°•○● Prologue

4.5K 505 87
                                    

Berapi-api Puan Ong menahan amarah yang menggila dalam hati. Selama ini dia menjaga darah keturunannya dengan begitu rapi sekali. Tiba-tiba sahaja, hari ini dia dikejutkan dengan satu pengakuan yang sangat melemahkan seluruh urat sarafnya.

"Puas Woo dah tipu mama? Puas?!"

Seong Woo menekur. Takut. Yixing juga tidak berkelip. Ngeri melihat wajah menyinga ibunya.

"Yixing pun.. mama tak sangka awak berdua bersekongkol dalam hal seserius ni!" Menderu-deru nafas Puan Ong melepaskan amarah. Tuan Ong memicit pelipis. Dia juga turut kecewa dengan berita yang baru diterimanya ini. Manakan tidak, bersungguh-sungguh dia dan isterinya menyangka bahawa anak bongsunya ini ada teman wanita. Rupa-rupanya.. terus ada isteri!

Janda pula tu. 3 tahun lebih tua dari Seong Woo. Tengah mengandung. Putus nafas dia rasanya.

"Ma, sebenarnya Yixing yang bersalah sebab izinkan dia kahwin dengan perempuan tu. Tapi Yixing tak nak berlaku kejam."

"Habis tu, Yixing tengah sakitkan hati mama, tak kejam?!"

"Soo Young, sabar." Suara Tuan Ong bergema. Puan Ong pantas menoleh.

"Abang ingat saya boleh sabar ke?! Saya tak pernah halang apa yang anak-anak kita nak buat. Tapi bab kahwin, biarlah saya yang bersetuju, saya yang tentukan. Ini tidak, dahlah janda, lebih tua dari Seong Woo, mengandung pula tu, tak ada apa-apa. Abang ingat anak kita bahagia ke?!" Suara Puan Ong meninggi. Tuan Ong mula mengeluh panjang.

"Kalau dah itu yang Seong Woo nak, apa kita boleh buat? Nak halang lagi? Diorang dah kahwin. Tu, tengah menunggu hari je nak bersalin. Takkan nak halau pula?" Mendengar perkataan halau, idea Puan Ong mencanak tiba-tiba.

"Saya tak nak halau dia..." Puan Ong memandang Seong Woo yang senyap tidak bercakap.

"Saya nak Seong Woo bercerai dengan dia.'"

DANG!

Hati Seong Woo seakan-akan baru dihiris dengan sembilu halus. Yixing terpana.

"Hei, awak dah gila ke? Budak tu tengah mengandung! Nak diceraikan dah kenapa?!" Suara Tuan Ong bergema melawan suara isterinya.

"Saya tak nak mereka bercerai sekarang."

Puan Ong berjeda.

"Saya nak Seong Woo kahwin dengan Se Young. Dan kemudian.. ceraikan budak tu."

"Apa?! Ma.. you cannot do this."

"Why I can't?! I'm your mother and you're my son. Apa yang melibatkan awak, ibu akan aturkan!"

"No! You can't, ma. You tak boleh campur dalam urusan rumah tangga Woo. Ini hal Woo. Woo akan selesaikan sendiri. Woo janji, Woo akan ceraikan dia but please ma.. not now." Kata Seong Woo, separuh merayu. Tangan ibunya dicapai lantas dikucup. Tetapi dia hanya mendapat tepisan selepas itu.

Pedihnya hati. Tidak sangka niat baiknya akan bertukar tragedi. Dia sayangkan isterinya. Tetapi sayang... dia terpaksa menghalang rasa itu terjangkit dalam hati isterinya juga. Dia tidak mampu melihat air mata wanita itu jatuh lagi. Dia tidak sanggup.

"Mama tak minta sekarang. Mama minta akan datang. Ingat, Woo. Awak kena kahwin dengan Se Young, dan pada hari yang sama, awak ceraikan perempuan tu. Faham?"

Terduduk Seong Woo di atas lantai. Bergeletar tubuhnya ketika ini. Tidak sangka, Tuhan balikkan semula niat baiknya begini.

Adakah ini balasan kerana dia tidak membalas semula cinta isterinya yang tulus itu?

Adakah ini balasan dia menyakiti hati isterinya tempoh hari?

Bukan sengaja dia berpura-pura, bukan sengaja dia menyakitkan hati isterinya. Dia buat kerana dia tahu, suatu hari nanti mereka pasti akan berpisah. Sebab itu dia menipu diri sendiri. Cintanya dipadam erat. Dia bimbang, dia akan sakit. Dia fikirkan dengan cara itu, dia akan baik dan gembira kerana tidak terikat perasaan dengan sesiapa.

Tetapi tidak.

Sekarang dia sedang sakit. Sakit yang lebih pedih dari yang disangkakan. Hanya air mata seorang Seong Woo sahaja yang mengalir, menandakan dia tewas dengan cintanya sendiri selama ini.

-------

Cuba angin baru! Harap suka 😉
wolfgalaxy88

[HIATUS] Artifical Love 인공적인 사랑 (Seong Woo Wanna One)Where stories live. Discover now