Masih Tegap

126 4 0
                                    

Sudah lama khabar kamu tidak saya dengar,
dari saat kamu hilang, pergi lenyap terus dari hidup.

Tapi semalam
Kamu hadir dalam bentuk mimpi yang saya nanti
Sekujur jasad yang saya harap akan kembali.

Leka
Jiwa yang kotor ini telah kamu tolak, takkan diterima lagi.
Dan kamu berpaling, seperti mana saat pertama kali kamu pergi.

Saya berharap mimpi ini jangan kembali.
Kerana kita, mungkin sudah lama mati.

RusuhWhere stories live. Discover now