51 (Ending)

23.1K 1.4K 237
                                    

Sewaktu Adzim menghantar rombongan meminang, memang aku cuak sangat. Yelah, aku dah setuju. Tiba-tiba mak aku pulak tak setuju. Kang naya?

Tetapi aku bersyukur. Mak aku setuju. Ayah aku juga bersetuju. Disebabkan kedua-dua belah pihak sudah bersetuju, sebulan selepas itu, aku dan Adzim akan diijab kabulkan.

Yup, hari ini aku dan Adzim diijab kabulkan dengan lelaki beku tahap kutub utara. Aku bimbang jika aku perlu bercakap dengan dinding selepas kahwin.

Namun menurut Puan Syazana a.k.a mummy a.k.a emak mertuaku, Adzim beku dengan orang luar sahaja. Dalam rumah, Adzim bercakap seperti biasa tetapi lebih kurang daripada orang lain.

Geng berat mulutlah ni. Hm tabah. Bak kata Puan Syazana, Adzim memang fotostat Encik Aisy. Like father, like son. Dan aku berjaya memilih anaknya! Tak nak jadi mak tiri Adzim.

"Berangan apa tu weh?" Bahuku dihempuk kasar. Aku menoleh ke sebelah kiriku di mana emakku, Siti Salehah duduk. Aku menayang sengih.

"Sorry mak. Berangan jauh tadi." Jawabku pendek. Masih lagi tersengih. Aku menarik nafas panjang sebelum memandang ke hadapan. Adzim sudah bersedia berada dihadapan ayahku. Mohon bang Ajim kita berjaya dengan sekali lafaz.

Tapi kan, dia nak bercakap ke? Aku runsing jika dia hanya senyap sewaktu lafaz akad berlangsung. Aku mula gugup saat ayahku mula melafaskan ayatnya.

Liur diteguk apabila Adzim mula membuka mulut untuk melafaz akad nikah.

"Saya terima nikahnya Nur Naila binti Adnan dengan mas kahwin RM 99.90 dengan seberangkat alat solat dan senaskah al quran." Dengan sekali lafaz, aku menjadi isteri bos aku sendiri, Adzim Aisy bin Asyraf Aisy!

Perasaan yang melonjak-lonjak ini sukar digambarkan. Semua ada dan bercampur aduk. Aku senyum sambil menangis. Aku gembira sekaligus terharu.

Ajim, aku sayang hang!

-----

"Naila.." Adzim merapati yang baru sahaja duduk bertenggek di atas tangga untuk melihat keadaan rumahku yang riuh dengan sanak saudara dan jiran-jiran yang sedang bertungkus lumus menyiapkan apa yang patut untuk majlis esok.

"Bos tak sepatutnya datang malam ni tahu." Beritahuku. Menurut adat, sebelum majlis di rumah pengantin perempuan, pengantin lelaki tidak dibenarkan menemui pengantin perempuan.

"Tak kisah." Jawabnya selamba. Lekas dia melabuhkan punggungnya disebelahku. Halah dekat pulak. Jantungku berdegup dengan kencang.

"Naila.." Serunya lagi. Aku menoleh ke arahnya dengan malu-malu.

Malu-malu kucing konon, Naila!

"Kenapa bos?"

"Jangan panggil bos boleh tak?"

"Baik, abang." Cepat sahaja aku menukar panggilan itu. Entah dimana lawaknya, Adzim ketawa kecil disebabkan hal itu. Kenapa kau ketawa, Jim?

"Bagus." Jawabnya bersahaja apabila dia berhenti ketawa. Aku tidak berani untuk memandangnya. Bimbang jantungku meletup.

Bimbang jatuh hati lagi! KYAAAAAAA.

"Maaf.." Pinta Adzim secara tiba-tiba. Aku tercengang. Aku terus menoleh ke arahnya. Wajah Adzim aku renung lama.

Apa yang tak kena ni?

"Maaf tak sweet macam orang lain." Ujarnya sekali lagi. Dia memandang ke lantai sambil menguis ibu jari kakinya ke lantai.

Weh, serious ni! Dia sangat comel saat ini! Karang aku terkam jugak mamat ni, kang!

ALLAHU.. Mengucap Naila!

"Gila tak sweet, bang. Abang sweet gila tahu! Saya dah nak meroyan tahu. Tapi hm tak sweet macam orang lain tu betullah. Abang sombong, beku ais ketul kutub utara, tak banyak cakap...." Sempat lagi aku mengutuknya. Aku lihat wajahnya teekejut dengan pengakuan jujurku.

Alah abang, janganlah buat terkejut gitu. Aku cium kang!

"Tapi... abang sweet cara abang sendiri. Naila sayang abang." Tangannya ku ambil dan aku kucup perlahan. Walaupun masih kecok dan berada di tempat umum, aku tidak kesah.

Biarlah! Aku sayang Adzim tahu!

"Abang pun sayang Naila." Bisiknya perlahan. Dia mengukir senyumnya yang extra madu itu.

Nampaknya aku kena biasakan diri dengan senyuman Adzim. Tak pasal-pasal aku selalu melting sampai tersejat. Halah!

Bos ni... Abang ni sweetlah!

Eh korang jemputlah datang majlis Naila dengan Adzim esok eh? Makan nasi minyak.

Semoga hubungan mereka berkekalan hingga ke jannah. #NaZim

THE END

Crush Terlajak Sombong! ✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora