Part 9 - You Never Walk Alone

326 37 0
                                    

"Kau..nama siapa?" Tanya Jungkook memecahkan kesunyian. Perghhh ayat...

"Aku, Lee Ji Eun..kau? Jeon apa?"

"Jeon Jungkook. Diorang nak culik hyung aku, Kim Taehyung. Tapi tersalah culik..Kau mesti anak orang kenamaan jugak kan?" Soal Jungkook. Keningnya terangkat sedikit. Matanya mencari anak mata Ji Eun.

"Hmmm..appa aku, Lee In Sook embassy South Korea dekat Sydney. Sekarang kami dah pulang ke sini setelah appa bersara, dan appa uruskan syarikat di perlabuhan Korea.

Jungkook mengangguk-angguk tanda faham. Belum sempat Ji Eun bertanya soalan kepada Jungkook, tiba-tiba pintu terbuka..

Serta-merta Jungkook dan Ji Eun memandang ke arah pintu tersebut.

Dilihat seorang namja dari geng tadi membawa 2 bungkusan makanan dan air.

'Budak ni macam sebaya dengan aku je' Detik Jungkook dalam hati.

Ji Eun segera merapatkan dirinya ke Jungkook. Takut di apa-apakan lagi. Jungkook yang perasan dengan tindakan Ji Eun, terserentak namun cepat-cepat dia cover.

"Nah..korang makan ni..aku takut nanti korang lapar.." Hulur Hoseok pada Jungkook.

"Aku nak makan macam mana, tangan kiteorang kau ikat." Keningnya dijungkitkan.

Jungkook dan Ji Eun sempat menyorok tangannya di belakang apabila pintu terbuka tadi. Acah-acah seperti tangannya diikat lagi.

Hoseok menggaru-garu kepalanya yang tak gatal.
'Betul jugak eh, macam mana diorang nak makan kalau tangan kena ikat'

Hoseok meletakkan bungkusan makanan di tepi, baru sahaja dia nak pergi ke arah Jungkook..

Bbukkkkk!

Satu tumbukan tepat terkena muka Hoseok. Terdorong Hoseok kebelakang. Ha, kau main lagi dengan aku. Aku tali pinggang hitam kot taekwondo ! Cuma masa lawan tadi, diorang yela ramai memang tak daya la aku..

Jungkook smirk. Ji Eun dah bangun berdiri manakala Hoseok mengerang kesakitan.

"Ji Eun, jomm..." Ditariknya tangan Ji Eun.

Baru mereka berkira-kira nak keluar dari bilik tu. Tiba-tiba ada lagi 3 orang lelaki di luar pintu.

"Kau nak kemana hahhh?!!!"

Terserentak Jungkook dan Ji Eun.

Kaki mereka terkaku di situ. Ji Eun menyorok belakang Jungkook.

Jungkook cuba melawan 2 orang najma tadi. Sekali lagi Jungkook di tumbuk dan di tendang. Memang bukan lawannya, kerana tubuh mereka lagi besar dari Jungkook. Ji Eun yang dari tadi memerhati cuba untuk menolong Jungkook, namun dia dah dipegang oleh Min Seok.

"Heol! Apa kecoh-kecoh ni?!!!!"

Bentak Jihoon yang muncul tiba-tiba.

"Bos, diorang ni cuba nak lari bos.." Ngadu Ryu Han. Baju Jungkook di pegang erat olehnya.

"Kau ni kan, buat banyak sangat masalah. Aku bagi kau makan pun, kau tak bersyukur tau tak?!!!"
Marah Jihoon pada Jungkook. Ditunjal-tunjal kepala Jungkook.

[Complete] HERWhere stories live. Discover now