10-SLY

109 13 0
                                    

2nd Day

Hari ni pulak paper Matematik.

Antara mata pelajaran yang paling menakutkan dan membunuh .

Walaupun semalam aku nak macam almari ulang kaji semalam, kalau sejarah nak rak aku ulang kaji, lepas ni apa pulak ? Kabinet ?

" Soalan Sejarah semalam teringatkan aku tentang kisah lama aku dengan awek-awek lama aku Baek. Ada ke patut dia tanya, Apa iktibar yang boleh diambil daripada kisah cinta anda sejak 10 hari yang lalu ? Gila bayang aku dibuatnya. "

" Aku rasa kan, cikgu yang buat soalan dalam kertas soalan ni, macam spy. Dia tahu apa yang kita lalui sepanjang kita berada kat sekolah. Yelah, takkan ditanya nya ko tentang tu ?? "

" Lepas tu kau ada perasan tak soalan ni ? Senaraikan ciri-ciri kekasih yang boleh dijadikan pasangan hidup untuk mengubah sejarah yang silam ? Bapak ahh, nak ubah sejarah pulak kena cari kekasih. Nak je aku makan kertas soalan tu doh. "

" Lain macam betul sekolah ni. "

" Hai korang.. "

Alamak... Cik Taeyeon laa...

" Hai, Taeyeon... " - aku

" *gigit bibir* *tiba-tiba pipi dah merona merah* " -Taehyung.

Ehhh engkauu Tae, dah macam teruna Korea yang terakhir aku tengok engkau blushing tak tentu pasal macam tu.

Bapak geli bhai...

Aku  tahu lah Taeyeon comel, tapi engkau janganlah menggedik ..

----

" Pak Ali ada tiga epal, lepas tu, Daniel , cucu dia minta sebiji epal, lepas tu pulak, cucu dia yang kuat makan, Adam pulak minta dua biji epal. Masalah sekarang ni, Pak Ali dah tinggal berapa epal dan nyatakan mengapa dia berbuat begitu kepada cucunya ?? [KBKK]

KEPALA BAPAK KAU KAMBING (KBKK)

Err, sekolah aku kuno sikit.

Sekolah lain dah guna kbat ni..guna kbkk lagi.

By the way , soalan ni bapak susah siaaa !!!

" Kalau ayee bagi awak sepuluh cinta, lepas tu awak darabkan dengan 10000000 kali cinta awak, apakah yang terjadi pada ayee ??  Mohon tampar muka ayee pakai serai sebab ayee dah melting sebab awak. "

Eh, eh aku tampar jugak siapa buat soalan ni.

Tak beradab sungguh.

Orang letak la soalan munasabah sikit.

Ini tidak, letak soalan yang menggelikan.

" EH ? Sila baca soalan dengan nada rap. 
Yo bro~~~ jikalau aku bagi kau ikan sardin satu kotak, satu kotak ada 100 tin sardin, lepas tu aku bagi kau lagi sepuluh kotak, sila...yo ! Yo ! Yo ! Nyatakan jumlah tin sardin yang terdapat dalam kotak tu dan malam ni kita makan~~~ "

Syial punya soalan.

Pasal ikan sardin pulak.

Kalau macam ni baik aku makan ayam balik rumah nanti.

" Tinggal lagi 10 minit ! Cepat siapkan !!!! "

Aku kelam-kabut siapkan semua soalan..

Macam berperang lah pulak..

----

" Soalan tadi susah kan ? Sampai saya pun naik pening. "

" Haah, susah sangat. Kena perah otak. "

Aku perhatikan je dua Tae ni.. nak kata cemburu, aku tak cemburu tapi aku menyampah tengok Taehyung tu.

Kata tak nak layan perempuan lagi....

Hurmmm..

----Bersambung----

[C] Still Loving YouWhere stories live. Discover now