Part 49 - Jealousy

1.8K 156 28
                                    


•••

" balik pukul berapa? "

" erm..tak pasti lagi."

" dengan siapa keluar? "

" dengan kawan lah."

" perempuan ke lelaki? "

" semua perempuan. Takde lelaki pun."

" jangan cuba tipu aku."

" taklah mana ada saya tipu. Dahlah saya nak matikan phone. Nanti saya call lagi.kata aku dan terus matikan panggilan telefon itu. Telefon aku terus letak atas meja. Satu keluhan berat aku lepaskan. Rimas.

" betul ke dia tu abang angkat kau? Tengok perangai macam boyfriend kau je. Abang aku pun tak caring sampai macam tu sekali. Buat hal sendiri adalah. " soal dia. Aku dah kusut kepala. Dia tanya pulak pasal Taehyung ni apa.

" tu namanya bukan caring tapi menyemak. Dia memang macam tu. Semua benda aku buat kena control."

" alah,kira okayla tu. Untung ada abang jenis macam tu. Aku ni ada abang macam tak serupa ada abang. "

" boleh kita mula study? Buat apa nak duduk diam lagi." aku terus tukar topik. Biarkan Ryeon tertanya sendiri.

" eh nantilah. Relaks dulu. Tutor kita tak sampai lagi ni."

" hah? Tutor? Siapa yang nak ajar kita? Bukan kita-kita je ke." tanya aku keliru.

" haa panjang umur dia. Tu hah tutor kita." balas Ryeon sambil matanya melihat kearah hadapan. Aku pula terus pandang tepi untuk melihat siapa yang akan ajar kami bertiga. Dia macam pernah selalu nampak, atau memang aku dah kenal.

" Jungkook? Senior kita? " tanya aku kepada Ryeon secara perlahan. Ryeon pula hanya mengangguk sahaja. Mata aku kini menghadap kearah Qyya. Dari tadi dia asyik mendiamkan diri. Aku dah mula rasa tak selesa.


•••

" kalau nak buat study group lagi panggil je saya. Apapun goodluck exam korang yang akan datang. " Jungkook memberitahu ramah. Yang dari tadi asyik bertanya soalan kepada dia hanyalah Ryeon. Tergedik-gedik duduk disebelah lelaki itu. Manakala aku dan Qyya hanya membuat hal sendiri.

Aku sendiri pun tak faham, Ryeon yang suruh aku jaga batas dengan lelaki itu tapi ini pula dia yang memanggil lelaki itu datang. Melihatkan Qyya pula membuatkan aku makin rasa bersalah. Dari tadi dia asyik termenung dan membuat hal dia sendiri. Kadang-kadang dia seperti ada masalah, tapi aku taknak menganggu dia. Mungkin dia perlu bersendiri.

" Eunah..kau balik naik apa nanti? " soal Ryeon.

" oppa aku nanti ambik. Takpelah kau gerak balik dulu."

" sure eh ni. Aku balik dulu tau. Bye Jungkook oppa.." sapa Ryeon buat kali terakhir sebelum dia beredar dari situ. Jungkook pula hanya membalas lambaian dari Ryeon. Tinggal hanya aku, Qyya dan Jungkook sahaja disitu.

" Eun.. aku pun nak balik dulu." tiba-tiba Qyya bersuara perlahan kearah aku.

" weh. Tunggulah sekejap. Oppa aku tak sampai lagi ni."

" Jungkook kan ada. Aku kena balik awal." ujar dia sambil memandang sekejap kearah Jungkook. Tetapi tidak lama, dia terus menghalakan pandangan kearah aku semula.

Aku dah rasa macam kena tinggal. Sorang-sorang nak balik. Kenapa mesti aku?

" em okaylah. Hati-hati tau." kata aku berat hati. Qyya terus bangun dari tempat duduknya dan mula meninggalkan aku dan Jungkook.

ᴏᴘᴘᴀ sᴀʀᴀɴɢʜᴀᴇ! | ᴛᴀᴇʜʏᴜɴɢ✔Where stories live. Discover now