me

147 50 5
                                    

Jung Hoseok, 19 tahun.

"Kacak anak ibu." Ibu membetulkan tali leher Hoseok.

"Semestinya." Hoseok senyum.

"Akhirnya, Hoseok dah habis belajar. Hoseok nak buat apa lepas ni?" Ibu senyum.

"Mmm, Hoseok nak kerja dengan ayah. Boleh?" Hoseok jalan seiring dengan ibunya.

"Itulah, ayah pun ingat macam tu." Ayah mencelah.

"Nanti bila ayah dah tak ada, bolehlah Hoseok uruskan syarikat ayah." Ayah memeluk bahu Hoseok.

"Apa ayah ni. Syarikat tu ayah punya. Hoseok taknak." Hoseok senyum.

"Habis tu nak biarkan harta ayah mereput macam tu bila ayah dah takda?" Ayah bergurau.

"Ayah ni mengarutlah. Jangan macam tu." Hoseok muncung.

"Ryujin ada cerita apa ke nak?" Ibu mencelah.

"Ryujin dah berhenti bagi khabar." Hoseok senyum kelat.

"Takpa la, nak. Bunga bukan sekuntum." Ayah menyiku lembut si Hoseok.

"Tapi Hoseok nak jadi macam ayah. Setia pada yang satu." Hoseok tunduk.

"Kalau bukan jodoh. Nak buat macam mana." Ibu senyum.

-----

Ibu, Hoseok betul-betul nak ikut jejak ayah. Setia pada yang satu.

Ayah hanya ada satu teman wanita iaitu ibu.

Hoseok nak jadi macam ayah juga.

Jung Ho Seok.

[complete] mom | hoseokWhere stories live. Discover now