1

12.4K 437 20
                                    

Mama menyelak langsir bilik ku menyebabkan aku terus menarik selimut.

Aku bencikan cahaya!!

"Bangun dan terus mandi. "

Terdengar pintu bilik ku ditutup kembali. Herr!! Aku bangun dan terus menutup langsir kembali.

Aku terus bangun dan mandi untuk pergi ke sekolah.

Siapa tak kenal aku. Lagi orang larang lagi aku suka buat. Nama aku shahira zenra. Aku perempuan yang penuh dengan misteri. Aku terlalu fanatics dengan vampire. Well pada aku vampire bole hidup lama. And Yang penting vampire semua handsome and cantik macam aku. Hahahah!!!

Aku melangkah terus memasuki bangunan sekolah. Tapi tempat Yang aku ingin tuju sekarang ialah bangunan lama sekolah ni. Aku suka lepak di situ sebelum kelas bermula.

Aku duduk melunjurkan kaki ke bawah. Aku menghirup udara segar.

Ramai tak nak berkawan dengan aku mereka kata aku ni gila dan ada yang kata aku hantu dan lebih kepada vampire.

Aku pergi ke sekolah suka memakai pakaian hitam, gincu hitam. Semua berkaitan hitam. Why? Siapa berani marah aku? Bapa aku seorang ahli politik negara.

Dan lebih teruk ramai kata bangunan ni berhantu. Tapi aku langsung tak takut. Pada aku itu semua mengarut.

Ye aku memang pelik.

Tengah aku rehat-rehat udara dari belakang menyapa leher ku. Aku mengulingkan mata ke atas.

Suka bergurau Minah sorang ni. Menyampah!!!

Aku terus mengenggam pasir di sekitar situ dan campakkan ke belakang.

"Woii!!! Shit la kau!! " maki perempuan di belakang ku itu.

Ya kawan aku. Aku tak tahu asalnya. tapi hanya dia yang suka dan sudi berkawan dengan aku. Dia macam aku suka kan hitam. Nama dia hezrin leala.

"Padan muka kau. Kau ingat aku takut dengan kau setan. " balas aku mendatar.

"Kau tak takut dengan aku? " dia muncul di hadapan aku pula.

"Tak langsung. " aku menjegilkan mata.

"Hahhah!! Kau ni mana la orang nak berkawan dengan kau kalau perangai kau macam ni. Kau lagi menakutkan orang sekeliling kau ada la. " dia mengambil tempat duduk di sebelah ku.

"Do i care? "

"Kau ni!!!! " dia memukul bahu ku.

"Sakit setan!! " aku memakinya lagi. Dia ingat bahu aku ni bahu besi ke???

"Kau period ke apa ni setan. Marah tak bertempat. "

"Tak de mood je. Aku rasa kan dol aku nak masuk dunia vampire pastu aku nak duduk situ. Tak nak balik dah. "Tekad ayat ku.

"Mak ayah kau? "

"Tah tak pikir lagi yang penting aku nak masuk dunia vampire. " tegas suara aku menekankan maksud dalam kata-kata ku itu.

"Wei ira aku.... Aku sebenarnya... "

Kring.....

"Wei aku kena pergi. Loceng da berbunyi tu nanti kita sembang lagi. Bye Rin. " aku terus berlalu pergi meninggalkan bangunan lama itu.

Aku terus berlari masuk ke kelas. Fuhhh!!! Nasib cikgu belum masuk lagi. Aku melangkah ke tempat duduk aku iaitu tepi tingkap.

Rakan di sebelah aku masih belum datang. Lebih kepada Mamat kot. Ye dia lelaki. Hensem tapi sedih sombong!. Kalau dia ada aku suka curi-curi tengok bibir dia. Merah macam delima. Muka dia yang putih pucat buatkan aku jatuh cinta tapi tulah dia sombong sangat.

Krekkk!! Kerusi di sebelah aku ditarik. Terus aku mengalihkan pandangan memandang ke luar tingkap.

Shit!! Asal aku tak perasan dia dah datang sampaikan dia dah tarik kerusi. Mesti dia nampak aku tenung kerusi dia. Entah-entah dia dah tahu aku syok kat dia.

Aku gigit-gigit jari ku.

"Lapar sangat ke sampai makan jari? " dia berkata tapi mata memandang buku.

"What?? Bercakap dengan saya? " tanya aku bengong.

Dia diam. Aik!! Bisu balik dah. Herr!! Benci.

Aku terus menolak kerusi melangkah ke luar kelas.

"Aip!! Awak nak pergi mana? Masuk kelas sekarang!! "

Arghh sudah cikgu da sampai pulak. Aku kembali masuk ke kelas dan duduk. Langsung aku tidak memandang ke arah lelaki di sebelah ku ini.

Sakit hati!!

______________________________________
Keep vote and comment.

ENCIK VAMPIRE Where stories live. Discover now