:: 25

2.6K 442 21
                                    

𝐉𝐀𝐄𝐌𝐘

aku menuruni tangga dengan cepat sambil mengalas beg aku.

biarlah cikgu nak denda aku sebab ponteng ke apa, yang penting aku nak blah dari sini. aku tak tahan duduk sesaat pun dalam kelas neraka tu.

kau tak boleh menangis jaemy, jangan sesekali mengalirkan air mata sebab mereka yang berhati busuk yang aniaya kau sebegini rupa.

ada sesuatu menganggu fikiran aku, kenapa jimin selamatkan aku? bukan aku selalu sakitkan hati dia dengan kata-kata aku?

aku malu, aku malu dengan jimin sebab aku dituduh curi kertas exam. mesti dia fikir aku ni perempuan tak tahu malu.

sekarang betul-betul perlukan seseorang untuk mengadu dan tenangkan aku.

semasa aku berjalan aku ternampak saewon dan gengnya. saewon jela harapan aku untuk mendengar segala masalahku.

"saewon.." tegur aku dan masa tu saewon tengah bergelak ketawa dengan geng dia.

bila saewon dan geng dia nampak aku mereka terus berhenti bergelak ketawa. saewon pandang aku dan pura-pura tak nampak aku.

"saewon.." aku pegang baju saewon.

"apa?" saewon seolah rimas dengan kehadiran aku.

"aku perlukan kau." kini barulah aku nangis selepas menahan dari tadi.

"pergilah! aku tak kenal kau." saewon menolak tangan aku.

aku terkejut, aku tak percaya saewon layan aku macam ni. aku tak putus asa, aku nak tahu juga kenapa saewon tiba-tiba berubah.

"kenapa kau layan aku macam ni? bukan ke kita kawan baik? kita selalu share problem sama-sama but why kau berubah? apa salah aku?"

"hei pompuan tak tahu malu, kiteorang tak nak dah berkawan dengan orang yang curi kertas soalan. dah berlagak pandai." kata salah sorang dari geng saewon.

aku tergamam apabila mereka cakap begitu kepada aku.

"saewon kau percaya ke semua tu? aku tak curilah. kau sendiri tahu bertapa gigihnya aku belajar sebab nak kembali dekat kelas kita."

saewon diam dan tak pandang langsung muka aku, aku tahu dia rasa bersalah.

"kau ni kenapa jangan lah ganggu saewon semaklah!" mereka menolak aku menjauhi saewon.

"saewon! dengar lah apa aku nak cakap ni." aku menghalang laluan saewon dan tiba-tiba saewon menolak aku jatuh ke tanah.

"pergilah! aku bukan lagi kawan kau! takda siapa nak berkawan dengan orang tak sedar diri macam kau ni!" jerit saewon dan pergi bersama geng dia.

saewon sampai hati kau buat aku macam ni. dari sekolah rendah kita bersama, kau putuskan macam ni je friendship kita.

kau buang je aku bila aku ditimpa masalah? ini ke diri kau yang sebenar?

kau buang je aku bila aku ditimpa masalah? ini ke diri kau yang sebenar?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
exam paper | jimin.Where stories live. Discover now