Terakhir ku disampingmu

61 11 7
                                    

(Untuk lebih penghayatan, mainkan lagu diatas)

Aku termangu.. Topi merah ku aku tatap untuk kesekalian kalinya. Sedih. Aku bakal meninggalkan tanah air ku ini. Aku cuma berharap bahawa semua ini diputarkan kembali. Tak sanggup untuk aku laluinya. Cukuplah..

  Aku teringat kembali sepanjang lima hariku bersamanya. Pelbagai benda aku lalui dan alami. Pahit manis semua terukir hanya dalam masa yang singkat. Tentang buaya tu, akimmasih terfikir.. Ia agak pelik. Adakah ia betul atau hanya sekadar ilusi ku. Apa-apapun aku berasa terhibur dengannya.

  Terima kasih... Airish...

  Tok tok

  "Zhii, lama lagi ke? Cepatlah!" Erin membuka pintu. Aku terkejut akan kehadirannya.

  "Eh laa kenapa nangis ni? Tak mau lah muram-muram. Aku nak tengok kau pergi dalam keadaan yang ceria tau" Dia menarik manja hidungku. Aku tergelak kecil cuma untuk menutup kesedihan hati.

    Namun hakikatnya aku gelisah. Aku ingin melihat dia senyum. Dia gembira dan yang paling penting aku harap dia mampu hidup tenang tanpa ku disampingnya.. Ya Allah, kuatkanlah hatiku ini.

  "Dah lah tu.. Jom, kita turun. Ramai orang dah tunggu kat bawah" Erin menggosok lembut belakang aku. Cuba meredakan perasaan ini dari terus bersarang di dalam hati. Aku menyeka air mata ku dan berharap aku tidak mengalirkan air mata lagi.

  Erin menarik tanganku supaya mengikut nya turun ke bawah. Namun langkah ku terhenti.

  "Erin.. Aku ada satu permintaan"

  Erin melihatku dengan muka berkerut.

  "Aku nak sambut hari jadi dia"

  Erin tersenyum. "Baiklah"

~~~~~

Airish perlahan jalan menyusuri di sepanjang tasik yang terletak di tengah bandar ini. Sebenarnya dia tidak berapa sihat tetapi memandangkan hari ini merupakan hari terakhir Zhey disini. Dia gagahi juga dirinya. Tasik ini terletak berdekatan kawasan lapangan terbang. Hanya beberapa kilometer dari tempat mereka semua sedang berkumpul sekarang ini.

  Meraikan hari Zhii. Ye, hari ini hari Zhey. Dan aku harap aku ok dengannya.

Some thing I have done
Know its time
To lets it past

How can I forget
Time that to let
It over...

Ha ha haaaaaa haaa hu wooouuuu

  Aku seperti terdengar suara orang menyanyi. Suaranya amat halus. Tiba-tiba bulu romaku menegak. Siapa pula menyanyi tengahari buta ni? Suara itu seperti makin dekat denganku.

  Tiba-tiba ada seorang perempuan melintasiku. Dia berhoodie sambil memakai heed phone di telinga. Mukanya seperti sedang mendengar sesuatu lagu dan menyanyikannya perlahan. Kini hatiku lega sedikit.. Rupa-rupanya suara itu datangnya dari gadis tadi. Sedap suaranya. Merdu.

  "Kak kak, ada orang bagi surat" seorang budak lelaki tiba-tiba datang lalu menghulurkan ku sekeping surat berwarna merah. Di tengahnya terdapat lukisan bentuk hati. Aku mengambilnya lalu membuka.

  10 langkah ke kiri...

Surat jenis tampal perkataan dari surat khabar itu aku belek. Dari siapa? Kemudian aku mengikut apa yang disuruhnya..

Today..
Its been awhile
Dont get it lie
Just start your style

  Seorang lagi ku dengar dia menyanyi. Ok fine, suara sedap tapi tak payah lah nyanyi di tempat terbuka. Haduuu kenapalah masa macam pulak orang tak de. Mana orang awam ni..

5 Hari Disampingmu (completed)Where stories live. Discover now