18

76 3 0
                                    

2 tahun kemudian

" sayang, jangan main jauh jauh tau. nanti hilang. " anak kecil berusia setahun lebih itu tidak membalas dan terus mengutip dedaun layu yang berteraburan.

aku tersenyum melihatnya sedang bermain seorang diri. dia baru sahaja pandai berjalan, syukur.

jeon nara yang baru berusia setahun membesar dengan sihat dan impian aku untuk memiliki anak perempuan tercapai.

" awak ni fikir dia faham ke awak cakap apa dengan dia? " jungkook mengikut nara yang berjalan ke sana dan ke mari.

" eh awak ni, anak saya bijak tau bukan macam awak dungu. " aku mengutuk jungkook secara terang - terangan lantas dia mencekak pinggang.

" hah baguslah cakap suami sendiri dungu, derhaka tau. " aku membaling daun kering ke arah jungkook.

akhirnya barulah bahagia sebenar dapat aku kecapi setelah bertemu dengan jeon jungkook, lelaki berbaju hitam yang menenangkan aku dua tahun yang lepas ketika taehyung meninggalkan aku.

aku berkahwin dengan jeon jungkook setelah dia menawarkan diri untuk menjaga aku memandangkan aku sedang hamil ketika itu.

dia lelaki yang baik. lama kelamaan aku jatuh hati bukan sahaja pada kebaikkannya malah semua yang ada pada dirinya.

taehyung? pasal permintaan terakhir taehyung aku tunaikan. jeon nara adalah anak taehyung namun aku menggantikan nama bapanya kepada nama jungkook atas permintaannya.

" awak dengar tak ni? " soal jungkook mematikan lamunan aku.

" huh? "

" berangan lagi, berangan lagi. ey ketuk kepala tu guna kuali kang. "

" apa? ketuk guna kuali? ewah ewah ketuklah nanti saya sakit takde siapa nak masak padan muka awak kebulur tak dapat makan. "

jungkook menarik aku dekat dengannya. aku tidak terkejut malah tersenyum kepadanya.

" saya rasa macam nak kasi nara adik la malam ni. " suaranya cukup lembut dan romantik membuatkan aku geli geleman.

aku menolak dahinya sehingga dia tertolak ke belakang.

" jangan nak mengada! nara yang satu tu pun jenuh nak jaga awak nak satu lagi pula. " aku mencemik menyampah namun ianya tidak lama sebelum aku kembali teringat sesuatu.

" nara, mana nara? " aku menoleh sekeliling kawasan taman. tiada kelibat nara di situ.

disebabkan ramai orang berada di taman, agak sukar untuk aku mencari nara.

oh tuhan, mana anak aku?

aku mencari keliling taman dengan risau. satu persatu wajah anak kecil dilihat.

" nara, mana kamu? jangan buat mama risau. " nada suaraku kedengaran cukup takut.

jungkook juga sudah hilang kelibatnya mungkin mencari nara juga.

" nara mana ka-- " langkah aku terhenti. dari jauh aku melihat nara sedang bersama seorang lelaki asing.

aku segera berlari ke arah nara takut lelaki itu penjahat yang ingin menculik kanak - kanak.

semakin hampir, aku jadi terkejut. aku... aku tak salah pandangkan?

" haera, macam mana awak jaga anak kita? " lelaki itu tertawa kepada aku.

dia bukan seorang asing tapi dia bapa kepada anak aku.

" haera, awak dah jumpa-- " ayat jungkook terhenti apabila menghampiri kami.

jungkook juga kelihatan terkejut.

" taehyung hyung. " jungkook kaku ditempatnya berdiri.

" hello jeon jungkook. sihat? " taehyung menghulurkan tangannya kepada jungkook namun aku menghalang tangan jungkook dari menyalami tangan taehyung.

" jangan kacau kami dan pergi. " ujar aku keras.

" haih, saya penat mengelak dari awak. sebenarnya saya dah lama diikat jamin oleh papa saya. saya tak tahan nak berjumpa dengan anak kita. " dia mendukung nara dan mengusap kepalanya.

aku merampas nara dari tangannya.  nara merengek mungkin sakit.

" terima kasih sebab sudi jadi ayah kepada anak aku. " taehyung menepuk bahu jungkook. jungkook hanya mengangguk.

" baguslah kau dah tak ambil dadah. kau dah berubah. " sambungnya lagi.

" haera, awak jangan risau saya takkan kacau kebahagiaan awak dengan jungkook. " aku masih diam mendengar bait bait dari mulutnya.

" aku akan berpindah ke uk dengan bakal isteri aku nanti, aku akan balik korea sekali sekala untuk berjumpa keluarga aku. "

" aku cuma nak ucapkan selamat tinggal pada korang. semoga bahagia. "

taehyung menamatkan bicaranya. dia mengucup pipi tembam nara lantas meninggalkan kami.

tak apalah, pergilah. aku tak nak jumpa kau lagi. selamat tinggal taehyung. aku juga harap kau akan bahagia di sana nanti.

cinta aku pada kau dah lama terkubur. cinta palsu kau sudah tidak bermakna lagi untuk aku kenang.

selamat tinggal, semoga kita tidak berjumpa lagi.

THE END!

sebenarnya aku buat sbb tetiba idea banyak dalam kepala & aku malas nak buat ff panjang² so inilah dia ff short dari aku, shasha. hehehehhehe.

thanks for readingzzz

Cinta PalsuWhere stories live. Discover now