Part 2

8 0 0
                                    

Jonas membuka matanya selepas merasakan dadanya sakit kerana dihempap sesuatu yang berat.

Suasana gelap. Mungkin sekarang adalah waktu malam di planet ini. Suhu sekeliling panas dan berdebu, menyukarkan Jonas untuk bernafas. Dia rasa tercungap-cungap apatah lagi apabila dadanya dihempap oleh sesuatu yang berat dalam tempoh yang lama.

Mindanya tiba-tiba dihujani perbagai persoalan.

Bagaimana dia terperangkap di situ? Mengapa keadaan kelihatan begitu asing? Dimanakah dia? Siapa dirinya?

"Shit!"

Pada waktu yang sama ingatannya pada persoalan terakhir tadi muncul dan membuatkan dia terkejut. Dia adalah penghuni planet Uranus yang dalam misi ekspedisi ke planet Bumi bersama dua orang rakannya, Optimus dan Scepticus. Kapal angkasa mereka hilang kawalan dan meletop apabila memasuki atmosfera bumi namun dia sempat keluar dari kapal angkasa terbabit.

Jonas memerhatikan keadaan fizikalnya. Dia sudah bertukar menjadi manusia. Pasti dia telah bertemu dengan satu jasad manusia yang separuh bernyawa dan mengambil alih jasad tersebut. Ia adalah kemahiran menyelamatkan diri yang dipelajari oleh semua penghuni planetnya apabila mereka melakukan ekspedisi ke luar planet. Mengambil alih tubuh lemah penghuni asal planet tersebut untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran. Seperti parasit.

"Optimus! Scepticus!", dia memanggil nama dua orang rakannya. Dibawah batu yang menghempapnya, dia boleh merasakan loket yang dipakainya bergetar perlahan. Alat penghubung terbabit mungkin hampir rosak kerana dihempap batu besar itu.

"Damn".

Jika loketnya masih berfungsi dua orang rakannya pasti boleh menerima mesej terbabit dan muncul menyelamatkannya. Namun dia jadi penasaran apabila tidak menerima sebarang respon. Sama ada Optimus dan Scepticus sudah mati ataupun alat penghubungnya itu sememangnya rosak.

Dia, Jonas makhluk asing yang mungkin akan mati di planet asing ini walaupun telah bertukar tubuh. Semuanya kerana batu bodoh ini yang tidak lama lagi akan mengambil nyawanya.

Nafasnya mula tersekat dan pandangannya menjadi gelap semula.


Você leu todos os capítulos publicados.

⏰ Última atualização: Aug 30, 2017 ⏰

Adicione esta história à sua Biblioteca e seja notificado quando novos capítulos chegarem!

ter-asingOnde histórias criam vida. Descubra agora