Bantu aku

206 1 0
                                    

Bantulah aku lenyapkan harapan ini,
Kerna aku takut patahnya hati.
Bantulah aku hapuskan mimpi ini,
Kerna aku takut ia takkan jadi realiti.
Bantulah aku sedarkan diri sendiri,
Bahawa dirimu takkan pernah aku miliki.
Biarlah musnah anganku ini,
Daripada terus hanyut seorang diri.
Kau bahagia dengannya di sisi,
Sedangkan aku asyik termimpi mimpi.

Aku berceritaWhere stories live. Discover now