OLS 6

1.2K 12 4
                                    

Air mataku jatuh mengalir. Aku sedang duduk di atas peha Hakim. Aku melihat wajahnya yang luka.

"Lawak bukan? Hahaha itu belum lagi masa Umi dan Walid tahu. Kau tahu sakit dia macam mana ? Tak wey, kau tak tahu. Sebab kau tak ada. Kau lari dari apa yang terjadi. Kau tinggalkan aku menderita seorang diri. Kau nak rasa macam mana sakit tu ?" Kataku. Wajahku , aku dekatkan pada wajahnya. "Mi-mia.." Aku melihat mata Hakim. Dahinya aku cium. Air mataku jatuh di atas dahinya. Lama aku mencium dahinya. Aku menjarakkan wajahku. Wajahnya aku pandang. Matanya tertutup, air matanya mengalir. Aku bangun dari dudukku. Aku melangkah keluar dari gudang, bonet kereta aku buka. First aid aku ambil. Aku mengunci pintu sebelum masuk ke dalam gudang semula. Pintu gudang aku tutup rapat. First aid aku letak di atas meja. Hakim hanya memerhati setiap perbuatanku. Kapas, krim dan plaster aku ambil meletakkannya ke dalam satu bekas. Bekas itu aku bawa ke arah Hakim. Aku duduk di atas Hakim. Bekas itu pula aku letak pada ribaku. Kapas aku ambil lalu mencuci darah yang mengalir. Aku bangun semula air mineral aku titik pada kapas, sekejap sahaja kapas itu meresap air tersebut. Aku kembali duduk di peha Hakim dan mencuci pada bahagian luka. Selesai mencuci, krim aku ambil lalu menyapu di bahagia tersebut tanpa aku sedari aku tertekan pada bahagian luka itu. Hakim menggerakkan kepalanya ke belakang. Aku menahan menggunakan tangan kiri. Selesai menyapu krim aku letak plaster. Aku bangun lalu menuju ke meja. Bekas tadi aku letak di atas meja. Kayu hoki aku ambil. Aku menuju pula ke arah Adam.

"Bangunlah bodoh !!" Sekali sahaja aku menjerit Adam tersedar. "Hai ? Okay ke ?" Soalku malas. Dia memerhati aku. " aku dekat mana ?" Soalnya. Aku berdiri memeluk tubuh. "Dekat gudang kaulah, bodoh bodoh juga." Aku berkata malas. Aku mengeluh. Kayu hoki tadi aku membelet.

"Erm, kau nak rasa tak macam mana kau pukul Hakim tadi ? Nak rasa tak sakit dia macam mana ?" Soalku sinis. "To-tolong lepaskan aku." Adam menelan airliur. "Apa ? Apa ? Aku tak dengar. Lepaskan ? Hmm tak perlu kut. Sebab bukan aku atau Hakim yang start. Tapi kau yang mulakan Adam. Kau yang culik kami. Kau yang buat macam ni. Kau nak suruh aku lepaskan ?. Seriously, ini lawak." Aku tersenyum sinis. Kayu hoki tadi aku mengahayun ke arah Adam beberapa kali.

"Stop ! Sakit !" Adam menjerit. "Sakit ? Oh sakit. Tadi kau pukul Hakim 14 kali , tak sakit ke ? Yang tu apa ? Sedap ?. Aku baru pukul 5 kali kau dah bising. Haih." Aku mengeluh. Pipinya aku cekam. "Asal kau nak kacau aku ? Sebab aku tak terima kau ?" Soalku. Dia tidak menjawab. "JAWABLAH BODOH !!" aku menjerit. Geram.

"Aku sayang kau." Itu saja yang Adam kata. Aku menunduk sedikit. "Sayang? Oh sayang. Kau tahu tak perkataan 'sayang' tu sangat murah !!" Aku menengkingnya. Aku memandang Hakim. Hakim pandang aku terkejut. Aku menjeling. "Kau tahu ? Sebabkan sayang orang lain yang sakit. Tolonglah bro. Geli kau tahu geli ?" Aku memukul dada dia guna kayu hoki sekali. Sebelum aku berjalan ke arah Hakim.

"Macam jantan ni. Senang je dia cakap sayang lepas dia ragut maruah aku. Kan sayang ?" Wajahku dekatkan pada wajah Hakim. Adam kelihatan terkejut. "Ra-ragut ma-maruah?" Soalnya tergagap gagap. Aku ketawa.

"Asal gagap ? Terkejut ? HAHAHAHAHA.. lawak sial." Kataku. Ketawaku serta merta mati. Aku memandang kotak first aid sebelum aku tersenyum sinis. Aku berjalan le arah kotak itu. Jarum yang berada di dalam kotak aku, aku ambil.

"Ada jarumlah , wahhh ni boleh buat ujian sebelum experiment Prof. Anuar. Kan Hakim?" Aku memandang Hakim. Aku membeliakkan biji matanya.

"Jangan cakap kau nak buat.." Ayatnya terhenti aku melompat teruja. Aku pergi ke arah Adam. "Aku ambil darah kau eh ?" Aku bertanya gembira. "Jangan , Syarf ! Jangan!" Adam memberontak . "Aku perduli apa huh." Aku duduk di belakang Adam tangannya aku capai walaupun sudah terikat. Urat yang keluar dari tangannya aku cucuk. Aku menarik belakang tiub itu. Darah mulai masuk. Sampai penuh aku keluarkan.

our love storyWhere stories live. Discover now