Nak Ngorat Awak, Boleh?

17.9K 299 4
                                    

Daneen Maleeka, gadis yang tidak ingin terlibat dalam dunia percintaan kerana menganggap perasaan cinta yang tidak pernah dirasainya itu akan memusnahkan dirinya.

Namun begitu, kisah hidup Daneen berubah apabila dia dipertemukan dengan seorang lelaki yang disangkakannya lelaki kaukasia yang pemalu dan bisu. Daneen cuba untuk membuat lelaki misteri itu untuk bercakap dan perkataan yang pertama dikatakan pada Daneen ialah;

"Nak ngorat awak boleh?" - Damian Arian

Pada mulanya, Daneen menolak Damian sama seperti dia menolak lelaki lain tetapi Damian bukanlah lelaki yang mudah berputus asa. Semakin hari, semakin tertarik hati Daneen untuk mengenali Damian.

Suatu hari, Damian menghilangkan diri tanpa jejak. Lebih aneh lagi, pihak kampus memberitahu Daneen bahawa tiada pelajar bernama Damian Arian pernah mendaftarkan diri di situ. Daneen buntu dan mengalah.

Kemunculan Zane sedikit demi sedikit membantu Daneen melupakan gerangan cinta pertamanya. Ya, dia semakin gembira tetapi dia bukanlah dirinya yang dulu lagi walaupun dengan Zane berada di sisinya.

Dua tahun kemudian, Daneen dan Damian dipertemukan semula apabila Daneen bekerja sebagai Personal Asisstant Damian tetapi Damian langsung tidak mengenali siapakah Daneen.

Lebih menyakitkan lagi, Damian sudah pun ditunangkan dengan seorang yang amat Daneen kenali.

"Kau tahu Damian kat mana selama ni tapi sengaja tak bagitahu aku?" - Daneen Maleeka

"Daripada aku kecewa, lebih aku khianati kau." - Tunang Damian

Akankah Damian mengingati siapa Daneen semula?

Siapakah pula gerangan gadis yang memegang title tunang Damian Arian itu?

Bagaimana pula dengan Zane sekiranya Damian dan Daneen kembali bersama?

klik » absyahnuradwa utk baca cerita ni 😉

Doktor Ni Sweetlah!Where stories live. Discover now