Dengar aku

156 5 8
                                    

Aku dengar
Khabarnya kau sakit
Khabarnya kau luka lagi
Aku dengar
Katanya kau rebah
Katanya luka lama berdarah kembali
Aku lihat kau berlari
Lari meninggalkan memori
Kau tinggalkan dia
Pembuka jahitan lama
Penyebab duka dan lara
Kau kembara cari bahagia
Tapi kau tak tahu satu perkara
Aku di sini masih setia
Menunggu seperti biasa
Memang bukan siapa siapa
Cuma cuba menjadi bahu untukmu bersandar
Tangan untuk memimpin
Telinga untuk mendengar
Memberi selagi mampu
Membantu selama kau mahu
Mungkin bahagia mu di sini
Tak perlu lelah mencari lagi
Sedarlah aku setia menanti :,)

141017 1:14

Aku berceritaWhere stories live. Discover now