4 -

100 5 0
                                    

  Aku hanya mengikut Fathia menguruskan Maya pergi ke klinik dan membuat laporan polis mengenai teman lelakinya. Maya adalah perempuan malang yang dianiaya oleh kekasihnya. Aku tahu nama dia pun kerana menolong dia ke klinik.
  Lelaki dayus seperti kekasih Maya itu memang tidak patut hidup. Kalau tidak disebabkan Fathia sudah lama aku tumbuk dia sampai masuk hospital. Aku sangat terkejut kerana tiba2 ada bunyi bising mengganggu temu janjiku bersama Fathia. Lelaki dayus itu menampar muka Maya dan membuat kecoh disitu. Semua disitu amat terkejut tetapi tidak Fathia. Aku perasan bahwa Fathia amat tenang ketika lelaki itu bangun dan membuat onar. Aku juga nampak muka dia setenang air di kali. Ketika dia cuba menenangkan aku daripada menumbuk lelaki itu lebih teruk sehinggakan marah dan bengang ku kepada lelaki durjana itu hilang. Dia seperti dapat menjangka perkara buruk itu akan berlaku. Ataupun itu hanya perasaanku?
  "Awak jom kita balik" Fathia mematikan lamunan Mika'el.
  "Ah. Mana Maya?"
  "Dia dah balik naik teksi. Saya dah ajak dia balik sekali dengan kita tapi dia tak mahu, dia cakap dia dah banyak menyusahkan kita."
  "Oh. Kalau macam tu marilah saya hantar awak. Dah lewat dah ni." Kata Mika'el. dia mengerling jam tangan Casio miliknya. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 7.00 pm.

  "Awak, kita solat maghrib dulu ya?" Mika'el memberhentikan kereta di perkarangan sebuah masjid. Dia bercadang ingin solat maghrib dahulu memandangkan lagi beberapa minit hendak masuk waktu maghrib.
Fathia tidak terus menjawab malah dia seperti malu2 hendak jawab pertanyaan Mika'el.
"Oh! Awak piriod ya? Eh bukan cuti. Tak pa. Tak pa, saya paham. Awak tunggu dalam kereta je boleh? Ke awak takut nak tunggu sini sorang2?"
(Ish Mika'el ni. Cakap bukan tahu nak tapis. Malu Fathia dibuatnya.)
  "Saya boleh tunggu kat sini." Balas Fathia.

  Selesai solat berjemaah, Mika'el masuk ke kereta semula tetapi Fathia sudah tertidur. Kepalanya yang terlentok itu dibetulkan.
  "Comelnya dia tidur. Rasa macam nak gigit saja pipi dia." Mika'el membetulkan rambut Fathia yang sedikit terjuntai. Rasa tak sampai hati nak kejutkan dia tapi tetap kena kejutkan juga sebab Mika'el hendak menanyakan tempat tinggal Fathia.
  "Fathia.. awak...... awak tinggal mana?"
  "telifon"
  "Telifon?"
  "Bak sini telifon awak."
  "Telifon saya? Nak buat apa?" Mika'el pun memberi telifonnya kepada Fathia.
Fathia menaip sesuatu di telifon Mika'el. Setelah selesai, dia memberikan semula telefon itu kepada Mika'el. Rupa2nya Fathia menulis alamatnya di telifon Mika'el.
  'Dah mengantuk sangat lah tu. Sampai nak cakap alamat rumah sendiri pon dah tak larat. Comel betul.'
  Mika'el pon memandu dengan cermatnya kerana cinta hatinya ada disitu..
Acehwah

Sesampai mereka di rumah Fathia.
  "Fathia... oh awak.. kita dah sampai rumah awak ni" Mika'el mengejutkan Fathia sebaik mungkin.
Malas2 Fathia membuka matanya.
  "Terima kasih ya awak." Dia pun keluar tanpa menunggu balasan Mika'el.

  "Thia lambatnya kamu balik. Are you getting into another trouble?" Tanya Puan Harfiah ibu kepada Fathia.
  "Masalah kecil saja." Balas Fathia ringkas.
  "Thia, ibu kasihankan Thia hari2 Thia terjebak dalam macam2 masalah. I don't want you to get hurt more and more. Why don't you just ignore what have you seen?"
"Ibu, I'll be alright. Janganlah risau sangat. Ok lah bu Thia mengantuklah. Thia masuk bilik dulu ya. Assalammualaikum." Cepat2 Fathia mencari alasan untuk mengelak dari berbual mengenai perkara 'tersebut'. Fathia tidak mahu membuat ibunya terlebih risau akan dia. Usai menyalam ibunya, dia pun masuk ke dalam bilik tidurnya di tingkat 2.

Perkara? Masalah? Apeni? Apa yg Fathia nampak sebenarnya?

-epilogue-
  "Abang, tadi masa Thia balik. Saya perasan dia balik dangan seseorang tak macam selalu balik naik teksi. Kalau tak silap saya, orang tu lelaki." Puan Harfiah.
  "Baguslah tu, Thia dah mula berkawan. Dia perlukan seseorang untuk lupakan sekejap kebolehan dia." Balas Fakhrul
  "Erm. baguslah. Saya harap sifat pendiam dia dan perangai dia yang suka memendam perasaan tu makin berkurang." 😟
.
.
.
.
.

Tbc

Miss HoodieWhere stories live. Discover now