Pertarungan

607 16 4
                                    

 Muiz seorang remaja yang dahulunya nakal, dan selalu disumpah seranah oleh orang kampung Pangku..Sekian lama dia menghilangkan diri,selepas kematian ibu dan ayahnya dahulu,kini Muiz muncul kembali dengan perwatakan yang berbeza saat dia meninggalkan kampung.

"Waaahhh sejak bila kau jadi ustaz ni Muiz..?" Razi bertanya sambil melihat sahabatnya itu.

"lepas aku keluar dari kampung dahulu, aku masuk sekolah Pondok untuk mempelajari tentang Agama.." jawab Muiz sambil tersenyum..

"bagus juga lah kau dah balik..lagi bagus kau dah belajar bab agama..dah jadi ustaz..!! boleh tolong orang kampung ni..!" kata Shakir pula. sambil menarik tangan Muiz untuk duduk bersama mereka.

"Kenapa dengan kampung kita..?" Tanya Muiz pelik..

"kau tahu tak..!! baru-baru ni..orang kampung asik kena ganggu je..!! pocong lah..hantu lah..haisssshh.." badrul menyampuk sambil mengeluh..

"Ketua kampung tak buat bacaan yassin ke..? tahlil ke..atau cuba ikhtiar cara lain..?" Muiz mempersoalkan

"kau jangan tanya pasal ketua kampung..!!dia pun dah termakan hasutan si Nek kiah bidan tu..!!..harapkan pegar..pegar makan padi..!" rungut Razi

"Hahahahaha...macam tak sesuai je peribahasa kau tu Razi.." balas Shakir sambil mentertawakan Razi..

Mereka rancak berbual, maklumlah sudah sekian lama tidak berjumpa dengan Muiz.!! tetapi ada sebab utama lain muiz pulang kekampung halamannya itu..iaitu Cinta..!! Cinta ialah seorang gadis manis dan lemah lembut yang duduk di hujung kampung, Cinta adalah dari keluarga yang Bahagia, dan lebih kuat berpegang pada Agama. Ayah Cinta pula Imam di kampung Pangku, tetapi keluarga mereka belum termakan dengan hasutan nek kiah dan tiada gangguan pun yang berani menghampiri keluarga mereka..!

"Eh...Cinta ada lagi tak ?? " tanya muiz tiba-tiba

"Ada..tapi macam kau tak tahu pula..! bukan senang nak tengok dia..susah nak nampak dia keluar rumah..maklum la..keluarga dia islamik.." Balas Badrul.

"Kau berubah ni..sebab dia ke?" Shakir pula bertanya.

"tak lah..aku memang berubah sebab lepas ayah dan ibu aku meninggal..aku terfikir..hanya aku lah anak tunggal mereka..kalau aku tidak doakan mereka..siapa lagi?? jadi aku tak nak seksa ibu ayah aku..sebenarnya kitalah yang menyeksa mereka di alam sana kerana amalan dan sikap kita"balas Muiz, sayu mengenangkan kembali peristiwa yang meragut nyawa kedua orang tersayang nya.

"Perghhh..Deepp..!! kau nya kata-kata...sentap aku dengarr..!!" balas Badrul seakan kagum dengan perubahan sahabatnya..

"haaa...Saiful pula mana?? korang tak lepak dengan dia ke? sehat tak dia?" tanya Muiz baru teringat akan sahabatnya lagi seorang itu..patutlah dia rasa macam ada yang kurang.

Razi,badrul dan Shakir hanya saling berpandangan, tiada jawapan yang mampu mereka bagi,. Muiz pula sedang menanti jawapan.!

"Kenapa kau orang diam je..?" tanya muiz pelik.

"Sebenarnya..dah lama juga Saiful keluar dari kampung dan tidak pulang-pulang..Kesian mak ayah dia ngan adik dia fikri. selalu tertunggu-tunggu kepulangan Saiful.." kata Razi

Muiz termenung seketika,teringat kembali saat mereka berlima di zaman persekolahan. kenakalan mereka, dan persahabatan mereka.Tetapi Muiz telah keluar dari kampung semenjak selepas tamat persekolahan,iaitu selepas kemalangan yang meragut nyawa kedua ibu bapa nya,

"Eh...! oder la makan ke..minum ke..!" pelawa Shakir..

"tak apa lah..aku baru lepas makan tadi,sebelum kesini." balas Muiz sambil melihat kearah dapur dan tepi Warung Wak hassan.

Nenek RokiahWhere stories live. Discover now