bab 10

6.9K 178 3
                                    

''Nah, ambil ni makan! jangan lupa makan ubat! ''.  Daniel menghulurkan beg yang penuh makanan pelbagai jenis roti kepada Aira.

Aira terus mengambilnya dengan pantas.

''Thanks Daniel! But kenapa banyak sangat makanan dalam ni. Ke awak nak buat kenduri dekat sini? Tapi semuanya roti! '' Daniel tayang muka selamba.

''Kau boleh tak bersyukur sikit?  Nasiblah aku terlalu baik untuk belikan kalau tidak kebulur kau sampai esok!'' Daniel  membalasnya.

''Kau tu sakit kenalah makan banyak-banyak biar kau cepat sihat! Bukannya memilih aje kerja! ''

''Awak tahu tak kalau saya makan semua makanan dalam plastik beg ni, sudah tentu saya akan duduk lama dekat sini....'' Aira mengeleng kepalanya.

''Pelik sungguh mamat depan aku. Macam tak tahu pula perasaan orang sakit?'' Getus hati Aira. Aira yang memandang Daniel sedang melihat ke luar tingkap.

''Awak tak makan lagi ke?'' Ujur Aira.

Daniel hanya membisu dia di duniannya.

''Daniel! Please don't go.... '' Jerit Mary sambil mengejar Daniel. Nick kebingungan melihat aksi kejar mengejar antara Mary dan Daniel Zulfar.


''Daniel ? Awak okay tak ni?'' Sapa Aira terhadap Daniel yang sedang mengelamun, dia terus tersedar lalu menolak Aira.

''Awak dah kenapa  ?'' Soal Aira sambil menahan kesakitan.

''Kau diam!'' Marah Daniel. Aira terus terdiam tanpa sebarang kata.

''Apa salah aku?'' Tanya hatinya. Daniel terus berlalu pergi meninggalkan Aira keseorangan.



Apabila Daniel duduk di atas kerusi dia kusut memikirkan tentang dirinya.

''Aku buat apa dekat dia tadi. Aduh! Dia tak salah pun dalam hal aku!'' Kusut Daniel.
Dalam masa yang sama telefon milik Daniel berdering menandakan panggilan masuk.

''Ummi, telefon pulak dah!'' Getus Daniel sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

''Daniel  mana Aira? Kamu bawa dia lari ke mana?'' Soal Datin Merlinda tanpa memberi salam.

''Ummi kalau ya pun bagilah salam dulu. Terkejut Daniel tiba-tiba kena sergah! '' Daniel berkata perlahan.

''Baiklah Daniel , assalamualaikum, ummi cuma nak bertanya di mana kamu sorokkan Aira?''

''Ummi, tenang dulu! Daniel ada dekat hospital dengan Aira!'' Balasnya.

''Ya, allah kamu excident pun tak reti nak beritahu ke Daniel ?'' Marah Datin Merlinda. Dia risau akan anaknya dan Aira kerana tidak pulang ke rumah semalam di tambah pula ibu Aira yang menelefon anaknya tidak di jawab.

''Bukan kami excident ummi cuma Aira penat sikit masa dalam perjalanan. Sebab tu Daniel bawa dia pergi hospital ummi!'' Sambungnya semula.

''Kamu pun satu ummi risau tahu tak? Bonda Aira telefon dia tapi tak di jawab! Ummi tunggu kamu tapi tak balik. Sekarang ni dah canggih Daniel teknologi banyak takkan kamu tak boleh beritahu ummi ?''

''Ummi, Daniel mintak maaf sebab lupa nak beritahu ummi bukan niat Daniel untuk berdiam tapi risau dan mengantuk sangat sampai tak sempat inform ummi!'' Pujuk Daniel.

''Tak apa ummi faham...'' Datin Merlinda berasa kesal.
Daniel  dapat merasakan kekecewaan dari suara Datin Merlinda.

''Kamu ada dekat hospital mana?''

Dia Lelaki KejamWhere stories live. Discover now