New House

28 5 2
                                    

Part 1
Suasana luar rumah baru kelihatan bersih kerana tiada satu pun sampah.Hari pula sudah semakin gelap dan hanya kami berlima sahaja yang berpindah ke sini kerana daddy terpaksa menyelesaikan suatu perkara yang dikatakan satu missionlah konon bersama abang.Aku sendiri pun tidak mengetahuinya. Sehingga sekarang ini pun aku masih tdk mengetahui d manakah tempat yang mereka tujukan Sekarang.

Kini hanya aku,mummy dan tiga orang lagi adikku. Kami berasa sedikit lega kerana akhirnya kami sudah sampai ke destinasi yang dituju. Inilah Kali pertama kami ke sini pada hari ini.

"Besar juga rumah yang daddy beli ni." Hati kecil ku berkata.

Aku berasa sedikit kekok untuk memasukinya kerana ini pertama kali aku ke sini. Lagi pula sudah sekian lama aku tidak ke kampung ini apabila kami tiba2 sahaja perlu berpindah ke New York atas urusan daddy.

"Boleh tahan cantik jugalah." sambil aku merenung setiap ruangan dalam rumah ini. Adik-adikku terus sahaja merebahkan badan d atas sofa kerana penat berjalan Jauh. Suasana d rumah ini sangat berlainan dengan tempat aku dulu iaitu di Shira. Kini kami sudah berpindah ke tempat d mana aku di lahirkan iaitu di Pavaline. Perjalanan dari Shira ke Pavaline mengambil masa tiga hari untuk sampai. Terpaksalah kami bermalam dalam healer iaitu kenderaan pada masa kini. Aku sendiri pun tidak tahu kenapa ia dipanggil healer, mungkin kerana ia dilengkapi dengan barangan treatment. Biasalah dunia sekarang, teknologi semakin maju bahkan ada yang akan gila meroyan tanpa gadget mereka.haha.

Aku terus saja mencari bilikku. Aku memilih bilik yang paling kecil kerana aku lebih suka yang kecil. Walaupun bilik aku yang terkecil tetapi masih mampu untuk memuatkan katil saiz king, sebuah almari besar dan ruangan belajar. Bahkan masih lagi mempunyai ruang yang besar.

"kenapa ada piano dalam bilik ni? Memang mummy yang suruh daddy letak Kat sini ni." aku hanya me and a guy alat muzik itu dengan pandangan kosong.

Semua bilik terletak di bahagian atas manakala dapur, ruang tamu dan yang lain2 dekat bawah. Di setiap bilik juga ada tersedia tandas dan kamar mandi. Ini akan memudahkan lagi pengurusan Elia setiap pagi ingin ke sekolah.

Selesai Sahaja membersihkan diri. Elia merebahkan diri di atas tilam. Aku berasa sedikit lega kerana akhirnya dapat juga aku merehatkan badan ku. Malam ini dia akan rehat cukup2 kerana esok dia akan ke sekolah barunya.

"macam manalah keadaan sekolah baru aku tu? Mesti aku tak biasa ni, suasana pun mesti lain." aku membebel sedikit apabila terfikir dengan nasib aku nanti bila tiba di sekolah baru itu. Akupun mengerling ke jam lonceng ku yg terletak di meja kecil bersebelahan dengan katil ku.

"Alamak, dah jam 2.41 rupanya. Baik aku tidur sekarang sebelum teringat lagi sahabat2 aku yg telah aku tinggalkan." kawan2 lamaku mula terlintas d ruangan fikiranku, hampir saja aku menitiskan air mata bila teringatkan mereka. Akupun menarik selimut sehingga ke paras dada dan menutup mata. Dalam kesedihan aku pun terlena membawa segala keperitan ke dalam mimpi.

Girl Full of Secret Where stories live. Discover now