peluru

71 9 0
                                    

Pada peringkat awal manusia menggunakan senjata jarak jauh peluru yang digunakan kebiasaannya adalah batu atau objek berat dan kecil yang digunakan sebagai peluru kepada lastik. Kemudian apabila senjatapi mula dicipta,maka peluru yang sesuai dengan senjatapi tersebut juga dihasilkan.

Peluru yang mula2 sekali dicipta tidak sama bentuknya seperti butir peluru yang ada pada hari ini. ini kerana peluru pada zaman dahulu berbentuk bulat dan bersaiz kecil menyebabkan kelihatan sama seperti guli. Bentuknya yang bulat dan kecil itu juga menyebabkan peluru itu dinamakan sebagai bullet dalam bahasa Inggeris di mana nama itu berasal daripada perkataan Perancis iaitu boulette yang bermaksud 'bola kecil'. Peluru bebola kecil ini diperbuat daripada plumbum iaitu sejenis logam kelabu kebiruan yang lembut tetapi berat.

Selepas beberapa lama menggunakan peluru bebola kecil ini,pada tahun 1823, seorang pegawai tentera British bernama kepten John Norton kemudian mencipta peluru dengan ciri lebih baik dan berbentuk panjang. bagaimanapun,peluru ciptaan kepten John Norton ini mempunyai kelemahan disebabkan ia mengambil masa yang lama untuk digunakan kerana perlu dimasukkan serbuk letupan ke dalam senjata api terlebih dahulu. Seterusnya pada tahun 1880, pegawai tentera Switzerland iaitu mejar Rubin berjaya menghasilkan peluru yang boleh ditembak tanpa menggunakan serbuk letupan dan konsep peluru ciptaan nya terus digunakan sehingga ke hari ini.

Fakta&AutaWhere stories live. Discover now