BAB 2

12.1K 324 9
                                    

Sepanjang perjalanan menuju ke parking kereta, Aleesa telah menyumpah seranah lelaki yang dikenalinya.

"Eee sumpah aku geram dengan mamat tadi. Kalau dapat penumbuk batu tangan aku ni konfirm terlantar dekat hospital. Harap² aku tak jumpa mamat tu lagi." Ujar Aleesa perlahan masuk ke bahagian memandu.

Aleesa menghidupkan enjin dan segera memandu pulang. Di dalam kereta hanya kedengaran suara dj radio berceloteh.

Satu jam kemudian, Aleesa tiba di rumah banglo milik keluarganya yang tersergam indah.

Seusai melangkah masuk ke dalam rumah, Aleesa ditegur oleh umminya iaitu Puan Darina.

"Aii Aleesa. Lambat balik? Jumpa Rania ke dating ni ha?" Sakat umminya.

"Ehh ummi ni. Ade² je.  Cancel nak meet dengan Rania so Aleesa jalan². Sorry ummi, I forgot to tell you." Balas Aleesa lantas menyalami tangan Puan Darina.

"Haha ummi gurau. Sokey la. Dah pergi naik mandi lepastu turun makan malam sama². Bau masam nii."

"Ishh ummi ni. Haha. Okay la Aleesa naik dulu."

Aleesa segera mendaki anak tangga dan berjalan masuk menuju ke dalam bilik tidurnya.

Dia mencampakkan beg tangannya di atas katil lalu menuju ke almari solek untuk membuka lilitan shawl yang dipakainya tadi.

Kemudian, Aleesa mencapai tuala yang tersidai elok dan melangkah masuk ke dalam bilik air.

15 minit kemudian, Aleesa siap berpakaian. Dia mengenekan baju lengan panjang dan seluar tidur bercorak Olaf.

Sepantas kilat, dia keluar dari bilik dan turun ke meja makan kerana ahli keluarganya sudah menunggu akan dirinya.

Sampai di ruang makan, Aleesa menegur walid dan kedua-dua abangnya.

"Hai walid. Hai along,angah." Ujarnya.

"Waalaikumsalam." Sindir Wan Arfan Ezriq.

"Ummi tengok angah ni." Ngadu Aleesa kepada Puan Darina yang sedang menatang air.

"Udahh². Kan dekat depan rezeki nii. Tak elok Aleesa, Arfan. "

"Hmm yela." Jawab mereka berdua serentak.

"Ha Aeiman baca doa." Celah walidnya iaitu Wan Yusuf Ezriq.

"Okay walid." Balas Wan Aeiman Ezriq selaku anak sulung kepada tiga beradiknya.

Yang lain segera menadah tangan dan mengaminkan bacaan doa yang dibaca oleh Aeiman.

Sepanjang makan malam, hanya kedengaran bunyi garfu dan sudu bersentuhan. Puan Darina mengajar anak²nya supaya senyap dan beradab sewaktu makan.

Setelah mereka siap menjamu selera, Aleesa membantu umminya mengemas meja makan. Semenjak Mak Eton berhenti kerja sebagai bibik Aleesa rajin membantu umminya.

Kemudian, Aleesa menuju ke ruang tamu yang terdapat along dan angahnya. Walidnya pula sudah naik ke atas di bilik kerjanya.

Setibanya di ruang tamu, Aleesa ditegur oleh alongnya.

"Ha adik. Along nak tanya sikit ni. Meh duduk sebelah along."

Aleesa bergerak ke sebelah alongnya yang terdapat ruang kosong itu manakala angahnya hanya memandang Aleesa sepintas lalu.

"Ape dia along?"

"Tadi adik keluar pegi mana?" Kata along dengan nada yang sopan.

"Pergi MP. Kenapa?"

Doktor Itu Suami AkuWhere stories live. Discover now