Prolog

295K 10.1K 3.3K
                                    

ISTERI DARI SYURGA
"She is not my wife but she is still mine"

UWAIS NAUFAL

Sebuah kereta mewah meluncur laju memasuki ruangan hadapan sebuah bangunan 50 tingkat yang rekaannya menggunakan 70% peratus kaca.Pengawal disitu cepat membuka pintu belakang kereta mewah berkilat itu.Seorang lelaki bersut hitam keseluruhan keluar dengan gahnya.Lelaki itu ditemani pula dengan pengawal dikiri dan kanan juga lengkap dengan sut hitam dengan alat kecil di telinga dan pistol yang tersisip dibalik kot hitam yang dipakai.

Pekerja di dalam bangunan itu semua menunduk hormat ketika terserempak dengan lelaki bersut itu.Sampai di hadapan lif yang memang dikhaskan untuk VIP ,lelaki itu menekan butang untuk ke tingkat atas.Tanpa menunggu lama,pintu lif terbuka.Melihat rekaan di dalam lif sahaja sudah cukup untuk memberitahu kemewahan bangunan ini.Dengan dinding kaca dan ukiran disekeliling lif.Lantai pula berkarpet.

Floor 50.

Ting! Pintu lif terbuka.Langsung lelaki membuka langkah menuju ke kanan.Dia berhenti dihadapan pintu kaca yang tertutup rapat itu.Satu garisan cahaya keluar dari tepi dinding dan melintasi seluruh tubuh lelaki itu.

" Welcome Mr.Hanafi"

Suara mesin itu berbunyi menandakan lelaki bersut itu sudah dikenalpasti.Lelaki bernama Hanafi itu masuk ke dalam apabila pintu kaca tersebut dibuka.Pengawal yang sedari tadi mengikutnya,hanya menunggu diluar.

"Mr.Hanafi." Seorang perempuan di meja hadapan bangun lalu menundukkan badan.

"Mr.Uwais here?" Tanya Hanafi kepada perempuan berbaju kemeja putih dan berskirt paras lutut itu.Syarat pekerja disini tidak dibenarkan memakai tudung.Bagi mereka,tudung sama sekali tidak termasuk sebagai salah satu etika pemakaian orang bekerjaya.

"Yes Mr.Hanafi" perempuan bertag nama Suhana itu mengangguk.

"Thanks" dan lelaki itu terus berjalan sehingga dia menemui satu lagi pintu.Tanpa mengetuk dia terus membuka pintu dan memboloskan diri ke dalam bilik itu.Pintu perlahan tertutup.

Chief Executive Officer
MR. UWAIS NAUFAL

Hanafi mematungkan diri di hadapan pintu sambil menunggu bossnya siap melakukan workout.

"Any news?" Uwais melepaskan palang besi lalu menuju ke mejanya.Tuala kecil diambil lalu dilap ke muka dan lehernya yang berpeluh.

"Setakat ini tak ada apa-apa berita dari mana-mana cawangan.Dari report semua operasi berjalan lancar.Ada sedikit masalah di cawangan Petaling Jaya tapi dah diatasi."

Terangguk-angguk Uwais mendengar apa yang diucapkan oleh pembantunya.Dia duduk menyandar ditepi meja.Badan yang basah oleh peluh dibiarkan terdedah.

"Satu lagi,kita dapat invitation card dari Glam Boutique untuk malam fashion show pelancaran rekaan terbaru mereka.I guess Cik Hatasya dah maklumkan kepada tuan"

Uwais angguk mengiyakan.Mustahil dia tidak tahu padahal Hatasya tu tunang dia.Segala aktiviti perempuan itu sudah sampai ke maklumannya sehinggakan satu secretary dilantik semata-mata untuk tujuan itu.

Mrs. Uwais: My Wife From HeavenWhere stories live. Discover now