Perang Tuala!

464 26 0
                                    

Lega hati Yaya apabila rancangan Boboiboy tadi berjalan lancar.

"Eh! Fang!" Yaya baru teringat akan Fang dan berlari ke arah Fang. Diikuti oleh Boboiboy.

"Fang, bangun. Kau ok tak?" Soal Yaya yg duduk melutut di sisi Fang walaupun dia tahu tiada jawapan drpd Fang yg sudah pengsan itu.

"Aku rasa, lebih baik kita berehat dulu. Tunggu sampai Fang sedar. Lagipun, dah lama kita berjalan dari tadi." Cadang Boboiboy.

"Hmm." Itu jawapan Yaya disertakan anggukan.

Tiba² Yaya menangkap bunyi air mengalir.

"Boboiboy, aku dengar macam ada air berdekatan. Boleh tak kau tolong ambilkan?" Pinta Yaya.

"Hmm... Kau nk buat apa?" Soal Boboiboy.

"Aku nak cuci luka pada muka Fang ni." Ujar Yaya.

"Ok. Kau tunggu sini. Kalau ada apa², panggil aku." Kata Boboiboy.

Yaya hanya mengangguk.

Boboiboy pun mencari sumber air. Apabila dijumpai, dia mencari pula bekas untuk menadah air.

Dia terlihat ada sebuah tempurung kelapa yg kosong berbentuk hemi-sfera.

"Aik? Dari mana datang tempurung kelapa ni. Takde pun pokok kelapa." Boboiboy hairan.

Baru dia teringat. Dia kini di dalam mimpi. Yg mustahil pun boleh jadi realiti.

Tanpa berlengah, dia menadah air menggunakan tempurung itu.

"Nah." Boboiboy terus menghulur air itu sesudah kembali.

"Terima kasih, Boboiboy." Ucap Yaya.

Yaya mengeluarkan sapu tangan dari dalam poket bajunya lalu dicelup sedikit air itu.

Dengan perlahan, Yaya membasuh luka pada wajah Fang.

Fang belum sedar, namun, keningnya berkerut-kerut seperti menahan sakit.

Boboiboy hanya duduk sambil bersandar pada dinding. Dia memerhati setiap gerak-geri Yaya.

Terbit rasa cemburu di hati melihat layanan Yaya terhadap Fang. Namun cuba dikawalnya.

"Err... Boboiboy, kenapa kau tengok aku macam tu?" Soal Yaya yg sedar dirinya diperhatikan.

'Alamak! Kantoi sudah!' Boboiboy malu sendiri.

"Err... Hehe... Aku... Aku... Takde apalah... Eheheh..." Ucap Boboiboy sambil tersengih.

Yaya memandang Boboiboy pelik. Dia mengabaikan Boboiboy sebelum menyambung tugasnya.

"Err... Yaya. Kenapa kau macam nk jauhkan diri kau dari aku? Apa salah aku, Yaya?" Sementara ada masa ini, Boboiboy menyuakan soalan yg lama dipendam.

Yaya tersentak. Tangannya juga terhenti drpd membuat kerja.

"Kau tak salah... Elina... Elina yg minta aku jauhkan diri drpd kau..." Jelas Yaya sambil meneruskan semula tugas mencuci luka di muka Fang.

"Elina? Kenapa dia suruh kau buat macam tu?" Boboiboy keliru.

"Dia... Dia kata aku perampas..." Tutur Yaya.

"Perampas? Maksud kau?" Soal Boboiboy lagi yg sudah duduk tegak. Tidak lagi bersandar.

"Dia kata aku rampas kau drpd dia. Sebab tu dia letakkan aku dalam perangkap mimpi ni... Supaya aku tak ganggu dan dekati kau..." Jelas Yaya panjang lebar dengan nada sayu.

"Apa?! Dia pemanipulasi mimpi tu?! Macam mana kau tahu?" Soal Boboiboy.

Dan Yaya menceritakan segalanya drpd bagaimana dia boleh berada di sini hingga perkara yg mungkin dapat dikonklusikan menjadi sebab Boboiboy dan Fang terlibat sama.

"Yaya, aku minta maaf sebab akulah punca semua ni berlaku... Aku janji takkan sakiti hati kau lagi." Boboiboy rasa bersalah.

"Takpe, Boboiboy. Ni bukan salah kau. Aku yg salah sebab abaikan kau dan anggap kau tak wujud..." Yaya pun mohon maaf.

"Maksudnya, kau masih suka aku lagi la ni?" Soal Boboiboy dengan perasaan tak bersalah.

"Err... Aku... Aku... Err..." Yaya tergagap.

"Eh! Muka kau macam udang terbakar lagi la! Hahaha..." Kata Boboiboy seperti anak kecil.

"Udang kena panggang la! Bukan udang terbakar!" Kata Yaya geram.

Kemudian, dia melontarkan tuala basah yg digunakan untuk mengelap muka Fang tadi ke arah Boboiboy.

Tepat tuala itu kena pada wajah Boboiboy. Boboiboy hanya terkebil-kebil dengan mata yg bulat sementara tuala itu melurut jatuh drpd mukanya.

Beberapa saat berkeadaan begitu, Boboiboy mencapai tuala itu dan melontar ke arah Yaya.

"Perang tuala!!" Jerit Boboiboy.

Mereka membaling tuala yg sama antara satu sama lain diselangi dengan gelak tawa.

Kerana kekecohan itu, Fang tersedar. Baru saja dia mengubah posisi drpd baring kepada duduk, ada sehelai tuala  hinggap di mukanya.

Boboiboy dan Yaya yg rancak ketawa tadi terus terdiam sebelum memandang sesama sendiri.

"A-apa benda ni?" Soal Fang cemas sambil mencampak tuala itu ke sisinya.

Wajahnya yg nampak cemas itu berubah apabila melihat itu hanya sehelai tuala.

"Siapa punya kerja ni?" Soal Fang tidak puas hati.

"Err..." Yaya memandang Boboiboy.

"Err... Hehe... Aku kot... Hehe..." Boboiboy menggaru kepalanya yg tak gatal.

"Apa kot-kot. Apasal kau baling ha?" Fang geram.

"Ehehe... Tadi nk baling kat Yaya, tapi tersasar kena kau pulak. Hehe... Ampun..." Boboiboy tersengih.

Habis saja ayat Boboiboy, Fang terus membaling tuala itu ke arah Boboiboy.

"Woi! Mana adil! Aku tak sedia lagi la!" Boboiboy tidak puas hati.

"Nasib la... Siapa suruh tak sedia awal²..." Fang memerli.

"Hish! Ambik ni! Hiyaa!" Boboiboy bersuara sambil membaling tuala itu ke arah Fang.

Dan bersambung la semula adegan perang tuala antara Boboiboy, Yaya dan Fang...

* To be continued...*

___________________♥♥_________________

Öûr Stõry [Bbb X Yy X Fang]Where stories live. Discover now