GET SET, GO!

36 1 0
                                    

12 Januari

Settle parking kereta yang company hadiahkan atas sebab aku pekerja terbaik tahunan selama dua tahun berturut-turut, aku menapak ke sebuah restoren yang tampak mewah dari luar.

.

"I tunggu you di restoren depan Public Bank tau. On time please".

Puas aku pusing, Public Bank di bandar ni ada empat buah. Lebih indah bila kau bukan orang asal kawasan tersebut, kau perlu cari dan sememangnya kesemua bank tu kau pergi. Paling indah, bila kau call sender tapi masuk voicemail. Aku yakin Public Bank ke-empat ini tepat. Mana tidaknya, tiga bank sebelumnya aku pergi berhadapan dengan sekolah, mini market dan paling "ohsem" tapak perkuburan. Seperti awal tadi aku taip, di bandar ini hanya ada empat buah. Tak perlu sampai aku bina bank kelima atau aku bom kesemuanya.

..

Mata aku terus mengecil, mencari si penghantar pesanan ringkas yang ganggu tidur aku awal pagi tadi.  Dari hujung pandangan mata, aku tangkap gerakan tangan melambai sekali..dua.  Sah itu dia, aku susun langkah satu persatu hingga sampai ke mejanya lalu aku ambil tempat bertentangan. 

"Lambatnya.. Naik beruban dah I tunggu" - ngomelnya manja sambil dia memberi arahan dari jauh untuk pelayan menghantar pesanan yang sudah dibuat tadi. 

"Restoren. Public Bank. Restoren.." - jawab aku tanpa menunjukkan sebarang reaksi muka sambil memerhati sekeliling kawasan dalam yang tidak dipenuhi manusia.

"Craving ice cream la you, sorrylah tadi bateri handphone low sangat. So terpadam"- satu senyuman dilemparkan pada akhir bait kata.

Linda-Lyn. Aku kenal dah hampir 3 tahun. Manja. Mengada. Menarik. Menggoda. Mantap. Semua ada pada dia. Wajah polos tanpa secalit make up, wajah yang sentiasa tenang walau aku rasa dia pernah kata dia putus cinta dan tak tidur dua malam.

Pandangan mata aku terganggu dek kerana tangan-tangan berbulu pelayan yang sedang meletakkan mangkuk-mangkuk berisi buahan segar, mini scoops ice cream, biskut ala biskut raya dan juga coklat cair. Bukan tekak aku, aku bayang restoren yang Linda maksudkan adalah restoren masakan panas yang aku boleh order tomyam campur dan nasi putih. Hampa.

..

"Nah... Aaaaa" - satu suapan ice cream ball yang dia dipped dalam coklat cair masuk ke mulut aku.

Haish Linda, macam mana la orang tak sangkut kalau macam ni cara kau pandang.

"You ni diam aje, tak suka jumpa I ke? Tak rindu I?" - Linda.

I just rolled my eyes.

"I miss you too" - balas Linda tanpa aku buka mulut.

Dia kenal aku dah lama, dia mungkin sudah masak dengan cara aku. Less word person. Itu aku.

..

"Kerja macam mana?" - soalan pertama selepas hampir 30 minit berlalu tanpa sedar.

"Macam biasalah, kalau tak kena push tak sah. Tapi apapun kerja I dah siap and I'm back home after a long journey"- dari riak wajahnya, aku percaya dia sangat gembira. Aku lega.

Wajahnya aku tenung tajam, mendengar setiap bait kata yang keluar dari bibir nipis milik Linda. Peristiwa malam itu cepat-cepat aku tepis. Kembali fokus kepada apa yang disampaikan.

..

Aku bangun dan menuju ke kaunter, empat keping not RM50 aku hulur.  Aku angkat tangan sedikit ketika cashier ingin memulangkan wang baki. Acah-acah kaya, aku kata "keep the change" walhal bakinya cuma sepuluh sen.

Aku toleh melihat Linda bergegas keluar dari pintu restoren. Sejurus susuk tubuhnya hilang dari pandangan, aku keluar.

Tempat selesa. Makanan manis. Partner semeja semanis aiskrim. Tetapi topik bualan sahaja yang celaka.

..

Aku mohon esok ada lagi hari untuk Linda.

MIX.EDWhere stories live. Discover now