Bab 1

5.4K 20 0
                                    

Pagi itu terasa sungguh dingin, selimut ku tarik.. terasa badan ini melekat di pembaringan... tok, tok ,tok.. pintu bilik diketuk

"Ha dah pukul berapa tak bangun lagi ni? haish.. bangunlah kan dah lewat ni." Terdengar suara garau ayah memanggil ku. Dengan lirikan anak mata kulihat jam sudah menunjuk kan pukul 9:40 pagi. Huh! malas betul nak bangun, kalau boleh nak sambung tidur sepuas-puas hati. Dengan perasaan malas, ku gagahkan diri ini untuk bangun, duduk di birai katil berteleku sebentar.
Tuala dicapai dan langkah diatur menuju ke bilik air...

Jam sudah menunjukkan pukul 11 pagi namun hujan masih turun tak henti-henti.. alamak dah pukul 11 pun masih hujan lagi ni, nampaknya hari ini rancangan nak ke pekan dengan kawan-kawan tak jadi la.

"Hai jauh menung puteri ayah ni?"
Aku tersentak seketika dari lamunan, "eh! ayah, er... tak ada apa-apa" balas ku sambil tersenyum simpul..

"Ai... tak ada apa-apa kamu kata? ayah yang besarkan kamu sejak dari kecik sampailah dah besar panjang macam ni, tak payah la nak sorokkan apa-apa dari ayah, dari raut muka kamu tu aku tau kamu fikirkan sesuatu kan?" Ish tulah ayah aku, agaknya inilah yang dikatakan terlebih makan garam kot? tak boleh nak sembunyikan apa-apa langsung... tau je dia.

"Cuba cerita kat ayah apa yang buatkan anak ayah ni termenung? macam ada masalah besar je?" soal ayahku lagi

"Uummm.. tak ada apa lah ayah cuma, Qis tak dapat la nak bersama dengan kawan pergi ke pekan nanti, hujan ni tak berhenti pulak" kataku dengan mencebikkan bibir.

"Ooh.. ada hal penting kamu nak ke pekan tu?" matanya tak lepas dari menatap akhbar yang dibacanya, seolah-olah soalannya kepadaku seperti acuh tak acuh.

"Tak jugak... cuma nak lepak dengan kawan-kawan je, lagipun sekarang ni cuti kuliah tinggal beberapa hari je lagi, jadi bila ada masa ni Qis ingat nak keluar ke rumah Ani kejap je... Boleh kan ayah?" sedikit merayu ala manja.

"Hmmmm... boleh je tapi dengan satu syarat, sementara menunggu hujan reda apa kata Qis buatkan ayah pisang goreng, teringin jugak ayah nak makan time hujan macam ni". Kali ini ayah memandang padaku sambil memegang cermin matanya dengan tersengih.

"Ala.. ayah ni Qis dah siap cantik macam ni takkan la nak suruh Qis goreng pisang pulak?" Aku lihat ada sedikit hampa diwajah ayah.

"Kalau begitu tak mengapalah lain kali aja kamu buatkan ayah pisang goreng tu." kata ayah kemudian meneruskan pembacaannya.

Aku termanggu seketika.. sempat ku tenung mata ayah, perasaan bersalah mula bersarang dihati. Ialah semenjak pemergian mak ke rahmahtullah aku lah satu-satunya tempat ayah mengadu sakit pening... Perlu ke aku buat pisang goreng kegemaran ayah?

Ayah begitu gembira sekali menghadap pisang goreng beserta kopi O kesukaannya.. teringat suatu ketika dulu semasa arwah emak masih ada, seminggu sekali pasti dia akan sediakan untuk ayah pisang goreng dan nikmati bersama sambil duduk di beranda rumah.. akan terdengar gelak tawa mereka berdua, bahagianya saat itu bila dikenang semula. Walaupun sudah empat dekad mereka bersama, tapi senda gurau mereka tak pernah luput. Adakah aku juga akan begitu bila sudah berkahwin nanti? bahagiakah aku? Ahh!? apa yang aku fikir kan ni? aku nak belajar dahulu aku mesti lupakan seketika soal kahwin ni.. kataku didalam hati, tersipu aku sendiri hehe..

"Ayah...! Qis nak keluar ke rumah Ani sebentar boleh tak?" luahku seraya memandang wajah ayah.. ayah hanya memberi reaksi dengan lirikan matanya kearahku, kemudian disertai dengan sedikit anggukan darinya

"Baiklah jalan hati-hati ya Qis cepat balik tau, eh!? kamu tak makan pisang goreng ni Qis?" Dengan tersenyum aku bangun menuju ke dapur dan berkata..

"Qis bungkus ajelah, nanti dalam perjalanan kerumah Ani Qis makanlah!" ayah hanya membalas dengan gelengan kepalanya mendengar jawapan yang aku berikan.

"Ish budak ni nak makan tu makan jelah, kemudian barulah ke rumah Ani!" terdengar ayah mengomel perlahan.

"Tak apalah ayah, Qis dah lambat ni!" sambil tangan tak henti-henti membungkus pisang goreng tadi ke dalam kertas surat khabar...

"Qis pergi dulu ayah" ungkap ku tanpa menoleh sambil kaki ku melangkah laju menuju ke pintu.

"Ha yelah karang jangan balik lambat pulak!" terdengar lagi suara ayah sedikit meninggi.

"Iya baik ayah!" Tanpa berlengah ku teruskan perjalanan menuju ke rumah Ani......

Titis-titis hujan masih turun membasahi bumi.. walaupun tidak selebat tadi, namun ku cepatkan langkah kaki ini... sambil menikmati bekalan pisang goreng tadi aku mengomel sendirian

"Eemmm.. patutlah ayah suka makan pisang goreng, lebih-lebih lagi bila cuaca sejuk begini.. Sedap". Aku terlalu leka menikmati pisang goreng tersebut hingga tak sedar yang aku semakin menghampiri kawasan black area.

Langkah ku hentikan tatkala terlihat kelibat Husin dan rakan-rakannya melepak di pondok berhampiran simpang tiga. ya itulah sebabnya kenapa kawasan ini aku namakan black area. ahhh.. diorang ni tak reti nak duduk kat rumah ke?

Aku serba salah.. nak teruskan perjalanan, atau berpatah balik ikut jalan ladang getah? Fikiran ku berkecamuk memikirkan jalan mana yang harus aku tempuhi. Tapi jalan di ladang getah lebih jauh berbanding jalan yang aku lalui sekarang, jalan denai yang aku tempuhi sekarang ni lebih menjimatkan masa, dan jalan ini juga kebanyakkannya digunakan oleh orang kampung sebagai jalan pintas. Cuma sekarang ni lengang agaknya mungkin disebab hujan. Apa yang perlu aku lakukan sekarang ni?

Keputusan sudah dibuat kalau berpatah balik dah tentu akan mengambil masa yang lama untuk sampai ke destinasi yang aku tuju. Aku nekad untuk meneruskan perjalanan, yang pasti Husin dan rakan-rakannya tak akan melepaskan peluang mengacau aku. Maklumlah lelaki mana yang nak lepaskan peluang bila sidara melintas dihadapan, pasti tersengih-sengih macam beruk kena belacan dengan mulut becok mengeluarkan perkataan yang tak sanggup telinga ni nak dengar.

BALQISWhere stories live. Discover now