63♡

3.4K 475 9
                                    

6 bulan kemudian

"Unnie!"aera memeluk tubuh arin dengan erat. Arin datang bercuti ke Canada semata-mata untuk berjumpa dengan aera. "Lama unnie tak jumpa kamu aera. Makin cantik adik unnie sekarang ni".

"Unnie sihat tak? Yang lain tahu ke unnie datang sini?"arin mengangguk. "Nasiblah jin percaya tau dengan alasan unnie. Kalau tak dia nak ikut sekali. Puas unnie pujuk dia"

"Jaejin macam mana?"tanya aera. Lama juga dia tak berjumpa dengan jaejin. Last pun masa jaejin umur 3 tahun. "Dengan appa kat rumah. Appa sekarang berehat sebab tae yang uruskan syarikat"

Aera mengangguk. Bila mendengar nama taehyung. Terasa rindu pula dengan namja tu. "Taehyung macam mana pula?"tanya aera ingin tahu. "Lepas kamu pergi. Taehyung terus pergi ke london. Sekarang batang hidung dia pun unnie tak nampak sampai sekarang. Sibuk uruskan projek dekat sana. Tu yang appa cakap".

Aera tersenyum kelat. "Unnie dah sampaikan hadiah aera untuk perkahwinan suga dan yeji?"arin mengangguk. "Bulan depan giliran jhope dengan hwi pula kahwin. Kamu bila nak kahwin?"aera tersengih.

"Sampai ke situ pula unnie. Jangan bincang pasal kahwin ni. Tak baik"arin menggulingkan matanya ke atas. Tahu yang aera sengaja bagi alasan.

Tiba-tiba telefon bimbit aera berbunyi. Aera mengambilnya. "Daniel?"arin mengerutkan dahinya bila mendengar nama daniel.

"Apa dia?! Okay aku on the way ke hospital. Kau kena tengokkan nancy faham tak ni! Bye!"aera mula bangun tergesa-gesa. Tiba-tiba arin menarik tangan aera. "Kau nak pergi mana? Janganlah tinggalkan unnie dekat sini?"

Aera terus menarik tangan arin dengan cepat dan masuk ke dalam kereta. "Nak pergi mana ni?"aera mula memandu keretanya dengan laju. "Unnie ikut jelah jangan banyak cakap!"arin mendengus geram.

Mereka sampai di hospital. Aera bergegas parking kereta nya dengan elok lalu keluar berlari masuk ke dalam hospital. Arin pula terpinga-pinga lalu mengikut aera dari belakang. "Ish budak ni!"bebel arin.

Setelah nurse memberitahu wad nancy. Aera lega bahawa nancy selamat melahirkan anak sulungnya. Aera mula membuka pintu wad 120 vvip. Dia melihat daniel sedang mendukung lembut bayinya itu.

"Aera.."nancy pula masih lagi lemah dan tersenyum lebar ke arah aera. Segera aera menghampirinya. "Kau okay tak ni?"nancy mengangguk lemah. "Tengoklah baby tu. Comel tau!"ujar nancy.

Daniel menghampiri aera dan menyuruh aera tengok wajah bayi lelaki tersebut. "Ala comelnya. Muka dia sebiji macam kau daniel. Nama dia apa?"tanya aera.

"Kami berdua nak kau yang bagi nama bayi ni"kata daniel. "Eh? Asal aku pula? Ni bukan baby aku lah. Korang jelah yang bagi. Korang ada hak"balas aera sambil menyentuh lebih pipi tembam bayi itu.

"Kau dah banyak tolong kami aera. Tanpa kau mungkin aku tak berubah. Aku nak kau bagi nama bayi lelaki aku ni sebab kau baik aera. Mana tahu tuah boleh bagi dia kan sayang?"ujar nancy. Aera terus tergelak kecil.

"Yelah"

"Hah! Kang Daesung?"cadang aera. Daniel dan nancy mengangguk. Mereka suka nama tersebut. "Kang daesung! Selamat datang ke keluarga kang!"jerit aera perlahan. Nancy dan daniel pula tergelak melihat gelagat aera.

Arin yang memerhati segalanya dari tadi hanya mampu tergamam. Dia tergamam melihat nancy. Dia tak faham apa yang jadi. "Jung nancy"sebut arin. Nancy melihat ke arah arin. Terus arin beredar dari situ. Entah kenapa hati dia sakit melihat wajah nancy.

"Maaf korang aku pergi dulu"nancy mengangguk faham. Dia tahu mesti arin terkejut dengan kehadirannya.

