- 4

10.3K 828 132
                                    

"Morning Nadine, sarapan?" papa menyapa aku yang baru sahaja turun menaiki lif daripada tingkat atas. Kelihatan di meja makan, masing masing sudah mula melantak makanan yang terhidang atas meja.

Memperkenalkan keluarga aku. Encik Khalid aka papa, Puan Melissa aka mama, Atilia aka kakak sulung, Azreef aka bengah bengap dan yang terakhir, Arina, adik aku. author taubat dah tak letak nama parents ada dato' , hashtag sis insaf dan sudah berpijak pada bumi yang nyata.

"Morning pa, ma, kak Tilia, bengah and Arin." sapa aku sejurus sahaja aku mengambil tempat di sebelah Arina.

"Bengah bengah, kau ingat aku Makhlokmacho ke? yang macho tu memang la aku macho tapi janganlah samakan aku dengan dia. Ke kau nak aku panggil kau Afiathorrr? tak pun Alisathorrr? gitu? nak?" Azreef dengan mulutnya yang masih penuh dengan mihun goreng buatan mama, ada hati nak cakap panjang panjang, tercekik nanti tahu lah kau bengah.

Aku hanya tayang muka selamba sambil mengunyah roti cheese keluaran Uncle Slocum yang sungguh sedap itu. Nasi goreng yang betul betul di hadapan aku ni pula memang bebetul menguji nafsu. Tambah pula ayam goreng drumstick yang baru Mak Mah letak di sebelah nasi goreng....

"Afiq tak sampai lagi ke Nad? bukan ke selalunya dia ambil kamu hantar pergi sekolah?" soalan mama cukup untuk membuatkan aku macam nak tercekik tulang ayam goreng tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Afiq tak sampai lagi ke Nad? bukan ke selalunya dia ambil kamu hantar pergi sekolah?" soalan mama cukup untuk membuatkan aku macam nak tercekik tulang ayam goreng tadi.

Belum sempat aku menjawab, suara Pak Mat pula datang menyinggah.

"Maaf menganggu semua, ni Pak Mat nak pesan kat Alisa. Kereta Alisa tu, worker dia dah hantar petang semalam. Lupa Pak Mat nak pesan ke kamu malam tadi. Ni kamu nak pergi sekolah dengan Afiq ke naik kereta? ataupun Pak Mat hantarkan sekali dengan Arina?" Pak Mat bertutur sambil menghulur kunci kereta aku.

"Thanks Pak Mat tolong uruskan kereta Lisa. Em, harini Lisa drive sendiri je pergi sekolah. Pak Mat tak payah hantar." jawapan aku pula membuatkan semua pandang aku macam aku baru lepas bunuh orang?

"Kau biar betik Nad? bukan ke selalunya si Afiq tu ambil kau setiap hari?" soal Atilia. Aku menggeleng.

"Nadine ada masalah ke dengan Afiq?" tu dia big bos sudah bersuara. Apa aku nak jawab ni guys?

"Nad... er.. Nad dengan Afiq.." semua memandang aku dengan muka yang tiada kesabaran. Menanti ayat yang akan meluncur keluar daripada mulut aku.

"Nad dengan Afiq okay je. Cuma harini dia ada hal tak silap, tu yang dia tak dapat ambil."

Kenapa mulut aku yang laser tujuh keturunan ni tak cakap je yang Afiq sendiri putuskan hubungan aku dengan dia?

Sebab? ini dia... "Baguslah kalau macamtu, papa mama dengan parents Afiq tu kan berkawan baik. Kalau ada jodoh kamu dengan Afiq tu, dapat la kita berbesan."

Haa berbesan sangat. Ini berbesen adalah.

Niat nak tambah ayam goreng kali ke sepuluh k tipuje terpaksa dibatalkan memandang topik perbicaraan sungguh lah menjengkelkan maka aku pun meminta diri untuk ke sekolah.

crush : serendipity | ✔Where stories live. Discover now