PART 17

2.4K 198 10
                                    

Mary pandang aku.Aku tundukkan je kepala aku.Aku tahu dia akan marah. Yep,guys..aku dah cerita A sampai Z tentang Kevin confess kat aku.

Itupun,budak yang bernama Mary ni yang paksa.Terpaksa la yang tua ni kena kalah.

Mary cakap yang waktu sesi orientasi tu tinggal lagi 20 minit nak start,dia terus cari Kevin.Takut Kevin terlupa. Tapi,dia nampak aku dan Kevin berbual kat Library.

Tu yang dia tanya,apa yang kitorang bincangkan.And,sebagai pelajar aliran P.O.K., aku kenalah bercakap jujur tentang apa yang Kevin cakap kat aku.

And aku dah bersedia untuk dimarahi oleh Mary.Huhu..wish me luck,guys.

"Saya takkan marah la"

Aku angkat kepala aku."Kenapa? Bukan kau suka dia ke?"

Mary tersenyum.Ish,budak ni okay ke tidak? Dia minum beberapa teguk air white coffee yang aku buat sebelum dia mula bercerita.

"Selama beberapa bulan, kita asyik study,main dan lepak bersama-sama dan pada mulanya,saya malu sangat bila duduk dekat dengan Kevin.Tapi, bila dah duduk dengan dia lama-lama, rasa macam dah tak malu..rasa macam kitorang lahir untuk menjadi kawan dan tak lebih daripada tu"

Muka Mary menunjukkan yang dia benar-benar tak marah aku."Betul ke tak marah?"

"Betul,lagipun saya memang dah agak yang dia suka kat awak"

"Dah agak?"

"of course la..tengok cara dia senyum kat awak pun dah tau",Mary memberikan senyuman yang penuh makna.Apa yang dia maksudkan ni?

" Cara dia senyum? Macam mana dia senyum? Nampak biasa je",aku curious.Tapi,Mary hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu.Haih, bertuah punye budak.

___________________
Keesokannya~

Yeayyyy!! Team aku menang!!! Lamanya aku tak main soccer.Bagus jugak aku tergolong dalam golongan mereka yang tak dapat masuk aliran F.P.R. boleh la join macam-macam aktiviti.Yeayy!!

Lepas aktiviti sukan berakhir,kami dibenarkan pulang ke bilik untuk berehat.

"Good game,guys", aku memberikan high five kepada semua ahli kumpulan aku.

" Thanks,Alex",kata salah seorang daripada team aku.Mereka juga membalas high five aku.Nasib baik diorang balas balik high five aku, kalau tak..jadi macam rap monster of BTS.Eh? Pahal muncul k-pop pulak ni.Haishh.Ni mesti aku dah terjebak ngan Author ni.Ish..

Aku memasukkan barang-barang aku ke dalam beg.Tiba-tiba,aku ternampak dua orang budak korea dari jauh.

"SoHee! Seo Ra! Handsome girls!"

Mereka terus memandang ke arah aku selepas aku menjerit nama mereka.Aku melambai-lambai dan terus berlari ke arah mereka.

"Hai,guys! Korang buat apa kat sini? Bukan korang masuk aliran F.P.R ke?"

Mereka memandang aku dengan wajah yang sedih."Eh? Pahal ni?",aku.

"Sebenarnya,kitorang tersingkir dari aliran F.P.R..", Walaupun suara Seo Ra agak perlahan,tapi aku dapat mendengarnya dengan jelas sekali.

" Alah..jangan la sedih..".Hadoii!! aku tak berapa reti bab-bab memujuk orang.Macam mana ek?

Aku pandang bola yang berada di tangan aku.And,muncul la idea aku. Hoho,bijak jugak aku.

"SoHee,catch!!", aku membaling bola itu ke arah SoHee.SoHee terus menangkapnya dengan muka terkejut.

Yelah,orang tengah mood sedih,ada orang pulak pegi ajak main bola. Orang gila jenis apa la tu.

" Jom main! korang kan hensem! Orang hensem mestilah kuat,kan?", aku.

"Okay,aku join",Seo Ra terus setuju. Tapi,SoHee?

" SoHee,please..."

SoHee mengangkat keningnya.Please la SoHee.If u love us..

SoHee seperti,

Nak,
Ke
Tak nak,
Nak,
Nak,
ke
Tak nak...

"Okay jom!!". Yeayy! Berjaya jugak aku.Hahaha *muka kerek*

---------------------------

STAY TUNEDDD

---------------------------

Kalau suka,vote la setiap part yea
Thanks❤❤❤

Academy Of Magic:The Evil Prince [COMPLETED]Where stories live. Discover now