Aera mengejar arin. "Unnie! Dengar dulu apa yang aera nak cakap ni! Aera boleh terangkan!"arin menepis tangan aera dengan kasar. "Sanggup kau tipu aku aera disebabkan perempuan tak guna tu! Aku ingatkan kau nak sambung belajar ke ape?! Dekat sini?! Rupanya kau tolong perempuan tu?! Kau sedar tak apa yang kau buat!? Kau tolong perempuan sialan yang pernah nak bunuh kau beberapa kali?!"tengking arin dengan kuat.

"Unnie dengar penjelasan aera dulu. Please unnie.."aera mula merayu. Arin menarik nafasnya supaya bertenang. Mereka mula menuju ke luar dan duduk di bangku berdekatan.

Aera mula menceritakan semuanya dari mula sampai habis kepada arin. "Sekarang nancy betul-betul dah berubah. Tadi unnie tengok kan nancy macam mana?"arin mengangguk.

"Tapi macam mana aera nak bawa nancy berdepan dengan semua orang dekat sana? Kamu tengok unnie tadi macam mana? Lagi-lagi taehyung?"

Aera mengeluh. "Aera akan cuba buat semua orang maafkan nancy walaupun taehyung sekali pun. Aera yakin lambat laun juga mereka akan maafkan nancy. Nancy betul-betul dah berubah sekarang. Jom unnie tengok nancy dengan daesung!"ajak aera. "Daesung?"

"Bayi lelaki nancy nama kang daesung"terang aera. Arin mengangguk faham. "Jomlah!"mereka berdua menuju semula ke wad nancy.

🌸🌸🌸

"Maafkan saya tuan song, Saya dah ada kekasih. Jadi saya terpaksa tolak lamaran tuan dan anak tuan"ujar taehyung lembut. Tuan song hanya mengangguk. "Rupanya awak dah berpunya taehyung. Saya tak tahu pula. Tak mengapa saya tak ambil hati pun. Kirim salam dekat tuan kim"

Taehyung mengangguk. Selesai mereka berdua berbincang. Taehyung melihat tuan song telah keluar dari hotel. Bogum pun datang menjemput dia. "Taehyung saya dah sediakan kereta dekat bawah"ujarnya sopan.

Dulu bogum sentiasa memanggil taehyung dengan panggilan tuan tapi taehyung tak suka. Dia lagi suka bogum memanggilnya seperti biasa. Dia dah anggap bogum ni macam hyung dia.

Bila mereka berdua masuk ke dalam kereta. Taehyung mula mengeluh. "Kenapa ni tae? Ada masalah ke dengan tuan song?"tanya bogum. "Nak melamar aku untuk anak dia. Tak sangka pula aku anak dia minat dekat aku. Kenal pun tak sampai seminggu"bogum tergelak kecil.

"Kau ni terlalu hensem dan hot. Siapa lah yang tak minat. Sejak kita datang london ni. Ramai ahli korporat nak melamar kau untuk anak mereka. Hahaha"usik bogum. "Maaf hati untuk aera terchenta jer"

Lalu mereka berdua gelak. Tiba-tiba taehyung teringat pasal aera. "Macam mana kau dah siasat arin pergi mana?"tanya taehyung memandang bogum. Bogum tersenyum lebar. "Betul tekaan kau taehyung. Arin memang jumpa aera dekat Canada"

Bogum mengeluarkan sampul surat dan memberinya pada taehyung. Dia menyuruh orang suruhannya untuk mengikuti gerak geri arin di Canada. Hasilnya memang dia nak arin untuk bertemu dengan aera. Lama dia nak mencari aera.

Terus taehyung mengambil sampul surat itu dengan laju. Dia membelek beberapa gambar. Taehyung terus tersenyum lebar bila melihat gambar aera. Lama dia tak melihat gadis yang dicintainya. Hanya tuhan tahu betapa rindunya nya dia dengan aera.

Bogum melihat taehyung menatap lama gambar aera. "Rindu sangat ke dengan aera tu? Dia makin cantik pula sekarang ni .. Hmm bertuah kim taehyung kan"usik bogum. Taehyung tergelak kecil. "Dia makin cantik sekarang bogum dan aku betul-betul rindukan dia"

"Tempah ticket flight aku ke Canada untuk malam ni. Kau pun ikut sekali"bogum mengangguk. "Baik boss! Demi hati boss nak jumpa buah hati boss dekat Canada"."Amboi melebih nampak. Suka betul ye kau usik aku"bogum hanya tersengih.

Sebenarnya taehyung dah lama menyelesaikan projek itu di london. Sahaja dia menetap di london dengan lama untuk mengambil ketenangan katanya sambil itu dia mengupah seseorang untuk mencari aera.

Dengan menatap gambar aera dia mula tersenyum sendiri.

"Tak sabar nak jumpa awak... Sayang.."

🌸🌸🌸

Jangan lupa vote tau!

Fighting

TBC

[C] Saranghae + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now