part 4

1.2K 82 5
                                    

PART 4
BUAT AKU TERSENYUM
BY : ENA ARUN
PAGE : LADYS WRITER
WATTPAD : @Enaarun
.
.
.
VELVET

        Saya sendiri tidak tahu kenapa saya terima lamaran Puan Corie. Sedangkan saya tidak kenal siapa Arash? Bagaimana rupanya? Dan kenapa Puan Corie mahu saya mengahwini anaknya? Banyak persoalan yang tidak terjawab. Macam mana saya akan berhadapan dengan Arash nanti?

"Vet! Uii menghayal pula kau. Kenapa ni?" Vani

"Tiadalah. Jom lah keluar"

       Saya ambil beg dan sedia mahu keluar. Tiba2 kedengaran suara Puan Corie memanggil saya.

"Vet sekejap!" Puan Corie

"Ada apa puan?"

"Kamu, free ka hujung minggu ni? Saya ingat mahu bawa kamu santai hujung minggu ni" puan Corie

       Vani di sebelah saya balik2 cucuk pinggang saya.

"Free puan."

"Ok. So hujung minggu ni nanti saya ambil kamu. Bagitahu dengan mama kamu awal2. So kamu boleh kenal dengan Arash sebelum kamu kahwin" puan Corie

       Saya tengok Vani di sebelah melopong sudah mulut dia bila dengar pasal kahwin. Saya tarik saja tangan Vani ikut saya keluar. Ini baru Vani. Belum lagi Beatris yang dengar.

       Sampai restoran yang selalu kami lepak terus Vani pandang saya tajam. Mata dia sampai kecil melihat saya.

"Apa?!"

"Kahwin? Kau?" Vani

       Kan saya sudah agak. Memang dia akan tanya ni. Bukan Vani kalau tidak bertanya

"Ya. Kenapa?"

"Arash siapa?" Vani

"Anak puan Corie."

"What?!!!!! Are you seriuos!!? Anak puan Corie? Kahwin dengan kau? Wowww!! This is amazing!! Bila bila bila?" Vani

"Saya tidak tahu. Tapi, secepatnya. Vani, kau rasa betulkah keputusan saya ni?"

       Vani angkat2 kening kemudian dia minum air di depannya

"Ini keputusan yang paling tepat. Kau tahu?? Saya dengar anak puan Corie tu seorang lelaki yang baik. Kalau kau kahwin dengan dia, bermakna kau wanita paling bertuah" Vani

       Rasa lega bila Vani cakap begitu. Sekurang2 nya saya tahu. Vani lebih lama kerja di sini jadi dia lebih tahu.

      Balik rumah saja saya terus bagitahu mama pasal rancangan puan Corie hujung minggu ni. Mama pun setuju. Memang sebaiknya kami jumpa dulu. Sekurang2nya kami akan kenal sebelum kahwin.

       Seperti yang sudah di rancang, kami semua pun santai hujung minggu. Beriadah di tepi pantai adalah pilihan Puan Corie. Sejak dari Puan Corie ambil saya lagi tadi saya tertanya2, mana Arash? Sebab dari tadi tidak kelihatan. Mahu bertanya tapi saya malu pula. Jadi saya diamkan diri.

"Mama"

       Tiba2 terdengar satu suara dari belakamg saya. Keras badan saya. Tidak berani saya berpusing. Saya takut kalau Arash ni jenis lembut. Sebab suara dia bercakap dengan Puan Corie saja bukan main punya lembut.

"Rash? Cakap tadi, tidak jadi ikut. Sekarang di sini?" Puan Corie

       Saya sibuk2 kunun kasih susun makanan. Pura2 saya tidak menengok. Bergetar2 tangan saya kasih susun makanan atas tikar.

"Erm mama tengok papa sekejap. Arash tolong Velvet" puan Corie

      Mati2 saya pejam mata kasih stabil pernafasan saya. Saya biarkan rambut saya menutupi sebahagian wajah saya. Takut betul saya masa ni.

BUAT AKU TERSENYUMWhere stories live. Discover now