07: About a wolf and a moon.

243 32 13
                                    

Joon Joonyoung : Teenager

Hoshi berjalan pergi daripada rumah agam milik keluarga Kwon. Tak lah teruk mana kehidupan menjadi keluarga Kwon tapi tak adalah gembira mana. "Seunghee dah tak ada. Pak cik Lim.. Aku takkan jumpa dia lagi. Cuma tinggal Yunha, Jeonghan hyung, nurse Min dan ahjumma."

Hoshi memandang ke awan. "Orang manalah yang tak gila kalau jadi aku?" Dia menunduk ke tanah. Sejujurnya, dia tak tahu bagaimana caranya untuk mengekspresikan dirinya. Hoshi berjalan dengan perlahan. Hari sudah senja dan perjalanan untuk ke rumah, masih jauh.

"Tuan, bahaya tu! Nanti tuan jatuh!" Hoshi menggerakkan ibu jari dan empat jari yang lain seolah-olah En. Lim sedang berbicara. "Pak cik, kalau jatuh pun apa salahnya?" Tangan digerakkan ke arah tangan satu lagi. "Tapi nanti tuan mati! Tuan ni tak takut mati ke?" Hoshi mengeluh. "Mati? Dua tiga hari ni dah memang rasa macam mati hidup balik pun."

Hoshi terus berjalan dan berjalan. Hoshi mula bercakap sendiri. "Hoshi, sebenarnya.. Apa yang kau nak dalam hidup?" Suara hatinya mula berbisik. "Siapa Hoshi pada Hoshi?" Hoshi tidak menjawab terus walaupun hatinya sahaja yang berbisik. Soalan itu lebih susah daripada soalan-soalan peperiksaan.

Sebagai seorang Hoshi, aku cuma nak kan kehidupan normal. Aku tak kisah jadi papa kedana, tak kisah perut beralaskan batu dan tidur beralaskan kotak. Aku cuma nak satu kehidupan yang normal.

Normal tu mula nampak kabur bila Seunghee mati dan hampir sepenuhnya lenyap bila dibuang mak dengan ayah dan.. Terpaksa meninggalkan pak cik Lim. Semua mula nampak kabur dan aku terpaksa lalui semua tu walaupun kabur.

"Siapa Hoshi pada Hoshi?" Hoshi senyum. "Not even close to a dust."  Hoshi mengeluarkan telefon pintarnya. Dia melihat log keluar panggilan telefon dan hanya senyum. Rasanya lama betul dia tidak menelefon sesiapa. Kali terakhir.. Pak Cik Lim rasanya.

"Bila fikir-fikir balik, aku boleh call Helpline kan?" Nombor di dail dan tidak sangka mereka yang berada di hujung talian benar-benar menyahut panggilannya. "Ya, kami talian Helpline. Apa yang boleh saya bantu?" Hoshi tersenyum.

"Saya nak tanya, kalau saya ada 10 Billion, apa yang patut saya buat?" Hoshi meneruskan perjalanannya. Tidak sangka kakinya membawanya jauh sehingga ke jambatan besar Seoul yang menghubungkan dua  kawasan dengan sungai yang membahagi dalam masa yang singkat.

"Awak okay?" Suara garau di hujung talian membuatkan dia tersenyum dengan lebih lebar. Family aku pun tak pernah tanya soalan tu. "Okay tak okay, memang kena okay kan?" Kekekkan tawa daripada Hoshi hanya disahut dengan jawapan yang paling dia tidak sangka.

"Kalau awak rasa awak perlukan kawan untuk meluah, saya janji saya simpan rahsia awak sampai ke bekas abu." Hoshi berfikir sejenak. "Nama awak apa?" Lelaki di hujung talian ketawa kecil. "Nama saya Joshua. Hong Joshua."

Hoshi menghirup udara malam dengan sepuas hati. "Joshua-yah! Kenapa kita hidup dalam kasta? Kenapa kita kena ada sifat benci? Kenapa kita kena ada sifat cemburu? Kenapa semua yang aku nak aku tak pernah dapat? Dunia ni benci aku sangat ke? Hahaha. Betullah tu. Bencilah aku! " Hoshi menjerit sepenuh hati dan dia tetap berakhir dengan ketawa. Joshua yang berada di hujung talian agak terkedu.

Sebenarnya mendengar jeritan dan raungan itu sesungguhnya lebih daripada perkara biasa. Menjadi penenang bagi mereka yang ingin bunuh diri, dibenci keluarga, kurang kasih sayang, itu biasa. Bukan tidak pernah tetapi hanya segelintir sahaja yang melepaskan marah dalam tawa.

"Kenapa awak rasa dunia benci awak?" Hoshi memandang ke arah langit. "Sebab semuanya tak pernah habis. Apa pun aku buat, semuanya tetap sama. Apa pun aku cuba, diorang tetap pergi. Macam bodoh je kan? Aku harap esok aku tak ada! Biar semua orang rindu budak gila ni!" Hoshi menjerit sekuat hati. Senyum yang terukir mula mengendur.

Kamu telah mencapai bab terakhir yang dipublikasikan.

⏰ Terakhir diperbarui: Dec 14, 2017 ⏰

Tambahkan cerita ini ke Perpustakaan untuk mendapatkan notifikasi saat ada bab baru!

Numb '/, HoshiTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang