Bab 1: Kepada Tiga Tahun Yang Akan Datang

6.7K 545 430
                                    

11 JUN 2026

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.

11 JUN 2026

Cahaya mentari pagi menyinari bendang yang terbentang luas di sisi hutan-hutan kecil. Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup meraba kulit-kulit penduduk kampung yang terlihat sibuk. Tidak seperti hari biasa. Mereka diarah berpindah oleh pihak berkuasa atas sebab-sebab tertentu.

Pagi itu juga merupakan hari terakhir bagi anak-anak yatim yang tinggal di Rumah Kebajikan Al-Mulk yang terbina tidak jauh dari perkampungan. Mereka akan dipindahkan ke Pusat Pemindahan dan Perlindungan yang berdekatan setelah menerima arahan daripada pihak berkuasa.

51 anak-anak yatim yang tidak mengira umur sudah berkumpul di pintu pagar. Seorang demi seorang dipanggil oleh Anggota Pertahanan Awam untuk dibawa pergi dengan trak dan kereta.

Namun, disebabkan kebanyakan pusat pemindahan sudah penuh, berkemungkinan mereka akan dibawa ke pusat yang berlainan sekadar untuk mengisi kekosongan. Dengan kata lain, mereka semua mungkin akan terpisah.

Setelah sebuah trak APM berlalu pergi membawa beberapa orang anak yatim, tiba pula sebuah kereta yang memuatkan empat penumpang. Seorang Anggota Pertahanan Awam bertubuh sasa keluar dari kereta bersama dengan sekeping kertas di tangan.

"Haziatul Violet dan Raiqal Kris. Masuk ke dalam kereta sekarang," panggilnya.

"Kakak dah nak pergi ke? Jangan lupakan kami ya," pesan seorang budak perempuan yang kelihatan berusia enam tahun seraya memeluk Violet.

Tindakan itu diikuti oleh gadis-gadis yang lain. Violet sudah dianggap seperti 'kakak' bagi mereka. Bagaikan gadis sulung dalam kalangan mereka.

"Kakak takkan lupakan korang semua. Bila semuanya dah tamat, kita jumpa kat sini lagi ya?" balas Violet sambil senyum manis.

"Okey, kak!"

Berat hati Violet mahu meninggalkan mereka. Sejak kecil lagi mereka dibesarkan di Rumah Kebajikan Al-Mulk. Bahkan, bagi Violet, mereka adalah satu-satunya keluarga yang dia ada.

Meskipun, dia terpaksa meninggalkan adik-adiknya tanpa mengetahui sebab utama. Mahu sahaja dia mengalirkan air mata tetapi dia tidak ingin. Bagi Violet, perpisahan ini perlu diakhiri dengan senyuman bukannya tangisan.

Kris pula bersalaman dengan semua adik lelakinya. Sehinggalah tiba giliran rakan baiknya, dia memeluk erat. Mereka seusia. Sudah berkawan sejak kecil lagi. Sebak baginya untuk berpisah.

"Jaga mereka, Raven."

"Kau pun, Kris. Jaga Violet. Kau akan tinggal di tempat yang sama dengan dia sekarang. Kalau kau bosan, kau telefon saja. Aku akan angkat!" balas Raven.

"Terima kasih. Kami pergi dulu, ibu. Jumpa lagi," ucap Kris kepada penjaganya yang sudah dianggap sebagai ibu seraya melambai tangan. Dia mengangkat beg pakaian, dibawa ke arah kereta APM.

Violet pula memeluk wanita itu sebelum mengucup tangannya.

"Violet pergi dulu, ibu."

Si ibu terlihat sebak tatkala dua orang yang paling tua dalam kalangan anak-anak yatim, akan pergi meninggalkan mereka.

DISTOPIA  [rework]Onde histórias criam vida. Descubra agora