3 Hari kemudian ~~
SUGA POV
Aku melihat sahabat clown aku, 3 orang tu sedang menahan pintu dorm. Muka mereka macam nampak hantu raya. Macam orang terencat akal dah aku tengok.
Aku menghampiri mereka senyap-senyap.
"Woi!"
"Ahdbsskjrtttkjjldjejfiekwoj!!!" Terkejut mereka apabila disergah oleh aku sampai Jhope pun mengeluarkan bahasa asing.
"Waeyo? Asal korang hadang pintu tu? Ade pencuri nak masuk ke?" Serentak mereka menggeleng sebaliknya mereka meletakkan jari telunjuk mereka di mulut masing-masing.
"Chanyeol datang.... Dia kata nak siat kau hidup-hidup..." Jin membisik kepada aku. Dan masa tu. Ada orang mengetuk kuat luar pintu dorm aku. Terkejut aku dibuatnya.
"AKU TAHU KAU ADE KAT DALAM MIN YOONGI!!!" Nama aku ditekan kuat.
"Macam mana dia boleh tahu aku dah balik?... " Dalam membisik aku menanya mereka bertiga.
"Ni semua salah Si Kookie. Dia terlepas cakap masa nak beli kan kau patung kumamon tadi. " Jhope menuding jari telunjuk nya ke arah Jungkook manakala Jungkook membulat memandang Jhope.
"Okey, okey. Memang salah aku. Macam ni ceritanya."
//Flashback//
Mereka memasuki kedai patung di tepi asrama. Mereka taknak masuk pun tapi disebabkan si Jungkook nak patung iron man jadi mereka terpaksa mengikuti langkahnya.
Ramai pelajar yang sedang membeli di dalam kedai tersebut. Semasa Jungkook memilih patung iron man, Jin lihat patung kumamon edisi terbaru. Baru dia teringat yang si Suga tu minat kumamon.
Macam dia boleh tahu? Habis semua cadar,bantal dan batal peluknya berupakan kumamon.
Pantas jin mengambilnya. Jin ingin membayarnya apabila si Jungkook datang kepada aku.
"Hyung. Bayar patung iron man. Nanti Kookie bayar dekat dalam dorm. Aik. Patung kumamon tu untuk sape?" Jungkook menunjuk kearah kumamon yang jin pegang.
"Ini untuk Suga." Jin bercakap sambil membisik.
"HEH! Suga hyung minat kuma—sjkhfkkh" Terus Jin menutup mulutnya. Jhope pula gelabah apabila hampir semua orang di dalam kedai itu memandang mereka bertiga.
Tiba-tiba ade seorang namja. Menapak laju ke arah mereka lalu dia mencengkam kolar baju milik Jin. Itulah Chanyeol.
"Suga dah balik?!" Lidah Jin bagaikan kelu untuk berkata-kata lalu dia melepaskan kolar Jin dan tersenyum sinis.
"Aku nak siat dia sampai aku puas." Pantas dia menuju ke dorm milik kami. Mereka pun berlari keluar dari kedai itu dan meminta tolong Rapmon, V dan Jimin untuk menghalang Chanyeol dari berjalan ke arah dorm mereka.
Mereka pun sepantas kilat masuk ke dalam bilik dorm dan menguncinya.
//End Of Flashback//
*Tump*
Cerita mereka terhenti apabila pintu dibuka kuat dan muncul muka Chanyeol yang bengis. Dia berjalan laju ke arah aku. Ahli BTS lain ingin menghalangnya tetapi aku menentangnya.
"Biarkan dia." aku bersuara.
Ahli BTS lain pun berhenti. Manakala Chanyeol melibaskan pisau ke arah leher aku. Tetapi aku segera mengelak. Malangnya pisau itu terkena dan menghiris pipi aku. Aku dapat rasa keperitan dan isi daging pipi aku terhiris. Darah mula mengalir.

YOU ARE READING
Dauntless • BTS [EDITING]
Mystery / Thriller#Highest Ranking : #12 in Mystery/Thriller #2 in Supernatural #BTS Mystery/Thriller Fanfiction [+Horror] -DAUNTLESS [Completed] √ Dia bunuh semua orang di dalam penjara itu semata-mata nak palsukan kematian aku. Dia suruh aku buat kerja gila dan t...