~
2 tahun yang lalu,
"Saya bukan seorang yang sempurna buat awak..."Zara terkejut dengan kenyataan yang diberikan oleh Johan.
"Apa awak cakap ni?"Zara menyoal Johan dengan hairan. Zara memandang Johan dengan penuh perasaan hairan.
"Saya...nak putus.."kata Johan. Zara yang mendengarnya terkedu. Zara menggeleng. "Tak...awak saja kan. Mesti nak prank saya..."Zara berfikiran positif dan tergelak kecil.
"Tak..saya betul-betul. I'm serious.."katanya lagi. Zara yang mulanya tersenyum terus hilang senyumannya.
"Tapi..kenapa?"tanya Zara sambil menahan air matanya yang sedang bertakung itu. Johan memandangnya dan mengetap bibir.
"Saya tak nak bersama dengan orang yang tak tahu malu macam awak!"kata Johan. Zara terkejut. Serta merta air matanya jatuh. Tak sangka Johan terlalu cepat mempercayai khabar angin yang mengatakan dia sedang bercinta dengan lelaki Korea. Sedangkan itu cuma pensyarahnya sahaja.
"Ya Allah... Sumpah! Saya tak pernah bercinta dengan mana-mana lelaki selain awak...."Zara menegakkan kebenaran sambil menahan esakannya.
"Tak pernah? Habis awak nak cakap apa tentang gambar ni?!"katanya sambil menghulurkan gambarnya bersama dengan pensyarahnya berdua-duaan.
Zara terkedu sehingga dia tidak apa yang harus dia perkatakan. Dia tidak sangka yang seseorang telah mengintipnya dengan pensyarahnya. Memang semasa itu dia dan pensyarahnya sedang berbincang sesuatu. Tetapi dia tidak berdua sahaja. Ada juga rakannya yang lain tetapi oleh disebabkan mereka telah pulang akibat hal tertentu tinggal lah Zara dan pensyarahnya.
"Kenapa diam?! Cakap lah! Tu siapa?!"Johan mula meninggikan suara kepadanya. Zara yang sedang menangis itu hanya menahan rasa sebak dengan Johan.
"Kalau awak tak bagitahu dia siapa....baik kita putus.."
"Baik! Kita putus! Tapi saya nak ingatkan awak...Awak akan menyesal sebab putus dengan saya. Saya benci orang yang suka menuduh tanpa sebab dan bukti yang kukuh macam awak!"kata Zara.
"Dan...satu lagi. Dia tu pensyarah saya. Sekarang saya dah bagitahu awak semuanya. Jangan awak muncul lagi depan saya lepas ni!"sambung Zara lagi. Dengan perasaan marah dia terus pergi dari situ.
Tak sangka yang Johan sanggup berbuat begitu terhadapnya. Sampai sahaja di rumah di terus memasuki bilik dan menguncinya. Dengan geramnya, dia mencampak semua bantal diatas katilnya.
"Aku benci kau! Aku benci kau Johan!!"Zara memukul bantal pemberian Johan terhadapnya. Dan sepanjang seminggu dia tidak keluar rumah dan bilik.
Segala kerjanya ditangguh akibat statusnya itu. Dia masih susah untuk menerima kenyataan yang Johan dengan sewenang-wenangnya memutuskan hubungan mereka. Dia juga tidak makan.
Tetapi setelah beberapa minggu, dia mula sedar yang dia harus cuba untuk melupakan Johan dan cuba untuk memastikan dirinya lebih baik dari dirinya yang sebegini. Dia mula berubah semula kepada Zara yang dulu dan Zara yang lebih kuat.
"Aku takkan sesekali bagi peluang pada dia. Aku kena cari orang yang lebih sesuai untuk aku."Zara mengangguk sendiri. Terus dia bersiap untuk bertolak ke lapangan terbang. Dia akan membaiki dirinya disana. Dia juga akan mula menyelesaikan segala kerja yang ditangguhnya itu denan cepat.
Memandangkan dia masih mempunyai cuti yang banyak, dia akan meluangkan masa di Korea untuk menghilangkan segala stress yang berada di dalam dirinya.
~
1 tahun kemudian,
Aku dah rasa lebih baik berbanding sebelum ni. Aku dapat meluanhkan masa dengan banyak disini. Dekat sini aku dapat lupakan banyak perkara termasuk tentang Johan. Aku tersenyum sendiri bila aku dah berjaya untuk lupakan Johan.
YOU ARE READING
Suamiku Encik KPOP
RandomSeorang gadis muda bernama Diana Zara baru sahaja pulang dari negara Korea Selatan setelah habis belajar terkejut dengan berita bahawa dia akan dikahwinkan dengan seorang lelaki Korea. Lagi-lagi lelaki itu merupakan seorang pelatih dari agensi yang...
