebenarnya. Menunggu arahan seterusnya.

"Haa duduklah. Penat berdiri. Tak lenguh ke? "
sapa seorang lelaki. 'Dia cakap dengan aq ke? ' teragak-agak Nadira cuba untuk duduk. Ditunggu juga jika ada yang menghalang tapi tak ada. So betullah lelaki tadi bercakap dengan dia.

Baru sahaja Nadira duduk tetiba- "Ehh ada taik ar kat situ! Habislah.. " satu suara daripada seorang lelaki berkata.

"Eh?!" Kelam-kabut Nadira bangun semula sambil meraba-raba bahagian punggung nya. Dicari bahagian yang berlendir atau basah akibat taik yang didudukinya huhu. Otaknya dah bayangkan betapa hodoh nya situasi nya waktu tuh. Dahlah tak nampak, malangnya nasib aq katanya.

ImpresiWhere stories live. Discover now