2 0

2.6K 202 2
                                    

Escaped : Hold Me Tight

Chapter : 20

I keep missing you,
So, I keep digging into your diary , and touch your handwriting..



______________________________




Kelly memulas tombol pintunya lantas kakinya menapak keluar dari bilik tidurnya. Suasana sunyi membuatkan dirinya sedar bahawa semua orang sudah diulit mimpi indah, hanya dia yang masih terjaga.

Namun, telinganya tiba-tiba menangkap bunyi pintu yang terkunci dibuka. Bunyi klik jelas kedengaran dalam rumah agam itu. Sesekali terdengar bunyi dengusan dan derapan langkah yang bergema, bersatu dengan keluasan rumah agam itu.

"--kau ni memang menyusahkan akulah-" Kelly makin menghampiri kawasan tangga dengan tapak tangannya yang menyentuh dinding. Suara-suara itu juga semakin hampir dengannya seakan mereka bakal bertembung di destinasi yang sama.



Xavier struggle untuk memapah tubuh Alexander mendaki anak tangga. Mulutnya tidak habis-habis menyumpah kebodohan dirinya yang menemani lelaki itu minum.

Manakala, Alexander pula sudah mabuk teruk. Sesekali dia teresak-esak menangis sambil bibirnya tidak lepas menyeru-nyeru nama Nina.
Kadangkala, he is just talking shit -

Tottaly sober

"--Nina------" dalam keadaan tersengguk-sengguk lelaki itu masih menyebut nama itu berkali-kali. Jelas menghantar satu kehibaan dalam diri Xavier.

"-Kelly?" Xavier baru terperasan akan kewujudan gadis itu di sudut tangga. Anak matanya melirik gadis itu kemudiannya jatuh pada Alexander yang masih tersengguk-sengguk di bahunya. Keluhan berat dia lepaskan sambil memperbetulkan semula posisi lengan Alexander di lehernya.

" -dia--mabuk?" Pertanyaan gadis itu dibalas dengan keluhan berat. Xavier melirik Kelly yang masih berdiri di anak tangga itu.

"--Nina--"sekali lagi Alexander menyeru nama itu tetapi lebih perlahan suaranya yang seakan tenggelam timbul.

Wajah Kelly sedikit terkesan, dan Xavier sempat melihatnya. "-saya kena bawa Alex balik bilik-selamat malam--" senada suara Xavier dibalas anggukan lemah oleh Kelly. Perlahan-lahan tubuh Alexander dipapah semula mendaki tangga sebelum dibawa ke bilik.

Kelly diam. Bibirnya bergetar lemah. Perlahan-lahan tapak tangannya menyentuh dinding dan dia menyambung semula langkahnya yang terhenti tadi.



Please, run to me















Alexander  menyarungkan T-shirt hitamnya di hadapan cermin besar di dalam biliknya. Rambut yang basah dilapkan dengan tuala kecil lantas kakinya menapak perlahan ke birai katil.

Jam dilirik sekilas lantas bibirnya mengeluh panjang.
2 petang. Tuala kecil tadi dilempar ke sofa di sisi katilnya seraya rambut diraup kasar. Dengan kedia belah tangannya dia memangku wajahnya dan sekali lagi tercetus keluhan berat di bibirnya. Kepalanya mendongak lantas matanya jatuh pada beberapa panadol di dalam piring kecil bersebelahan dengan gelas berisi air kosong.

Kepalanya masih berdenyut -denyut sehingga tidak mampu untuk mencelikkan matanya. Jujur, dirinya menyesal kerana minum semalam. Bertin-tin dia balas sampai tidak sedar.

Tapi-----yang jelas dia masih sedar dan ingat dengan jelas apa yang diberitahu oleh Xavier mengenai Nina...
Kelopak matanya memberat dan matanya lantas melirik kosong pada panadol yang pastinya disediakan oleh xavier.

Escaped : Hold Me Tight[Book 2]✔Where stories live. Discover now